Thursday, 13 August 2009

TAKZIAH

Baru kejap ni aku terbaca bahawa Ustaz Asri Ibrahim @Asri Rabbani meninggal dunia di Pantai Medical Center jam 10.30pg akibat sakit jantung melalui blog Mazidul Akmal SIdek 360 dan melalui FB Tengku Ismadi dan Dj Julia.Al_Fatihah..semoga Rohnya di cucuri rahmat.Kumpulan Rabbani seingat aku di tubuhkan pada tahun 1996.Tika itu aku di tingkatan 5,manakala album pertama mereka(aku lupa) di pasarkan pada tahun 1997 seiring dengan kumpulan Raihan.Aku memang minat sangat dengan kumpulan Rabbani dari mula album pertama mereka keluar lagi.Maklumlah masa tu aku masih muda remaja..Fanatik nau..la ni aku tak fanatik dah mana2 pun artis rakaman.Aku mesti beli album mereka setiap kali ada yg baru di pasarkan.

Aku juga antara ribuan peminat Rabbani yang saban tahun tak pernah lupa nak mengirimkan kad ucapan selamat hari raya.Dan mereka pasti tak pernah lupa membalasnya dan setiap tahun aku menerima 2 keping dari mereka.Boleh di katakan aku rapat dengan salah seorang ahli kumpulan mereka.Tapi lepas dia keluar dari Kumpulan Rabbani,aku hanya dapat tahu dia bekerja di MAMPU,Putra Jaya.Itu pun melalui Kak Ain(isteri abg Farihin Raihan).Kumpulan Rabbani ni unik kerana mereka mempunyai musician sendiri dan paling ramai jumlah anggotanya.Pada mula tertubuhnya kumpulan Rabbani ni,mereka di anggotai seramai 13 orang ahli kumpulan.Antaranya, Mohd Asri Ibrahim, Mohd Asri Ubaidillah, Ahmad Rithaudeen(che Deen), Mohd Loqman(nampak serius tp kelakar,pernah usik aku melalui sms pasal pocong)Mohd Nazim Mohamad(masih lagi ada surat dia 3 keping pesanan dan nasihat dr dia)Nazrul, Azadan,Azizan, (maaf la tgh blur)..lupa dah sebahagian lagi...

Aku juga selalu calling-calling mereka ni di studio mereka di Bukit Manjalara..dana kdg2 bertanyakan khabar melalui sms samadadi HP abg Lokman,Che Deen ataupun Arwah sendiri.Dia orang panggil aku dengan gelaran '"Puteri jelawat".Kalau aku kol studio kata ni ila je dia org mesti tanya ila mane?aku jawab la ila ikan Jelawat...Ohhhh..Puteri jelawat eik..itulah jwapan mereka...Selalu Che Deen dan Lokman je rajin layan aku.Borak pun tak lama mana sekadar tanya khabar dan tanya pendapat je kalau album dia org keluar.Lama jugak aku kenal dia orang ni.Tapi tak pernah lagi bersua muka(tika itu lah)tapi dia orang dah pernah tgk aku sebab Che deen suruh aku pos kan pic aku.Tapi,Akhirnya pada bulan Puasa tahun bila aku tak berapa ingat,Kumpulan Rabbani datang ke Spectrum buat persembahan.Apa lagi che deen suruh aku pi sana.dan sms tanya aku pakai baju apa.Ceh! masa dia org atas pentas che deen dan Loqman sempat melambai kat aku di tepi pentas.Selesai di orang membuat persembahan,Lokman sms kata jgn balik dulu...sebelum bergerak balik sempatlah juga berkenalan yg selama ini sekadar di maya...Maka,terkeluarlah perkataan dari mulut che Deen dan Lokman...Ohhhh... ni la Puteri Jelawat...hehehe jauh langit dr bumi puteri abg oiiii....Masa tu Arwah sekadar senyum je sebab tak sempat nak layan (di kerumi adik2 kecil).Bila diorang dah balik,baru lah diaorg sms balik say sorry cz tak terlayan..tak kisah la tuh,jnji dah kenal...

Tapi itu semua adalah kisah aku di zaman muda.Zaman abis sekolah..sejak kerja aku tak berapa lagi kisah tentang dunia hiburan ni.Tak kiralah kumpulan nasyid ker kumpulan rock ke ape ke mmg aku tak de nak amik pot.Majalah2 hiburan pun aku tak pernah rasa dah teringin nak membeli.Bagi aku membazir jer..

Buat arwah..semoga rohnya di cucri rahmat dan semoga keluarganya tabah dan sabar menghadapinya...Teringat aku pada arwah abg Zairie Raihan yang meninggal dunia di serang sesak nafas selepas majlis anugerah Era di Genting Highland satu tika dulu..dan dah agak lama aku tak bertanya Khabar pada kakZura dan anak2nya(dah besar bujang kut)

Perginya pasti sudah tak kembali.......

1 comment:

azieazah said...

Takziah buat keluarga Ustaz Asri..

Kak AA minat gak kumpulan ni.
ILA antara yg beruntung mengenali mereka..

Kata orang, berkawan dgn orang yg baik2, sedikit sebanyak kita terikut yg baik baik itu...