Wednesday 28 January 2009

SETELAH SEKIAN LAMA

Sekian lama aku tak menjejakkan kaki ke Hutan Rimba Bukit Belacan maka hari Ahad hari tuh aku bersama Shah dan Ela bertiga membonceng motorsikal menuju ke Bukit belacan.Dalam hati mesti dah cantik dan bersih sebab sekarang masuk dah di kenakan bayaran RM1 bagi se kepala.Sejak di ambil alih oleh Tourism Selangor ni,motorsikal pun tak di benarkan masuk pulak tu parking pun kena bayar juga..huhuhu.Setibanya kami di sana,maka bermula la pendakian kami ke tempat yang paling atas..huhuh rasa nak tercabut kaki ni.Tapi sepanjang berjalan menuju ke puncak pada penglihatan aku Bukit Belacan tetap seperti dulu..tiada perubahan..bahkan tak cantik langsung cuma kalau ade perubahan pun sekadar tandas awam je di sediakan.Hampeh..Maafla,sepatutnya kalau dah masuk di kenakan bayaran,seharusnya keindahannya mstilah dijaga rapi.Berbeza dengan Sg.Congkak yang aku pergi tahun lepas dalam bulan Jun bersama Terataibungaindah n geng serta Dj nicky dan tunangnya.Walaupun di kenakan caj seringgit setiap org tapi keindahan dah infrastrukturnya jauh beza dengan Bukit Belacan.Tp nasib baik juga la kat tempat aku berendam tu dalam juga airnya..Tapi di bawahnya penuh dengan daun2 kering..alo..tolonglah buat pembersihan sikit..baru selesa org nak mandi hen berbaloi la jua di bayar duit masuk n parking.Memanglah duit tu seringgit jer tp kalau macam tu gaya nya baik tak payah kutip duit n biar jer macam dulu puas hati.Rasanya masa last aku mandi kat sana time tu aku di form 4 maknanya dalam tahun 1995.Tapi rasanya air lagi dalam dan bersih juga lagi berbanding skrg..huhuhuhu

Sampai di rumah terus bersihkan badan dan Ah Chong depan rumah mcm biasa tiap tahun bila petang raya Cina mesti bagi keluarga dan jiran2 melayu sedikit buah tangan..begitu juga sebaliknya...Gong Xi Fa Chai buat penduduk cina di Jalan Ikan Jelawat 5,Ampang Campuran.Terutama buat Kuarga Yap(jiran depan rumah) Sekarang ni bila petang2 je mesti lepak kat depan pagar atas tembok batu dok teriak2 manggil cucu ah so depan rumah ni..cucu dia ni belum setahun,bila aku manggil je nama dia "Mei Chan" mesti tersenyum jer.kalau aku dukung pun dia sikit tak melalak.Dah kenal sgt kut agaknya.Belasah je la anak cina ke anak melayu ke,kalau dah geram aku peduli ape..hahahayang bestnya keluarga Yap ni,anak2 lelaki dia semua tst International.Anak sulung dia kahwin dengan orang Vietnam manakala yang nombor 4 dengan org Filipina..Ramah juga menantu2 depa ni.Yang tak tahan aku kalau mama si Mei Chan la,Dia memang tak fasih berbahasa melayu,yang dia tahu nyamuk,tidur dan makan.Tapi punya la nak bercakap juga di bantainya cakap mandarin dengan aku..aku hu ha je la wat2 paham kahkahkah..tak pe la slow nanti pandaila mcm biras dia yang Filipina tuh...

Selamat Pengantin Baru juga buat Adik sepupu aku Nazirah Abd Rani dan pasangannya yang akan menikah pagi esok.Maaf banyok wat Pok Teh sbb tak dapat balik seperti yang di rancang atas sebab ekonomi tak mengizinkan.Pastinya meriah sebab pertama kali Pok Teh dapat menantu.Dan dengar kata sebanyak seekor kerbau dan seekor lembu di tumbangkan.Bestnya..sedih pun ade nak nangis pun ade.Terasa kemeriahannya seperti mane 2 tahun lepas mok Su aku juga pertama kali dapat menantu..Ape pun buat Na,Semoga berbahagia dan gembira atas perkahwinan ini.Esok doh jadi warga Puchong jgn lupa lak maghi di ghumah..dekat sgt dah tu..masa anak dara mung tu memang tak pernah sampai Kl lagi..

4 comments:

IXORAROXI said...

eh air tak berapa dalam tu, idok ke timbul je kain batik tu ILA?...hehehe kalau tak bilas tak pasal2 menggaru satu badan!:D

kakzie said...

kita pakey suor kak wey hehehe..sampai umah terus bilas

azieazah said...

Dah masuk puluh tahun tak pijak Taman Rimba Bkt Belacan tu.. sbb memang dah tau, tak berapa cantik..

Tu yang kami sanggup pi sampai Ulu Yam tu..

kakzie said...

kakZ itu jer tempat yg terjangkau dek kaki..nak pi tempat jauh2 tak de kenderaan..tak mampu