Tahun ni aku 3 beradik balik beraya di rumah Moksu.
Petang Jumaat kami dah bertolak ke kampung.
Bermakna sempatlah sehari berpuasa di sana.
Hujan lebat mengiringi perjalanan kami.
Agak sesak juga untuk melepasi Ampang Point tapi selepas itu jalan ok dan
kenderaan tak begitu banyak.Kalau dulu pernah kami balik malam raya,
dekat Karak tu tak usah cakap la memang sesak sgt.Tapi tahun ni berbeza, jalan tak berapa sesak cuma di persimpangan ke arah Kuala Lipis selepas Bentong kenderaan mmg padat.Tapi bagi perjalan ke Terengganu mmg ok jer.Mungkin ada yang dah bercuti awal atau pun nak tunggu jam 12 malam untuk "tol free".Untung org pantai Timur..
Kami sampai di kampung lebih kurang pukul 4.30pagi..lewat giler tu.Ni di sebabkan driver dah keletihan dan mengantuk.So, banyak kali lah berhenti untuk merehatkan badan dan melelapkan mata seketika.
Bandar Dungun sekitar jam 2 pagi
petang raya..
sepupu2 lelaki aku(anak Pokteh) mencabut bulu puyuh telur.Dagingnya liat ler tak macam beli kat pasar malam.Kata Pokteh yang jual kat pasar malam tu puyuh daging.patut ler dah rupa isi ayam pencen liatnya.
Petang raya pertama....
balik dari Jerteh(rumah Naimah) saje2 lalu depan sekolah tempat Along aku mengajar dulu tahun 1990. SMK(A) TOK JIRING
petang raya..
sepupu2 lelaki aku(anak Pokteh) mencabut bulu puyuh telur.Dagingnya liat ler tak macam beli kat pasar malam.Kata Pokteh yang jual kat pasar malam tu puyuh daging.patut ler dah rupa isi ayam pencen liatnya.
Petang raya pertama....
balik dari Jerteh(rumah Naimah) saje2 lalu depan sekolah tempat Along aku mengajar dulu tahun 1990. SMK(A) TOK JIRING
Tahun lepas ramai2 cucuk satey kat rumah Moksu.tahun ni kesian kat Mokteh tak de orang nak cucuk satey sebab mekna anak dia tak sampai lagi.Nak tercabut pinggang rasanya aku sorang2 menyucuk dekat 12 kg isi ayam. Bila mokteh dah siap buat kerja dia baru lega buat berdua.Along aku tolong sikit2 sebab tak berapa pandai.
ada orang kampung nak Akikah.So,Pokteh aku yang uruskan masak memasak n sembelihan lembu.Tu semua sepupu2 lelaki aku.adalah 2 org tu org luar
Bab menyucuk satay aku terror dah..
bab membakar kantoi lagi tak pandai nak bakar dua2 belah takut hangit...
Aku dan moksu mengerjakan kateh lembu untuk di buat rojak.Setengah hari baru selesai..sambil2 tu aku buat serunding santan ikan jugak..Along aku beli ikan sardin 2 kilo suruh aku buat serunding...first time buat tak berapa sedap tapi boleh la kalau nak makan sendirir.
sorry pic tak masuk2 email lagi..pasal ape tah telco line ada problem kut.
Sarapan serta makan tengahari raya ke-4,moksu buat nasi Dagang..makan dengan gulai ikan aye(ikan tongkol)..
Tak puas makan pun hari tu sbb ptg dah nak balik kelam kabut.
Semalam try buat tak menjadi..lembik giler..Pasai ape tah..
Masa arwah bapak aku ada dulu jadi gak aku try buat..semalam langsung tak sedap.
Sebelum balik pi beli keropok lekor kat Seberang Takir.tak sedap sgt ler keropok dia.Yang sedap tu kat tempat kakak sepupu aku kat Bukit Tok Beng tapi kedai dia beraya lagi.
P/S:
Sorry lah banyak lagi Pic2 yang tak aku masukkan lagi..later2 eik..aku dah send sebahagiannya kat email pagi td tapi tak masuk2.Pasal ape tah mambang merah hari ni...
4 comments:
salam..selamat hari raya kak ila...mak aii meriah sungguh ngan makan 2 yer..jeles tu..seronok la raya akak kan..bezakan yer raya akk ngan orang tau...
1st raya-mkn ketupat ngan rendang je coz omak den sakit g spital pagi raya..kek umah den ber2 jer ngan omak..dah ptg boring gile g klcc ngn cousin kebetulan x dpn cuti raya....
2nd raya-makn balance ketupat yg lebih2...n terpaksa den turun padang wat laksa penang yg pasti mmg x sodap...
3rd raya-lepas subuh balik kg..kt kg lg xde mkn coz kek umah tu sume lelaki jor..alih2 mkn blik laksa balance
..cuba akk bezakan raya akk ngn raya kita,punya lah x best...waaa
Salam Syawal...
Wah seronoknyer beraya jauh di kampung... Yang best sbb berkumpul ramai2 dan bergotong royong buat kerja.. Meriah tuuuu...
salam Syawal..
kalau kat KG mmg terasa kemeriahannya..kalau makanan pulak mmg mewah..Kalau ila di KL paling kurang buat untuk jamu pagi raya lontong kuah lodeh,kuah kacang dan rendang ayam dah memadai.Tapi kat kg memang tak lari dgn satay ayam,nasi minyak, ketupat palas gulai ayam kg dan hidangan wajib tapai pulut.Dan paling teruja,di kampung ,asih kekal tradisi ziarah menziarahi rumah ke rumah di mana awal pagi lagi kita dah dapat tgk kemeriahan kunjung mengunjung ini.Berbeza cara kita di bandar..kdg kala rumah jiran sebelah pun kita tak ziarah..nak tgk org dtg rumah ke rumah susah tp di kg berbeza org dtg bertalu-talu...memang seronok walaupun keletihan....
amboiiiiiiiiiiii beraya sakan :D syiookkkk tul eikk
Post a Comment