Friday 29 August 2008

TERIMA KASIH


Terima kasih Klfm kerana menganjurkan Kuiz Merdeka dan sumbangan hadiah dari Habib Jewels berupa sepasang subang mutiara(nilai tak tahu).Agak cantik juga tapi sayang aku tak leh pakai sebab lubang tindik aku dah tutup.Lagi pun aku ni mmg dr dulu tak gemor memakai barang kemas ni.Rimas jer rasa.Aku lebih suka kosong di seluruh badan.Ape pun terima kasih sekali lg.

Tuesday 26 August 2008

24 OGOS 08

Toki telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Ahad 24 Ogos 2008.Tika itu aku di Maran,Pahang menghantar rombongan pengantin lelaki(adik kawan aku).Pukul 5.30 aku di beritahu yang toki dah nazak dan pukul 715 lebih kurang aku terima sms mengatakan yang toki dah kembali ke rahmatullah di usia 85 tahun.Redha je la.Sebabnya dah lama toki terbaring sakit.Sekurang2nya terlepas sedikit beban dia.Bermakna aku dah tak de atuk lagi...huhuhu tinggal la mak sedara dah pak sedara jer di Terengganu (sebelah Emak)..Al-Fatihah buat to'ki...

Tahniah Juga buat pasangan Razali dah Rafizah yang selamat di ijabkabulkan pada malam minggu ari tu dengan dua kali lafaz tu...hehehe syg aku tak dapat nak set pic mereka kat sini..Si pengantin perempuan setelah di make up kan aku tgk sejibik macam pelakon Nadia Mustafa..pergh syg ar tak de hp canggih nak snap.Lau tak leh saje2 wat gempak kat website mms kononnya Nadia Mustafa Kahwin hehehe.Hantaran dr pihak lelaki sebanyak 9 dulang dan di balas dgn 11 dulang.Cantik pulak tu gubahan dalam sebijik2 bakul berbentuk kerang(aku sempat rembat satu dengan izin)...Manakala Mas kahwin bg negeri Pahang terlalu kecil la bg aku cuma RM 22.50 dan duit hantaran RM8k..huhuhu mahalnya...Majlis yang di hadiri tu agak meriah juga.Dan dgr kata dah lihat sendiri kaki kerbau tergantung masa malam akad nikah tu,sebanyak 3 ekor kerbau di tumbangkan..Sedap gak daging kerbau ni di sulam pulak dengan pecal umbut nyor mmg pergh..syg tak dak sambal belacan kegemaran ku...

Selesai upacara memotong kek sebanyak 3 tingkat,kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur...Thank to Hajar sbb sudi ajak aku bertandang hehehe..alamak lupa nak minta sireh..heheehh

alamak TERLEBIH SUDAH....


Ops! tarikh ni juga bermakna dah 11 tahun sudah arwah akak aku pulang ke rahmatullah...

Thursday 21 August 2008

NAK LAYAN SYAHDU SAT...............

Di Takdir Kita Bersama - Mac Rahayu

tak pasti siapa yang tersentuh
bila terserempak tempat kita bertemu dulu
adakah aku yang khayal kehadiranmu
atau sememangnya kau disini
kedatanganku ini
sekadar menyisip suasana
dan bukan untuk semula
entah siapa yang bersalah
tertanya-tanya siapakah lebih luhur setia
hanya pandai berjanji sewenang-wenang
untuk semalam dan hari esok
tapi engkau terlupa
engkau yang terlalu kecewa
sehingga berhari di sini
pedih
melihat engkau begini
penawar tidak berguna lagi
sedih
sekilasnya engkau pun menoleh aku
apa yang tergambar menyesali tingkahmu
*tinggalkan ku diwaktu senangmu
#simpati jiwa bukannya alasan
kala mata kita bertentangan
ku sedari aku pun begitu
merindui belaian kasihmu
sedari dulu andai pasti
di takdir kita bersama
(ulang #)
andai kita ditakdirkan berdua

Thanks alot kat Mimie hari tu sebab layan ngada2 ila request this song.
Dan terima kasih juga kat Julia kerana mengirimkan hadiah ila pada Abah hari tu.Tak de mood lagi nak baca novel2 tersebut..best dapat tambah koleksi Novel2 alaf21 ku yg dah lama aku tak beli.

Thursday 14 August 2008

YM yang menyentuh hati dan perasaan ku

14 Ogos 2008
azromaya a: salam dldm MUDA belum 30
azromaya a: ehemm..tak nak berbatikMMS kee
rindu Sayang: kita tak de hp canggih
rindu Sayang: hehehe
azromaya a: selamat harilahirrrr dik..sabor saboorr dldm keidupaan
rindu Sayang: tq
azromaya a: sesuangguhnya derita yg di tanggung dan diUJI olehnYA..
rindu Sayang: yup
azromaya a: hanya DIA yg tau sejauh mana BAHU leh pikull
rindu Sayang: terima kasih pokcik
azromaya a: jika tak leh PIKUL DIA tak bagi cubaan
azromaya a: itu tanda PENGASIHNYA
azromaya a: samasama hayati..
azromaya a: kita rasa kita paling derita??ada lagi yag derita
azromaya a: saborrr..
rindu Sayang: derita ku tanggung sendirian
azromaya a: yup..sebolhnyaa cari laa kawan sejati ygleh LUAHKAN
azromaya a: nanti melotup
azromaya a: yg kita percaya..sekadar meluahkan ..tak semesti ia leh selesai
rindu Sayang: saya tak percayakan kawan
rindu Sayang: kawan kkdg tikam saya belakang
azromaya a: aduzzz..
azromaya a: cuba beri harapan
rindu Sayang: menitik air mata saya pokcik ni
azromaya a: memang zaman ni satu per 1ribu nak jumpa
azromaya a: cuba cari insan..masih ada tetap masih ada yg sudi berkongsi..
azromaya a: yg penting kena INGAT ILLAHI syg..umatnya
aazromaya a: tak semessti kita rasa derita ILLAHI tak sayang
azromaya a: memang sesekali kita TERASA ILLAHI tak sayang kita..itu sesekali
azromaya a: kena AKUI ILLAHI tetap sayang HAMBA..
rindu Sayang: terharu saya
azromaya a: mungkin 3 kali kita rasa ILLAHI tak sayang kita??
rindu Sayang: terima kasih pokcik
azromaya a: kenapa org lain bahagia??
azromaya a: kita tertanya kenapa ku DERITA??
azromaya a: kenapa org sebelah boleh gelak bahagia dgn keluarga senyum ohh bahagianya mereka..
azromaya a: kita rasa cemburu?
azromaya a: rasa ILLAHI TAK ADIL pada kita..
azromaya a: DIA yang AMAT menyanngi..umat
azromaya a: ILA kena letak ILLAHI MAHA ADIL n MAHA penyayang
azromaya a: adil tak semua balasan baik didunia
azromaya a: adil tak semua balasan JAHAT didunia
azromaya a: penyanag dari segi harta ibadat..
azromaya a: dah berusaha masih sabor
azromaya a: insan buat silap pun ILLAHI masih sayang..sebab ILLAHI tak dendam mcm manusia
rindu Sayang: text pokcik ni nanti ila nak copy n paste kat blog
azromaya a: tak semsti tak bahagia tu tak sayang
azromaya a: kiita ta boleh LIHAT ILMU ILLAHI dgn mata
azromaya a: ISLAM buka ciptaan manusia..
azromaya a: bila derita tak bahagia bukan bererti tak sayang..DIA nampak apa yg kita tak nampak..DIA YG CIPTA kita..
rindu Sayang: terima kasih pokcik
azromaya a: ala text biasa jee
azromaya a: lihat tersirat..ILMU yg tak habiss..tak terjangkau MINDA ..insan,
rindu Sayang: tak kisah ila nak masukkan dalam blog
azromaya a: kita hanya boleh berkata..tentu ada sesuatu..bila terjadi kita kena fikir tentu ada sesuatu
azromaya a: sesuatu tu adalah yg tak nampak..samada cubaan godaan dan balasan....nak KOREK sesuatu tu kena sloww dan bertanya ULAMA dan ustaz selalu referrr atas apa yg terjadi..
azromaya a: yg penting selalu bertanya..
azromaya a: bertanya dari sudut cubaan ..cabarann..makain KUAT ketahanan kita kesabaran makin KUAT BAHU yg ILLAHI cuba....DIA yg cipta..
azromaya a: cuma tak tau sejauh mana ujian..tak kan sehingga diA nak suruh hambanYA bunuh diri ..tak
azromaya a: kecuali laa dah JODOH hambaNYA itu nakmati dgn cara bunuh diri..
azromaya a: jika tertulis nakbunuh diri tu lain laa
rindu Sayang: yup
rindu Sayang: pernah dgr ustaz cakap
azromaya a: yup..
azromaya a: hhee
azromaya a: semuanya dari ustaz hee
azromaya a: copy jee sesama ingatan hee
azromaya a: ustaz sendiri pun kekeadang terlupa apa yg dia cakap itu KELemahan insan

berakhir 10:28am

Thursday 7 August 2008

Akhirnya.........

Selamat sudah aku menjual skuter Elite 150cc ku..banyak pengalaman bersama skuter aku tu..dengan skuter itu jugalah dulu 2 tahun aku mengangkut anak2 jiran dan cucu jiran sekitar rumah aku pergi dan pulang ke sekolah yang hanya 3 minit dari rumah ku..Dapatlah sikit duit buat belanja.Anak2 jiran aku mmg suka kalau dapat naik skuter aku tu.Ye lah skuter tu boleh berdiri di depan dan santai jer,kekadang tu berebut sama dia org nak duduk kat depan.Motor yang selama 36 bulan aku amik secara ansuran hanya sempat aku guna selama 3 tahun sahaja.2Tahun terperulk dalam stor sebab rosak dan roadtax tak perbaharui dan lagi pun aku ni pemilik lesen Agung.kekeke..so dari dok rosak gitu jer aku saje2 tanya kawan opis aku ni kut2 dia berkenan,dia ni pomen motor so setakat nak repair merepair tu mmg pakar la dia.So dia pun secara rasminya menhantar "duit belanja" padaku dan dengan sekali akad maka geran dan motor bertukar milik...huhuhu tak pe la ade rezeki aku nak pakai motor lain pulak.Taknak dah guna skuter sebab kos penyelenggaraan sesebuah skuter terlalu tinggi.Tak mampu den..

Sejak 2 minggu cuaca agak panas sekali.Bahkan tika waktu sudah menunjukkan 5.30 ptg matahari memancar serasa seakan 1.00 tghari.Panas nya terasa bahang kuat sgt,sehinggakan aku rasa bagai nak pitam semasa menunggu bas untuk pulang dari kerja.Kalau sebelum2 ni aku sanggup untuk menunggu Rapid U28 untuk tukar ke U29,demi penjimatan harga tiket,tp sekarang aku dah tak sanggup sgt rasanya aku naik jer metro dan bila di bas stand U29 aku rasa lega sebab kat situ redup sikit.Kalau sebelum ni hanya RM2 pergi dan pulang dr kerja dengan menaiki 4 buah bas,tapi kini RM2.90 lebih 0.90 sen jer.Tak pe lah janji selesa dan tak lambat.Teringat dialog arwah bapak kalau cuaca panas2 macam ni kalau dia balik dr kerja terlalu haus,dia akan minta "amikkan aku air paling sejukkkkk di dunia".

Balik ni nak gi tukar baju yang aku beli last week sebab konon perasan dah kecik tapi bila balik mak aii kotat eih,nampak bosar tapi kocik..pas tu nak pi amik spec mata aku yang baru malam tadi gi tempah..wala wey...