Monday, 17 August 2009

3 SERIES

Selamat Hari lahir untuk diri sendiri..kah kah kah..ada ke orang wish untuk diri sendiri...Sedar tak sedar dah masuk angka 3...Terima Kasih kepada sahabat2 KLfm dan kenalan2 dari "facebook" yang wish serta mendoakan aku di hari lahir ku Jumaat hari tu.Maafkan aku tak kesempatan untuk membalas pada hari tersebut kerana aku cuti kecemasan. Mamarocknblues merupakan sahabat KLfm yang pertama mengirimkan ucapan dan doa pada aku melalui sms di Hp along(cz dia tak de no hp aku,dan sememangnya tak ramai yg tahu no hp aku).Thanks Mama,masih sudi ingat pada ku..Thanks juga buat kakIx yang sudi calling2 aku pagi Jumaat yg indah itu semata hanya untuk mengucapkan selamat pada aku...Thanks kak,atas pemberian gelang kristal yg memang lawa pada Ila dan Along(dia ni yg excited lebihnya)hehehe...
Tak lupa juga pada sahabat-sahabat yang sudi mengirimkan mms melalui mms@kl.fm Antaranya [AAZIEAZAH:91998], [LELA_MAJNUN:26393], [JAYAASMARA:25920]dan [IXORAROXI:85052] tak lupa juga pada sahabat2 yang lain seperti BERLIANPUTIH,KERABAT BLUES, HUHUHU,KAKJUEKEPONG,JAYAMANJE(MAKJAYA)YOBGMEE,SUSYGKU,PAKSUDE,MAMAVILLA,YOBLABUN,TENGGILIN, PERINDUPELANGI, BLACKCANARY,SEMEKIN DAN LUCKYCT...... tak lupa juga buat DINGOMBAK dan LAKSAKUALA yang wish thru by "sms".. Terima kasih semua atas ingatan kalian dan doa yang kalian berikan...memang aku sedikit terharu sebab aku mmg dah agak lama tak aktifkan diri atau lebih senang aku dah lama tak menyibukkan diri di kgmms tapi tak sangka masih ada yang sudi dan masih juga ada mengingati diri ini.
Buat kenalan di facebook terima kasih juga buat kalian.Antaranya, Affendi Abdullah(songan), Badang Perkasa, Suharyati(sepupu ),Shahidan (sepupu) Nurul (Bunga), DJNINIE KLfm, DJJULIA KLfm,Siti Nazuha, Farizatun Nina,Shahidatul Ameera Shahirah,Badrul Hisham Safie(sahabat KLfm),Zulkifli(Sahabat Klfm)dan maaf kalau ada yang tertinngal.
Sebelah malam aku bawak Poksu ke Klinik Maamor sebab dari siang Poksu muntah darah dan pening2.Tapi Klinik Maamor tak terima dan Poksu di rujuk ke hospital Ampang.Aku bawak Poksu balik ke rumah dulu untuk berbincang dengan Moksu.Sampai di rumah,Hish...nape plak la di kunci pintu rumah ni.
"Along,bukalah pintu ni,jerit aku.Orang sakit-sakit lah plak lembab nau buka pintunya.
"jap..jap..,Along nak pakai tudung jap..
Hish..lamanya pakai tudung,cepatlah Poksu tak larat ni...
Lama betul baru lah di buka..
"Happy birthday....jerit along dan Botak dalam rumah bersama Moksu aku...ceh!..tersengih je aku..thank you.... Chocolated Indulgence,Secret Recepi...
Aku potong sikit sorang..selepas siap makan,aku dan Moksu serta Ani dan hubby dia bawak Poksu ke Hospital Ampang..Mujur Poksu di rawat di Zon Separa Kritikal.Dalam hati aku tak lama la ni..sebab kat zon ni hanya beberapa org jer berbanding di zon hijau.Moksu keberatan nak masukkan Poksu ke dalam ward.Kalau boleh dia nak balik bawak ke Terengganu,tapi doktor Ampang tidak menggalakkan.Sebab macam2 boleh terjadi sepanjang perjalanan nanti yang berkemungkinan juga boleh mendatangkan maut.Setelah berbincang dengan doktor Ampang dan nasihat yang telah di berikan,maka Moksu pun bersetuju Poksu di masukkan ke Hospital Ampang.Dan akhirnya tepat 2.15 pagi Poksu di tolak ke ward 5A,tingkat 5.Tika aku menaip N3 ini,dia masih di rawat di sana.Perutnya jer ada luka sikit dan di tahan lagi kerana demam yang agak tinggi.Selain itu darahnya pun terlalu kurang,dan di khabarkan 2 pain darah di masukkan kedalam tubuh Poksu...
Suka duka aku menyambut hari lahir yang ke 30...Memang aku mengaku aku agak terlalu letih.Letih sesangat 3 hari pada minggu lepas.Dah suratan takdir menentukan begitu,terima je la apa jua ujian yang mendatang.

Birthday preasent dari kak IX...yg peach aku punya yang hitam putih tu kak IX bg kat Along...thank a lot akak,semoga Allah murahkan rezeki akak...Sape2 berkenak leh la beli or nak tgk2 leh la pi kat http://www.ixoraroxi.blogspot.com/
Ni lah PokSu aku.kini sedang berehat di Ward 5A



3 comments:

azieazah said...

1st... selamat Ulangtahun Kelahiran lagi sekali...
Moga segala yang terbaik untuk EILA, dlm bentuk apa sekalipun, dalam keadaan mana pun...

Moga PAKSU segera sembuh... dilimpahi kesihatan selepas ini..

IXORAROXI said...

moga PAKSU cepat sembuh

kakzie said...

poksu dah discaj semalam.dan dah pun selamat tiba di kg..tp still kena masuk ward lagi di hospital Kuala Terengganu...