Monday 4 January 2010

KEJAM

Jumaat
1 Januari 2010

Lokasi :Sebelah Madras Tekstile Dan berhadapan Semua House,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur.

Pic trak DBKL ni aku saje snap sebagai bukti yg aku rasa amat kesal dan dukacita apabila 2 org penguatkuasa WANITA berbangsa MELAYU dan seorang lelaki berbangsa India merampas kesemua belon2 tersebut dari seorang pemuda MELAYU yg dalam lingkungan 25tahun.Aku rasa sakit hati sesangat kerana apa?kerana mereka ni terlalu angkuh dan tidak berperikemanusiaan.Takkan lah hanya kerana menjaja belon di sekitar jalan tersebut menjadi satu KESALAHAN?????takkan itu perlu memohon LESEN????

Kesian la aku tgk budak lelaki tu,merayu2 sampaikan suara dia aku dengar dah macam menggeletar dan menggigil menahan marah mahupun geram...



"Kak,Tolonglah saya kak..saya merayu kat akak,adik2 saya kak..adik2 nak sekolah..." begitu sayunya perasaan aku taktala mendengar rayuannya merintih di kasihan.Tapi apa daya dia.permintaan dan rayuan dia langsung tak di endahnya.Wah! bongkaknya 2 orang WANITA itu.Sempat juga aku dengar suara2 sumbang belakang aku yang turut tak setuju akan tindakan yang di kenakan pada anak muda itu.


Ada juga yang datang"back up" termasuklah aku dan Botak.Memang kitaorg kutuk abis2san.Kesian, bukan ape.dah la anak melayu dah tentu warganegara..Yang nampak tak adil sangat2 ramai lagi yang berniaga belon di sana..Tapi kenapa mereka ni tidak di ambil tindakan yang sama?Kenapa lori cendol yang masa aku on the way pergi ke Campbell aku nampak mereka juga di halau tapi tak lama kemudian datang balik tapi 2 org termasuk lelaki tu buat BUTA?????Tak faham la aku baik DBKL ke MPAJ ke sama jer...BERLAGAK
aku menci ar!!!!!





ABC dan Mee ayam...best bangat
aku dah jumpa port ABC dan masakan panas yg best..RESTORAN TAR (SIDO MAMPIR)
Ampang Waterfront...Walaupun harganya sikit mahal tp ABC nya puas hati.Specialnya dia ada isi kelapa dan nangka serta susu coklat...


4 comments:

Ain said...

betul cakap akak,

kadang sakit hati bila tengok pihak berkuasa lebih utamakan bangsa asing dr bangsa sendiri...

bak kata pepatah, kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan...

kaum pendatang senang jer berniaga sana sini, tapi warga kita sendiri asyik turun naik pejabat dorang, lesen tak jugak dapat...

kalau kita fikirkan, dari dorang duk banteras peniaga tak berlesen nie, baik dorang gie banteras pengedar dadah, perompak dan penyamun yg sampai sanggup bunuh orang tu kan...

pelik sunguh dengan amalan dan budaya pihak berkuasa negara kita nie...huhuhu....

kakzie said...

biasa ar Ain..bila dah tersarung uniform di badan,automatik temeng pun naik tinggi....sikit punya hal sanggup aniaya bangsa sendiri...

azieazah said...

Double standard ni berlaku di mana sahaja... dalam pejabat, luar pejabat... dan tepi jalan sekalipun...

huh..!

Ibu n Abah said...

salam ziarah zie,
seronok akak baca kisah2 seharian zie.
jika ada kesempatan jemputlah singgah di http://akak-akak.blogspot.com
semuga persahabatan akan terjalin...