Akhirnya setelah 10 tahun aku peram baju T-shirt aku ni dalam almari,tetiba pagi ni tergerak hati nak cuba sarung..Fuh..apa yang memeranjatkan aku,baju yang aku tempah khas bersama 14 pelatih JPW2 pada tahun 1998 dulu dah boleh di sarungkan ke tubuh. Rupa-rupanya dulu aku lebih gemuk eik.Ye lah,masa dapat baju ni dulu memang tak boleh sarung langsung.Padatnya macam di sarung buah nangka.Masa tu punya la sedih sebab hari terakhir di Institut kemahiran Baitulmal seisi 98 bebudak kelas aku (JPW2)semua pakat pakai baju ni,aku sorang jer tak sanggup nak pakai sebab terlalu ketat.Dan akhirnya..tak sia-sia aku simpan...
Teringat pulak aku dekat kekawan semua.Walaupun setahun je berada di IKB,tetapi banyak kenangan manis tercipta di sana.Ikb menghimpunkan pelatih-pelatih yang datangnya dari seluruh Malaysia kecuali Sarawak.Sabah pun ada tapi bagi mereka yang bermastautin di Wilayah persekutuan Labuan aje bernasib baik akan di pilih untuk belajar kemahiran di sini.Pada mulanya aku memilih untuk belajar dalam bidang masakan,namun aku hanya di pilih dalam bidang kemahiran Jahitan Pakaian Wanita Tahap 1.Layan je la walaupun kurang minat sangat.Di sini kami di beri latihan menjahit beberapa jenis pakaian antaranya blaus,baju kurung pesak,baju kurung moden,baju kebaya,seluar dan skirt potongan "A".Dan last projek yang ramai pelatih teruja ialah "baju Pengantin".Projek baju pengantin ni ikut kumpulan.Dalam kelas aku ada 14 pelatih dibahagi kepada 3 kumpulan.Kumpulan aku masa tu memilih fesyen baju potongan dada lurus ke kaki bertali halus dan di luarnya kebaya jarang singkat warna ungu.
Rindu..rindu kat kekawan.. kak Syikin dan Che Normazidah dari Terengganu, Eifa, Yana, ieta,dan Imah dari Kelantan,manakala kak Abot,Kak Mimie dan kak Sapiah dari W.Persekutuan Labuan, Ros dan Kak Yati dari Negeri Sembilan,aku, kak Mas dan KakZ masing-masing dari Ampang,Selayang dan Cheras Baru,Iera dan Alyn dari Johor.Manakala Kak Zah dari Perlis dan Kak Ju dari Pahang.Senarai nama tu pada awal tahun kami belajar je.Pas tu sorang-sorang keluar dari Institut dengan pelbagai alasan dan sebab.Antara yang tak sempat menghabiskan latihan di Ikb ialah Kak Sapiah,Kak Mimie(balik cuti terus tak balik KL) Yana (sakit) dan kak Ju (sambung belajar kat Al-Azhar,Mesir.)Kak Ju paling rapat dengan aku.Aku pun pernah ikut dia balik Kota gelanggi selama 6 hari.Seronok pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan Felda.Dan kak Ju pun selalu juga tidur kat rumah kalau penghuni asrama di beri cuti.
Ops!...terlupa seorang lagi pelatih JPW 2...si Ieyna berasal dari Rantau Panjang,Klang...Ieyna dan Iera merupakan pelatih JPW2 yang berkahwin sesama Pelatih... Iera dengan Shah JPL1 manakala Ieyna dengan Syam (budak Pendawaian Elektrik)
No comments:
Post a Comment