Monday, 16 November 2009

MAKAN2

Macam biasa Sabtu dan Ahad adalah hari aku bercuti.Pagi Sabtu tu, sebelum Along pergi kerja,dia dah siapkan sarapan merangkap makan tengahari iaitu "mee goreng".Selesai siap aku mengemas dapur,menyapu laman dan ruang tamu,aku sambung baring2 dalam bilik.Dah tak de benda nak buat so duk sorang2 tu faham2 je la.Baru nak lelap kan mata,sekali aku terdengar orang memberi salam.Macam aku kenal je suara itu..Rupanya kakIx datang antor kuih tart yang aku order dari kakZ.Thanks kak,ingat kan dalam kul 2 baru nak gi amik kat rumah akak..sbb motor tak de,Botak keje...
Lepas kak Ix balik aku ke dapur balik.Apa nak buat eik..Aku terpandang periuk lauk yang along masak asam pedas ikan kembung hari Jumaat ari tu.Rumah aku ni biasalah kalau masak ikan memang tak jalan.Along teringin nak makan kuah asam pedas so dia masak Jumaat ari tu.Tak banyak mana pun tapi boleh tak abis.Nak di buang sayang,so aku pun modified la sikit untuk di makan dengan laksa.Ikan adalah lah dalam 5 keping dalam kuah tu,aku blend halus tambah itu ini jadi kuah laksa...jadilah dr membuang gitu jer.Nak ke kedai aku malas,so sms Botak suruh dia singgah kedai balik kerja larang cari laksa basah.Aku memang tak suka sgt makan laksa ni,tapi kalau laksa dia jenis basah mcm tu aku suka la.Kalau yg kering pastu di rebus aku tak gemor sgt.
Botak balik aku terus rebus laksa dan makan...hahaha keja aku sabtu tu makan dan makan jer..Mee goreng la laksa la semua aku bedal.Boring duduk kat rumah itu lah bahananya.Ajak Botak gi UO Taman Dagang dia malas..huh memang bosan.Malam tu ingat nak lepak kat rumah abg sepupu aku kat pandan Indah..Konon2 nak mengurut sekali ler.Nak numpang kerusi urut badan dia.Rupanya kakElli masih di MidValley tgk ekspo rumah.So aku pun pegi anto je la kuih tart dia sebekas(aku buat kak Elli terliur ari tu,ibu mengandung kena lepaskan gakhehehe) yg kebetulan Nini anak dia ada di rumah(study kut cz nak SPM).Sampai kat Kondo abg aku tu,kebetulan tengah tunggu lif aku ternampak anak2 abg aku baru samapi.rupanya depa ni gi jalan ke lain tak ikut mama dan papa dia.So aku bagi je la kat depa dan malas pulak nak naik sbb kesian pulak depa penat balik jalan kang nak kena layan aku pulak..Lain kali la kak Elli eik.
Tahniah buat Juara Penyampai Ikon RTM yang pertama,Aina Suzaily.Target aku Siti Aisyah Baslie..Tapi Aisyah hanya berada tempat ke dua..Syabas buat ke semua 6 finalist..Anda semua berbakat...
Minggu...
Pagi dok bekfes dengan Botak...
"Assalamualaikum... Zila,makan ikan talapia tak?...
Pak Din selang serumah dari rumah aku datang bertanya...Aku makan la ikan sungai ni tapi Along dan Shah memang tak sentuh langsung.Ikan laut pun memilih ape lagi ikan darat.So,pas tu kak Minah Isteri Pakdin mai datang antor.Dia bagi aku 5 ekor..aku bagi bibik belakang rumah tu 3 ekor dan aku amik 2 ekor.Aduhyai..ikan darat ni tulang dia keras la tak macam ikan laut.Nak menyiangnya payah giler.Sebabnya pisau rumah aku ni kecik jer...
Apa pun usaha tangga kejayaan..selesai membuang sisik menyiang dan basuh dengan air asam..aku pun nyalakan arang n ready to bakar..hehehe.Mulanya ingat nak goreng berlada jer..Tapi kata kak Minah kalau bakar lagi sedap..serius aku cakap ni first time aku mengerjakan ikan talapia dan rasanya ni first time kut aku mkan ikan talapia..Wow! dengan penuh semangat untuk merasai kelazatan isinya...aku biar arang tu betul2 jd bara dan panggang garing..Memang sedap la..nak pulak makan panas2 kan.Cecah pulak dengan kicap+cili api+asam limau..memang tak hengat..abis sekor setengah.Isinya lembut macam "ikan kapas" dan tak de tulang2 halus,so proses memakannya tak rumit ...Lain kali gi menjala Pak Din jangan lupa antor kat rumah lagi yer..hehehe.dan paling syok..serentak 3 buah rumah membakar ikan talapia.Abis sekampung berbau orang membakar ikan hahahaha.....

3 comments:

IXORAROXI said...

amboiii rajinnya memamasak:D..tart nenas kat rumah KAK IX tak sempat nak beraya :D

azieazah said...

Wahhh meriah dengan agenda makan-makan...
Laksa tu yang tak tahan tu..

kakzie said...

sebekas bg akak sepupu sebekas ila mkn..sekali jalan jer dah licin hehehe...

laksa modified hehehe tp leh la nak mkn sendri..

Nanti ila nak tempah lagi tart tuh..nak order lebih sikit tak puas makan ler huhuhu(order gong xi fa chai nanti..bgtau eik kakZ)