Wednesday 2 September 2009

KERACUNAN

Hari Isnin hari tu,aku dan Botak keracunan makanan.Peritnya,Ya ampun..Tuhan je yang tahu.Berselang seli aku dan Botak keluar masuk tandas.Naik lemah seluruh anggota badan.Masak pun rasanya hari tu macam nak panggil je "Doremon" sediakan.hehehe.....Puncanya mungkin dari kerabu perut yang aku beli di bazaar ramadhan Bandar Baru Ampang.Mungkin dia guna santan yang tak di masak atau sebaliknya.Tobat aku nak beli lagi dah..huhuhu.Tu la gara-gara malas nak memasak sendiri terima lah padahnya.Tapi syukur walau pun dalam keadaan yang agak lemah,aku berjaya menyediakan roti jala dengan kari daging dan nasi ayam.Gambar tak terfikir nak "snap" sebab terlalu letih..Pinggang pun rasa macam nak tercabut je masa tu.Keesokkan harinya,malang lagi bagi si Botak.kali ni dia terbeli kueh "badak berendam" yang santannya dah BASI.Hampeh la orang yang menjualnya ni.Aku dapat raakan santan yang di gunakan tu tak di masak dulu sebab pekatnya lain macam.kalau di masak struktur santannya lain.Janagan lah nak berniaga nak untung je. kalau kita yang membeli ni bersunggut marah kan ke sia-sia rezeki yang masuk.huh...........Bukan aku tak boleh buat semua kuih atau makanan yang kami teringin makan,cuma kdgkala masa tak mengizinkan.
Ole-ole dari Naimah..Buah Salak,buah Duku dan buah katak puru yang dah lama aku meng"idam"kannya.rupanya berkerutu macam katak puru dan berbentuk seperti karipap dan rasanya masam-masam manis serta bijinya lebih kurang macam bijik salak tapi dia leper...aku makan gitu jer.Sesetengah orang suka men"colek".
PEMBETULAN..
Biji buah puru ni bukn macam buah salak(aku tengok sekali imbas je masa tu)setelah di amati sebenarnya rupanya ala-ala jering bentuk mcm karipap tapi leper
Fish spa kat Carefour Ampang..RM6/30 minit...mula-mula geli lepas tu sedap jer rasa macam kaki kita di urut(vibrate).Masa tengah buat ni aku terjumpa dengan Haziq yang semakin hansem.Haziq ngan Babah dan Mummy dia..huh hansem lor anak sedara aku sorang ni.



Karipap "giant" ni aku terjumpa di bazaar Ramadhan Pandan Indah @ Padang MPAJ.RM1.50/pc.Intinya sayur bertelur..Pic ni aku up load dari mms si Botak((Muzafa) di kgmms
Teruk gila rupa keadaan MyCard aku ni...dah rupa belacan.Gara-gara sekatan jalan di Bandar Baru Ampang hari sabtu hari tu,bas yang aku naiki bersama Botak untuk ke Ampang Park(saja jalan-jalan)di tahan dah diarahkan menunjukkan MyCard masing2 tiba-tiba nasa nak keluar kan dari beg duit keck aku,MyCard aku terpatah dua.Huhu..nak tak nak terpaksa lah aku dan si Botak pergi menukar yang baru di Maju Junction semalam.Botak punya lagi dasyat...tak pernah dia keluarkan dari plastik cover MyCard dia,tapi "cip"pada MyCard dia boleh rosak.Kalau macam keadaan MYCard aku,boleh lah di katakan kesilapan aku kerana tak reti nak jaga,tapi kes macam Botak aku boleh klasifikasikan kes dia sebagai MyCard memang takde kualiti.Sebelum ni kawan sekilang aku juga punya masalah yang sama macam si Botak.Bila dia nak buat akaun bank,di dapati "cip" pada MyCard dia rosak.Silap kita atau silap siapa?tapi tetap di kenakan cas RM10.


2 comments:

azieazah said...

alahai kesiannyer...
Itu ler juga antara sebab Kak AZIE tak suka beli kuih muih di bazar Ramadhan. Kalu nak beli pun, beli kuih yg tak mudah basi.. Sebab orang meniaga ni mesti buat kuih seawal pagi...

Jadikan ini pengajaran yerrr...

IXORAROXI said...

lahhh kesian..mujur tak memanjang..ramadhan kali ni KAK IX tak pernah lagi beli di bazar ramadhan..dolu2 pun akak tak beli sebab memang sedia maklum akibatnya kalau tersilap pilih makanan dan peniaganya