Friday 31 July 2009

SUKA DUKA KEHIDUPAN


Rabu 29 Julai 09....


Sesampai aku kat rumah..(time ni tak masuk lagi kat dalam),aku dok berbebel...

"eiiii,mata tu tak nampak ke baju bersepah jatuh atas lantai.Tu la jemur dah berhari tak reti2 nak angkat..abis la bulu2 kucing melekat. 2 3 helai baju si Botak atas lantai..biasa ar aku kalau tak membebel kat rumah tu bukan aku ler..Baju2 dah kering tak reti nak diangkat pastu bila jatuh atas lantai,Si Tompok ape lagi,ambil kesempatan la landing baik punya atas baju2 tu.Botak yang masa tu tengah duduk kat atas kerusi batu depan pagar rumah aku menjawab dengan nada marah,


"Kalau aku boleh jalan,aku dah angkat la baju tu...terus aku teetoleh bila dia cakap cam gitu.

"Ha!....kenapa dengan kau ni?Nape tak leh jalan?..aku dok ingat saje dia duk lepak atas bangku tuh..sebab selalunya gitu la kalau aku balik kerja dia akan duk atas batu tu.

"aku jatuh tadi..Pas tu tak leh nak jalan..." Ler jawab aku..dah tu macam ner kau balik td?...dia kata pas jatuh tuh ada Cina tu nampak then dia tak leh nak bangun dan agak lama gak dia terbaring (sebab dia jatuh tergelincir ke depan)lama tuh baru dia gagahkan bangun dan balik ke rumah menunggang motorsikal...La hai..Shah..Shah...


Kisahnya Penyelia Kilang tempat kerja dia mintak tolong hantarkan barang ke pusat pengangkutan dekat pukul 6 pas tu terus balik,lepas selesai semua urusan,masa nak ke tempat parking motor dia, masa tu la dia tergelincir.Macam mane cara dia terjatuh sampai sekarang dia tak leh bayang.Tapi ape yang pasti dia kata lutut dia terhentak dan berbunyi "pop".Masa aku tengok kat rumah (sebelum ke Hospital)buku lali dia memang dah bengkak giler..Buntu sekejap masa tuh..So,aku tanya nak buat cam ner ni?Dia kata tak pe la aku nak kol member aku nak pi urut je..Aku dengar nak urut terus aku bantah..Huik jangan cari pasal..bukan terseliuh sebab bengkak nya lain macam.Kebetulan Si Ela anak "Mak Nyah" lalu depan rumah..so aku pun tanya, La,elok bawak gi Spital ke gi urut..Giler ko nak urut..jawab si Ela.Tunggu jap aku nak gi tanya mak jap.


Aku dengan Ela dan mak dia ni memang rapat.Dulu aku bisul kali pertama dua orang ni la membebel kat aku suruh gi Hospital Kl..aku tetap berdegil..sudahnya si Ela tarik juga aku ke Hospital..dia lah dok tunggu aku sampai aku masuk ward.Tak lama pas tu Ela datang bagitahu yang Mak Nyah suruh bawak gi Hospital.Alahai cam ner nak gi ni..Si Along tak balik lagi.Aku Gi public kol Along..dia ade kat Desa Tasik kata dia kereta dia baru masuk bengkel..uh hai...aku dengan Botak dah la kekeringan..Selamba badak ler minjam dengan mak Nyah RM20 sementara Along balik.Nak naik motor takut aku nak gendong Botak.nak tak nak aku tahan teksi berdua dengan Ela.Lama juga menunggu teksi.Ada tu tak mau pergi cz terlalu dekat dengan rumah aku(murah sgt kut)apa daa aku nak bg duit pun tak nak..hhehe.Terfikir kut si Botak yang tengah duk depan pagar(sambil tinjau2 dok tengok aku dan Ela tahan teksi) tak lama pas tu dia pun bertongkat pelan-pelan jalan ke hujung lorong tempat aku duk tahan teksi.Mana tahu kut2 ada driver teksi yang kesian..hehehe..Akhirnya brother melayu yang berhenti..sampai kat Emergency kena RM2.70 je,tak pe lah kira RM3 je aku cakap kat brother tu...


Hospital Ampang bukan macam Hospitl Kl.Sebelum daftar kena pergi dulu kaunter (kaunter ape eik lupa ar)..Kat situ ada beberapa orang pembantu perubatan bertugas.setelah bertanya penyakit atau punca penyakit dan di catatkan ke dalam sehelai borang baru lah di benarkan mendaftar.Sekiranya tiada surat rujukan dari klinik atau keadaan pesakit tak kritikal,pihak Hospital Ampang tak boleh menerima pesakit tersebut dan menasihtakan kita pergi samada ke klinik Kerajaan ataupun di Klinik biasa.Setelah mendaftar dan di ambil tekanan darah di kaunter 7 aku dan Botak sabar menanti nombor di panggil.


Sian plak aku tengok dia.Sambil duduk tuh kejap-kejap aku lumurkan minyak panas kat kaki dia takut nanti bertambah bengkak.Mengaduh tak usah cakap la.Kejap-kejap aduh..auw..aduh..auw...nak tergelak ada kesian pun ada.Orang tak pernah sakit.Biasa aku yang selalu sakit besar2 ni.Nak bawak gi Hospital tadi pun dah mengalir air mata(ops..sorry eik,adik aku ni jenis jiwa lembut)Aku selamba je amik kerusi budak-budak yang di sediakan untuk kanak-kanak supaya dia selesa dan kaki tak tergantung.Huh hai...dari pukul 730mlm aku kat ruang menunggu dah dekat jam 10 tak di panggil-panggil lagi.Si Ela sampai 915malam(selepas adik ipar dia amik alih jaga gerai aiskrim goreng dia)dia dtg jengah aku ngan Botak.Dia dudk kejap pastu dia balik jap sebab nak jemput Mak Nyah dari surau.Aku dan Botak still tunggu no naik.Si Shah dah membebel dah..sambil mata tengok TV.Aku pun mnyampuk..dah Hospital Ampang gini la.Aku dah rasa dah Shah oiii lamanya menunggu masa bawak Along dulu.Akhirnya kurang 10 minit pukul 10 nombor Botak pun di panggil..2099 bilik 1...hahaha


Setelah di soal siasat(ceh macam Polis la plak)doktor mengarahkan aku bawak Botak pergi X-Ray..Tapi jgn la pakai tongkat kesian adik awak nak jalan jauh..Aku sengeh jer.Doktor bagitahu aku kat depan sana ada wheelchair..aku pun segera la pergi amik..selesai Xray...kena tunggu lagi sampai keutusan keluar..tetiba aku ternampak Mak Nyah dgn Ela dah ada kat tempat menunggu tadi.Ceh!siap di belikan Botak milo ais,roti krim dan nasi goreng ayam.Tapi tk makan pun aku dan Botak sekadar jamah roti.Sepuluh minit pas tu baru Along sampai.Pot pet pot pet ngn Mak Nyah,aku masih tunggu doktor panggil untuk menengok hasil X-ray tadi..akhirnya keputusan di terima dan doktor mengatakan Botak kena di rujuk dengan doktor tulang.Kata jururawat bertugas,tak silap dia,tulang lutut Botak patah..Berubah air muka Botak.Hai..tunggu lagi..tunggu pulak doktor tulang datang..Along mintak izin nak balik kejap mandi dan tukar baju.Aku kata gi la.Mak Nyah tumpang Along sebab Ela tak nak balik nak teman kan aku.Bila doktor tulang dah datang aku dan Botak di panggil masuk ke bilik 3 dan doktor bagitahu sebenarnya bukan tulang lutut yang patah tapi buku lali adik aku yang patah dan perlu di simen.Meskipun buku lali yang patah,tapi adik aku perlu di plaster sampai ke atas sikit pada lutut.Si Ela kena balik ambik suar track Botak.Seluar yg tengah dia pakai ketat.Tunggu lagi(sementara di panggil ke bilik plaster)...dan akhirnya jam 1.20 selesai semua urusan dan pulang ke rumah tepat jam 130pagi..huh!letih..


Sampai rumah aku terus bersiram dan makan dengan Botak sikit.Botak tidur kat depan bersama aku dan si Atan..(memang kat situ pun tempat aku tidur sekarang sejak di serang agas ari tu aku tak nak tidur kat bilik lagi.)Tidur alaskan dengan kusyen bagi tinggi kata doktor.Nampak lena juga si Botak tidur.Aku jugak terkial-kial.Memang gitu la aku,kalau dah lebih kul 10 tak tidur jugak memang susah nak lena,tambahan pulak keletihan..Rasanya baru nak lena(orang terengganu kata baru nak jeneghe) Hp aku yang aku lupa nak silent berdering..Aku tengok jam dah pukul 530pagi.Fuh mujur aku silent rupanya si zaki dan Farizan gi Kilang nak amik barang depa nak gi Felda kat Pahang buat service.cari kunci pintu besar tak jumpa.salah aku jugak pi taruk kat meja aku kat atas(selalu kat tempat kunci bawah).Mujur..lau tak depa pecah masuk macam dulu la pulak..hehehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

30 Julai 09


Aku tak kerja Khamis semalam.Kesian jugak nak tinggalkan dia sorang2.lagi pula aku terpaksa pergi ke Hospital balik buat appoinment kat Ortho untuk Botak..lepas selesai urusan kat Hospital,aku belikan Botak roti canai pastu aku bergegas ke Tasik Permai menziarahi jenazah ayah kawan rapat aku yang sejak aku di tingktan 1 lagi.Nak gi Opis Botak awal2 pagi dia kata boss dia selalu datang lewat dalam pukul 11 lebih.So aku pi la dulu ziarah ayah Siti di Surau Al-Islamiyah..Jenazah terpaksa di tmpatkan di sana cz rumah kedai mak Siti depan surau tu tak mengizinkan terlalu sempit.Masa aku sampai tu, jenazah belum di mandikan lagi.Kata Siti pukul 11 baru nak mandi.So aku pun balik la kejap dan pi jumpa boss Shah.BVaik sungguh boss adik aku ni..Ramah.Aku takut jugak sebab dia baru je keje kat tempat baru ni.Gaji pertama pun tak dapat lagi.Selesai berjumpa dengan Bos Botak,aku singgha balik kat rumah kejap.Huik..dekat pukul 12 la..Sat gi dak Atan balik sekolah nak makan pulak.Tanak nasik pastu aku gorengkan telur mata dah sementara ayam aku cair dr beku(lupa nak kuarkan awal2)makan la hang lauk tu dulu dengan kicap.Sementara nasik masak aku baring sebelah Botak.Mata ngantuk sangat letih pun yer.org gemuk kan cepat letih..fuh sedapnya dapat baring..rasa malas pulak nak gi balik Tasik Permai.Bila dah masak,mals nak turut kn perasaan malas,aku segera membonceng motor adik aku kembali ke surau sementara menanti mayat di kebumikan.Masa aku sampai mayat dah selamat di kafankan.Sementara jemaah nak solat Zohor dan solat Jenzah,aku lepak kat kedai Siti.Kakak Siti si Ana..Selesai segalanya,jenazah di bawa pergi ke Tanah perkuburan Cheras Baru..Mek dan Siti ajak aku pergi.Tapi terpkasa aku tolak sebab mata aku dah tak lalu nak bukak lagi pun rasa letih ar nak manjat Bukit perkuburan tu..Usai semuanya bergerak, aku pun bergerak jugak pulang ke rumah dan ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

31 Julai 09

Thanks kat abang dan kak Ely cz nak belikn Botak katil hari ni.Botak memang nak beli tunggu duit gaji dia kuar..Tapi td masa aku YM ngan kakElly,kak Elly da sebut2 pasal katil..ingat aku tak de ape lah..tak lama tu kak Elly sms aku bgtahu jgn beli nanti kakElly belikan,kakElly dan Abang memang selalu menolong sejak dari arwah kak adik lagi.Aku naik segan pulak.Aku ym dia td pun cz aku tak de kredit nak sms.Sebab kk elly dah pesan dulu kalau ada yg sakit bagitahu dia.Aku ingat tak nak cakap jugak,tp bila ingat dia selalu pesan kat aku bila kitaorg Ym aku tak sedap hati.Tak lama pas tu td,abang pulk kol.Abang cakap dah duit korang tu simpan buat beli benda lain jap gi kak Elly pas balik belajar kat Masjid kakelly belikan..Abg pun cakap lagi.,lain kali cam ni la kalau ada ape2 sakit ke bagitahu awal2 ni dah 2 hari baru cakap..aduh..buzz...Jawapan selamat aku cakap kat abg,kita tak de kredit..(mmg tak de pun)tu Ym kak elly td lagipun smlm cuti...huhuhu..Sebelum letak Hp..aku hanya mampu cakap Terima kasih banyak la abg..Dialah satu-satunya abg sepupu aku yang selalu membantu.Tiap2 tahun kalau bulan puasa selalu sedekah duit kat aku dan adik2...Semoga Allah membalas budi baik abang sekeluarga....Dan jangan pelik..abnag sepupu aku ni lah satu-satunya aku dan adik beradik ku panggil "abang"shj sejak dari dulu.tak macam yang lain kami panggil pngkat nama.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pagi ni sebelum pergi kerja aku dah sediakan nasi , lauk dan air serta bikut buat Botak..Tak lupa jugak bekas untuk dia kencing..Mintak2 jangan la dia nak terbuang air besar..Risau jugak aku ni..

4 comments:

...nurul.... said...

salam akak,kita baca semua story akk tu siap nangis2 lagi nape sedih sangat akk ni,sabar la tu sume dugaan yer.nampak jer akk kuat tapi tu cuma luaran yer,anyway sume yg berlaku tu ada hikmahnya..seronok ada kakak cam kak ila ni penyayang kat adik akk yer,takpe kak sume yg berlaku sume nya datang dariNYA..DIA cuma nak nguji hambanya kat muka bumi samaada tahan atau tak setiap ujian yg diberi...nasib adik kak ila botak kau kita pening kepala akk nak menjaga..entah2 kene ambik cuti setahun.....ahaks

kakzie said...

dah nama pun kehidupan pahit, manis ,sedih, gembira tu kan dah rencah kehidupan

IXORAROXI said...

sabar ya ILA, akak doakan moga adik tu cepat sembuh

azieazah said...

Semoga segera pulih...
Orang yg sabar, memang selalu diujiNYA, mengikut kemampuan dan kekuatan masing2.

Suatu pengalaman hidup yang sangat telus diluahkan. Dan orang2 di sekeliling kita masih ramai yang bersimpati, yang ikhlas dan murah hati.

Hanya DIA yang Maha Mengetahui...
Sabar dan nikmatilah kehidupan dgn cara yg tersendiri...