Wednesday, 19 August 2009

SESAT DI KUALA LUMPUR


SESAT DI KUALA LUMPUR..
ceh! macam tajuk dalam segmen "Kenangan Lalu Kuala Lumpur" la pulak...gitu lah terjadi masa aku kononnya jadi "tourist guide" ahad hari tu.Nama je anak jati Kl,tapi hampeh.Buat malu je kat org kampung dalam bandaraya Kuala Lumpur pun boleh sesat.Tapi nak buat macam mana kan,dah memang aku ni jenis tak berjalan.Kuala Lumpur tu kalau tak de hal aku takkan jejak.Kalau jejak pun aku dah memang sedia ada "driver" sendiri.Naik je terus bayar gaji driver tu sampai terus tuju tempat yang nak di tuju.Bila sesekali aku jadi "tourist guide" ni kepala ni jadi blur.Dah la tu,aku dari Bandar Tun Razak sebelum tu bawak Moksu ke rumah Pokteh.Sian moksu selalu sangat tiap kali datang Ampang mesti bersungut nak kenal rumah pokteh.Aku pun bawak lah kejap pi rumah pokteh.So, dari sana aku pun bawaklah menyusuri Jalan Loke Yew menuju ke pusat bandaraya.Sepatutnya selepas Masjid Negara,kena turun ikut jalan bawah,tp tersilap bagi arahan terikut jalan atas.Tapi mujur boleh juga tembus ke Jalan Raja Laut.Tapi bila tiba kat sana boleh pulak berhenti pulak cari jalan macam mana nak tembus pulak ke Semua House..fikir punya fikir nasib baik dapat klu..dan akhirnya berjaya juga sampai ke Jalan Masjid India..hehehe... tapi tu lah pusing sikit punya jauh.sampai masuk ke Jalan Sultan Ismail pusing balik ke Jalan Ampang baru sampai.Mujur lah Kuala Lumpur ni pi mai pi mai tang tu jugak.Hala balik lagi satu hal.Bila dah keluar Jalan Ampang aku kata kat driver masa tu hang ikut jalan ni straight jer.Tak perasan bila dekat depan angkasaraya kena amik lane kiri.Tapi si Hezreen amik lane kanan.Sudahnya kena belok ke Jalan P.Ramlee.Masuk la KLCC nak keluar balik.Aduhla sian ke driver pening kepala dapat tourist guide macam aku.Aku ni sememangnya blur.kalau setakat sekitar ampang ok lagi la bila masuk KL memang failed abis.Ni lah gara-gara kaki tak berjalan..hehehe tak pe lah kalau tak sesat tak leh lak makan angin kan...


2 comments:

IXORAROXI said...

mujur tak kembung perut kamu kalau tak jenuh pulok sapu minyak angin..hehehe jangan mare arrrr

Prihatin Team said...

ehh sekali sekala sesat ler bagus, baru kita ingat di mana kita pergi... lain kali mesti tak lupa lagi dah.. kan?