"Assalamualaikum...kak",suara si Meor memberi salam dari luar rumah.
"wsalam....Shah tak de",balas aku dari dalam rumah.
"Tak da apa nya?Kuar la kejap ada masalah sikit ni"....
Melompat bangun aku dari pembaringan depan tv dok tgk Roda2 KL...
"ha,napa?tanya aku.
Kawan Shah kol kata Shah sakit balik macam dulu pengsan kat Pandan Jaya".
Aduhla,punya la aku terkejut.Sejak arwah bapak pergi dan selesai berubat dengan orang Klang Lama dah agak bertahun juga dia tak pengsan macam dulu.Aku sms dak Ela suruh dia pergi dulu tengok naik motor dan tak lama selepas itu au menyusul dengan Along.Keadaan cuaca malam tadi hujan.Mujur lah masa nak ke Pandan jaya tu tak berapa sesak.Sampai kat sana aku tgk adik aku dah kekejangan.Along panggil2 tak de "respond''.
Dalam pada itu,abang pada kawan adik aku dah pun menghubungi ambulan dari hospital Ampang.Tak tahu dah nak buat macam mana sebab tu jalan akhir bawak pergi hospital sebab tak pasti samaada penyakit dia yang lama datang kembali atau dia mengalami penyakit baru sebab sebelum ni dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan kencing dia ada PROTEIN. Apa maknanya eik kalau kencing ada protein???? Tak tanya detail pulak aku kat dia ari tuh.Dia jugak selalu mengadu sakit pinggang dan tak boleh nak kerja berat.Dah sebulan dia berhenti kerja sebab dah tak sanggup nak menanggung sakit sebabnya kerja2 dia memerlukan tenaga yang kuat dan memang berat.Kerja apa la sesuai untuk ko Shah?aku pun tak tahu nak cakap macam mane...macam2 kerja dah kau buat tapi semuanya tak lama.
Tak lama selepas itu,ambulan datang.hu hai dahla dia ni badan besar.Mengusung la 4 5 orang naik atas troli.Dalam pada itu ramai pulak la duk mengerumi sekeliling maklumlah kejadian kat tepi jalan masuk ke LRT Pandan Jaya.Aku menaiki ambulan mengiringi Shah.Pengalaman lama kembali lagi...Masuk ni dah 3 kali aku menaiki ambulan.Tapi kali ini berbeza suasana di dalamnya berbanding satu masa dahulu.Seroang MA mengambil BP Shah dan sorang lagi memegang walkie Talkie melapor dan memerima arahan dari pihak Emergency.Setiba dia wad kecemasan (zon Kritikal) kelihatan doktor2 dan para medik sudah bersedia menerima kes.
Dalam kekalutan,kereta Along pulak buat hal.Tak boleh hidup.Ya!Allah dugaan betul.Selesai membuat pendaftaran,tetiba teringat pulak api nasi kat rumah tutup ke tak sebabnya sebelum tu along tanak nasi untuk kami bawak bekal nasi goreng esok ke kerja.Kalau tanak dalam ''rice cooker'' memang tak balik pun tak pe.Tapi tanak atas dapur gas silap2 hangit dan terbakar.Huh..berkejar pulak aku ke rumah menaiki motor Ela.Nasib la dari Hospital Ampang ikut jalan belakang 5 minit jer.Sementara kat tempat parking motor,aku terserempak dengan Hisyam adik Ela yang singgah sekejap juga baru pulang dari kerja.
"ko ambil mak Nyah sekali nanti,pesan dia.
Alhamdulillah,rupanya api dah ditutup.Lega...Usai mengambil Maknyah dan hantar dia ke hospital aku dan along minta izin tinggalakan sekejap diaorang 3 beranak untuk uruskan kereta Along.Sebabnya karang bila dah malam takut pulak lagi pula Abg kawan adik aku tu datang antar Along aku tadi bawak sekali anak kecik.Kesian pulak.Kebetulan abang kawan adik aku ni seorang mekanik,jadinya urusan di permudahkan.Cas kejap kereta dah leh hidup enjinnya dan aku suruh Along balik rumah terus takut nanti kalua snggah hospital kang tak leh nak start balik sementara aku pergi amikmotor Shah dan akan balik kerumah amik along balik.Ek Eleh,bila aku dah sampai rumah nak amik Along,mamat tu dah ada rupanya..kena refer ke KK Ampang dan BP dia mmg tinggi 130 dan bacaan gula 13.
Sebelum Zzzzzz,dan jugak aku ceramah sikit atau dalam erti kata lain,membebel.Cuba belajar sayang diri sendiri.Tolonglah jangan balik lewat2 malam sangat,Habis berniaga terus balik.Membebel seorang kakak kepada seorang adik bukan kerana benci tapi kerana sayang.Kalau tak sayang,aku buat dek jer.apa nak jadi sendiri tanggung.Tapi tu la..mak ayah dah tak de.apa pun nak buat fikir sikit.Terima kasih kat MakNyah,Ela dan Hisyam sebab tunggu kat Hospital.Kadang malu gak dah nak mintak tolong dengan dorang ni.Selalu bila dengar antara aku dan adik beradik masuk hospital,dorang ni la mula2 akan sampai dan setia menunggu.Jasa korang hanya Allah yang dapat membalas.Dan terima kasih buat bapak sedara dan akak sepupu aku yang kol bertanya keadaan.
tika menulis ni aku dalam keadaan yang amat mengantuk sebaba aku tak lena langsung tidur.Aku memang akan susah nak tidur bila jam dah melebihi pukul 10 tapi masih tak bawak tidur silap2 satu ,malam aku tak tidur...
2 comments:
La sian nya... Terjadi di Pandan Jaya. Uishhhh... dekat dengan umah.
Betul tu, kena jaga diri sendiri dalam erti kata lain, sayang diri.
betul tu kalau kita tak sayang diri sendiri, sapa pulak lah nak sayang kita ni
Post a Comment