Thursday 25 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....


SALAM
Sebelum menyambut lebaran yang tinggal beberapa hari je lagi..Di sini aku ingin menghulurkan salam kemaafan andai selama ini ada kata2 ku yang menyinggung sesape jua yang aku kenali,sahabat2 blog,sahabat2 KLFM,teman2 sekerja atau sesape jua yang mengenali insan bernama ILA ini atau di kenali sebagai ILAIP@ ielaampang sahabat Klfm. Sesungguhnya sebagai seorang insan bernama manusia tak lepas dari melakukan kesilapan selagi bernyawa.

Ni merupakan N3 terahir aku sebelum menyambut raya,kerana esok malam aku akan berangkat ke Terengganu menyambut hari raya di rumah mak su aku bersama adik bongsu ku(satu ibu) di sana.Tahun ni merupakan tahun pertama aku lama beraya di kg,iaitu selama 10 hari.Aku akan mula betugas pada 7/10/08 bersamaan hari selasa.Tahun lepas aku tak amik langsug cuti raya,dan hanya bercuti mengikut cuti yang di beri sahaja.So tahun ni aku berkesempatan beraya lama di kg dan sempat juga beberapa hari bersahur dan berpuasa di kg..

Ari tu sempat aku sms sepupu aku untuk menempah ikan pari bakar setiba nanti aku di kg.Sape suruh cerita kat aku yang hari2 panggang ikan.Kan aku dah terliur..Aku tak dan pun nak bakar ikan puasa tahun ni.Tak sempat la..lagi pun tak ramai tak seronok.Bila kat kg nanti ramai2 pasti bertambah2 la aku makan.hehehe Mak su mmg pro masak lauk pauk ni..dan yang paling penting gulai ayam kg pasti ada di pagi hari raya nanti..Hidangan wajib keluarga maksu setiap tahun bersama nasi minyak.Selain itu juga biasanya maksu juga menyediakan sate ayam (hidangan untuk keluarga sahaja) dan ketupat palas.

Cakap bab ketupat palas ni,aku memang hantu.Kalau org kampung aku, sebelum di makan selepas di rebus,kebiasaannya ketupat tu di goreng dulu seketika..dan rasanya lebih enak dari ketupat yang di rebus sahaja.huhuhu...menggoda...k la jumpa lagi selepas raya..

salam kemaafan dan semoga Aidilfitri ini menghapuskan dosa sesama kita...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H......

AKU NAK LAYAN SYAHDU SAT................

Black Dog Bone
Cahaya Aidil Fitri

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup
Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir
( korus )
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri

Tuesday 23 September 2008

saja suka-suka

Sebenarnya aku buka blog abg Black canary,tertarik pulak dengan gambar yang di ubah suai melalu satu laman web.. http://www.photofunia.com/ so aku pun cuba-cubalah dan hasilnya mmg nampak real hehehe..tq abgbc cz bg alamat website ni.


cun la Mama Afiq ni...jgn marah mimie curi pic awak dlm blog..hehehe saje suke2


wajahku setelah di potret kan..wakaka





model cilik si Zara




perasan ar minah tu





persandingan kakGi dan abgzul










eh..eh..eh ayah dalam Tv tu














wow..cayalah aku ngan Afiq




Friday 19 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA











control beb!!

Tahun ni tahun ke-2 aku berbuka puasa dengan syarikat tempat aku berkerja sekarang.Ini bermakna dah hampir dua tahun aku di Syarikat ni. Kalau tahun lepas majlis berbuka syarikat diadakan di Bora Ombak-Ampang Point,tapi tahun ini di Hotel DePalma,Jalan Ampang. Terima kasih pada pihak pentadbiran kerana sudi menjemputku dan rakan sekilang aku Siti...Terima Kasih juga buat Naimah kerana menyusahkan diri menjemput akak kat rumah.


jahat aku ngusik Haikal sampai menangis hehehe... ni lah gaya seorg ibu..sebaya aku ni tapi anak dah 5..pergh




Makanan yang di hidangkan di sini boleh di katakan ok lah juga.Maklumlah kalau dah "free" tu kira ok lah kan..syukur.Tapi bila dah menu tu terlalu banyak tak tahu apa yang nak di makan.Sekadar-kadar aje la..Tapi untung kalau yang jenis kuat makan..Tak rugi..Maklumlah bayaran jer untuk satu kepala RM53 bersih.Intai-intai juga kut2 ada kerabu mangga dan kerabu perut,tapi sayang tak de ar..kerabu pucuk paku.kira ok lah jugak..hehehe.









Selain itu,tahun ini juga aku berpeluang berbuka puasa bersama-sama dj2 kesayanganku Dj Julia,Dj Mimie,Kak Azizah Dj MK(kaki lawak) dan Dj Ain(walau hanya sebentar) di Imperial Hotel,Jalan
Sultan Ismail.Mula-mula blur gak sbb tak tahu dan tak terNAMPAK langsung tang mana terletaknya hotel ni.Maklumlah aku ni bukan kaki rayau.Kalau tak de benda nak buat kat KL tu jangan harap aku nak kesana.Seawal jam 5 aku bergerak dari kilang ku yang terletak di Lembah Jaya Selatan.Mulanya aku ajak Naimah untuk menemani ku,tapi sayang dia tak berapa sihat.Aku calling2 abgDin(Abg angkat ku) sayang juga sbb dia kena bawak Datuk pergi berbuka,akhirnya aku teringat anak maknyah si Ella,alhamdulillah dia ada kat Ampang time ni.Maklumlah minah ni mencari rezeki di Klang.

Aku tiba di hotel seawal jam 6.Kata Julia dia suruh tunggu di Lobi selewatnya jam 630ptg.Aku duduk la lepak-lepak kat lobi sambil bergambar bersama Ella dan sepasang suami isteri juga merupakan sahabat klfm(maaf la lupa nama sahabatnya). Tika jam menunjukkan 6.50ptg kelibat Julia tak kelihatn juga.Aku pun try naik ke tingkat atas untuk meninjau2 kut-kut Ju ada di sana..Betul la rupanya dah ramai yang sampai.Aku dudk semeja dengan Kak Azizah dan suaminya(Abg Roslan) dan juga Dj MK.Dj MK ni lawak jugak orgnya.Ramah seperti dalam radio juga.

Wah! kat sini menu yang tersedia terlau banyak..Dari Japanesse,western,chinesse dan Melayu semuanya ade.Deasert yang di sediakan pun agak banyak dan sedap2.Paling aku suka makan malam tu tiram dan kupang mentah yang di perah lemon dan di cicah thousand island.Pertama kali aku mencuba..dan emmm... not bad rasanya.Tak ketinggalan juga sushi my favourite...jam 8.30 malam masing-masing beransur dan di bekalkan sebekas bubur lambuk..TQ klfm tq Imperial...

Thursday 11 September 2008

FITNAH MEROSAKKAN UKHUWAH

SEBAGAI RENUNGAN
(DI COPY DAN DI PASTE DARI LAMAN BLOG SESEORANG)


SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup bermasyarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran."Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci.


Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah."Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.

"Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau."Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)."Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata."Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta."Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu."Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan."Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman."Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui."Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu."Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)

Wednesday 10 September 2008

HAMPEH

Gara-gara kelewatan bas semalam aku lewat sampai kerumah.Bulan puasa ni setelah di rayu dgn bhgn HR maka dapat lah pulang seawal jam 5.Kelewatan bas semalam tak lah seteruk yang aku alami hari Jumaat lepas(5/09/08).Bayangkan seawal jam 5 aku dah keluar dari kilang tapi gara-gara Terowong Smart dan hujan yang lebat dari pagi (dengar khabarnya KL sesak gile) maka aku terpaksa berdiri hampir 3 jam menanti bas yang tak muncul2 di Taman Mulia Jaya.Ikut hati hari tu nak saja aku berjalan ke Rumah.memikirkan jalan yang akan di lalui itu naik turun bukit aku jadi serba salah.Mahu semput nanti aku di buatnya.Menanti teksi yang lalu kat sana pun hampeh..ada pun semua bagi tahu gas NGV mereka dah nak kehabisan.Nak tak nak aku terpaksa masej along untuk memasak lauk untuk berbuka.Mungkin aku terlewat.Sedihnya waktu azan maghrib aku masih lagi duduk terpacak di bas stand.Bas yang di tunggu tiba setelah hampir 15 minit umat islam berbuka puasa.Letihnya tapak kaki Tuhan aje yang tahu.

Tapi mujurlah semalam bas hanya lewat setengah jam dari biasa.Setiba di rumah jam dah menunjukkan pukul 6.Apa lagi dalam keletihan pertama sekali jerang nasi..dari tempat kerja tadi dah merancang nak masak asam pedas ayam dan goreng sayur kacang botol.Ingat mulanya nak masak lemak cili api ayam sbb dr minggu lepas si Atan dah order lauk tu.Pikir2 malas la pulak nak masak lemak2 ni.Akibat dah terlalu lambat sampai maka bahan2 yang sepatutnya di tumbuk aku racik2 jer halus-halus.Nak di tumbuk dah kesuntukan masa.wawawa...maka terhasil la asam pedas yang kurang"kick".Tapi cayalah first time aku goreng kacang botol style ape tah tapi hasilnya memuaskan .sodap lah pulak.Berperang bersilat di dapur ngam-ngam 710 aku selesai masak...Hari ni menu ape pulak eik??balik2 ikan dan ayam.

Tuesday 9 September 2008

BERSEDERHANA

Tahun ni merupakan tahun ke 4 berpuasa tanpa Bapak dan kali pertama berpuasa 3 beradik.Ini adalah kerana adik kandungku yang ke 3 berhijrah kerja di daerah yang lain.Hidangan berbuka kami tahun ini ala kadar jer.Alhamdulillah tak membazir.sekadar1-2 jenis lauk dan di sulami beberapa jenis kuih-muih yang di beli along serta sejenis minuman sudah memadai bg aku dan adik berbuka.Along tak kisah sebab dia memang tak makan nasi.Nak diet la tu kut.Mana nak tau raya ni boleh pakai baju kebaya..hehehe jgn marah ha...Bercerita pasal sahur,aku memang dari dulu malas nak bersahur.Biasanya dulu-dulu ketika ada arwah dia lah selalunya yang mengejutkan adik-adik untuk bersahur.Dari satu bilik ke satu bilik di kejutnya kami.Kena waktu itu aku rajin untuk bangun,maka bangunlah aku untuk bersahur kalau malas maka huhuhu...Biasanya lauk bersahur kami sama seperti lauk berbuka.Malas nak masak ulang2 kali.Bila masak untuk berbuka tu maka di lebihkan sekali untuk bersahur.Awal-awal puasa lagi aku tak kesempatan,maka Atan adik aku yang bongsu jer la yang bersahur.Malas sungguh aku nak bangun.Kesian pun ada dia makan nasi dan lauk sejuk tak di hangatkan.Aku bukan malas nak bangun tapi sejak akhir-akhir ni aku susah nak lena tidur.Kekadang tu dekat pukul 3 baru aku nak lena.Jadinya bila jam dah 4.30 huh terasa nau liatnya.Tapi dua ari ni alhamdulillah aku mampu bangun untuk panaskan lauk dan nasi.Kesian bila di kenang adik aku yang sorang tu.Kalau dia balik rumah ummi dia senang sikit aku tak yah fikir sangat nak masak.Atan ni sebijik perangai macam arwah bapak aku.Kalau dulu Arwah bapak suka bersarapan dengan "nasi sejuk" Atan begitu juga.Dia tak kisah apa jenis lauk pun janji nasi.Kalau benda-benda lain ni dia kurang.Bak kata pagi ,petang, malam nasi,nasi dan nasi.

Aku dah pun selamat membeli tiket untuk pulang ke Terengganu pada 26/09/08 malam dan balik Kuala Lumpur pada 5/10/08 pagi.Tahun ni paling lama aku balik kampung beraya.Seingat aku dah 3 tahun tak balik raya di kampung.Fuh semalam sms sepupu aku bagi tahu tarikh aku nak balik,seronok dia..aku dengan Mek Ani mmg agak rapat.Bualan puasa ni boleh dia minta izin inggalkan suami dia untuk balik Terengganu berniaga kuih di Gerai makan mak dia(maksu aku).Kesian Hezreen sebulan kena tinggal.Ani siap merancang di sebabkan aku balik kampung awal dia nak ajak aku buat kuih untuk raya.Weh!! Ani..aku bab2 kuih raya ni sorry ar failed giler...kalau mu nak suruh aku masak lauk pauk..ok begheh....huhuhuhuKalau tahun dulu-dulu semasa Toki ada lagi,rumah mak su mmg jadi tumpuan tetamu berkunjung.Ye lah maklumlah ada orang tua.Tapi tahun ni tak tahu lah masih ramai kah seperti tahun-tahun sebelum ini??Aku seronok kalau di Kampung Tok Jembal ni,keliling kampung tu saudara mara aku jer yang penuh.Tok ngah,tok de, tok su pok teh.pok cik,pok long semua duduk dekat2 situ jer.So satu hari tu berjalan rumah saudara mara sebelah emak je la..Ceh!! dah tercerita bab raya pulak..ops..sorry..ok la sampai sini lah dulu.Ada idea dan kesemptan aku taip lagi kisah2 hidup ku.TAK SABAR NAK BALIK KG....YEH! YEH! YEH...............

Thursday 4 September 2008

PASAL APE NTAH?

pasal ape ntah eik kat blog ila ni dah boleh komen pastu tak boleh nak publish bila sign in kena modified kat sana baru la ada.Pelik betul la..ada sesape yang tahu n nak tolong selesaikan ker...

AHLAN WA SAHLAN YA!! RAMADHAN....


Salam Ramadhan Al Mubarak yang mulia buat semua umat Islam seluruh dunia..Agak terlewat masukkan post ni..salam kemaafan jua di pohon kepada saudara2ku andai ada kesilapan pada tingkah laku ku mahupun terlancang mulutku dalam berkata-kata...Sesungguhnya manusia tak lepas dari melakukan kesilapan.Salam Ramadhan dan selamat berpuasa juga elakkan pembaziran semasa berbuka....