Friday, 6 June 2008

SAJAK TENTANG JEMAAH TABLIGH

Pagi tadi aku saje semak2 laman blog org,then terjumpa la sajak ni yang mengingatkan aku pada seseorang satu tika dulu aku sempat bertandang dan seharian merasai cara kehidupan mereka.Makan dalam dulang dan segalanya berkaitan sunnah..Apa khabar mereka semua..sudah agak lama aku tidak bertanya khabar mereka.Bukan ape aku segan dengan ilmu agama mereka yang tinggi tu..sedangkan aku????........

Orang Tabligh,
Lari!!! Lari!!! Orang Tabligh datang,
Yang tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yang tadi segar- bugar dah tidur terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh...betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya kerja senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata takde duit,
nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain
Mla datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh,
dakwah ni setakat cakap je memang la senang,
Cuba buat,
memang nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong-bondong orang datang.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak pada Allah yang satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawa periuk belanga,
Dipandang orang setakat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih juga telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yang banyak salah,
yang banyak dosa,
Takpe-takpe,
Allah kan ada,
Yang Maha Mengetahui,
yang mana intan,
yang mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Memang tengah nak belajar-belajar tiru sahabat (r.anhum) yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza-beza,
Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .keluar pula air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
memang ada banyak lagi,
Kekadang tu kena juga perli,"Kita sekarang kan di zaman IT,
tak main la sunnah-sunnah ni!
"Jangan la macam tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, siapa yang rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan family,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah,
bergurau dgn bini,atau ajak anak main lari-lari,
Atau layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan) ,bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat,
Fikir risau,bagaimana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang-senang dapat,
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
dan tak mau pula jumpa masyarakat,
Hanya sibuk buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,"Apsal la ulama India yang jadi ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yang bawa kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still sendiri punya pegangan,
So tak jadi masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yang dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yang si isteri mati-mati tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar macam air pili,
"Kalau abg nak pergi juga, hantar saya balik kampung esok pagi!!"
Heh, orang laki memang lemah bab air mata ni,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadi pergi,
Yang tadi josh (bersemangat) tak ingat pun,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes-kes camni memang banyak terjadi,
Boleh tengok dengan mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab duniawi (cth : kursus naik pangkat)"no prob, anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,tak payah diajak pun semua pakat-pakat reti,
Bab akhirat,
masing-masing buat tak kesah,
tak ambil peduli,
Ya Allah selamatkanlah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah tera,
Tak juga nak kafirkan siapa-siapa,
Atau sibuk-sibuk pergi minta derma,
Cuma nak amalkan agama yang sempurna,
Dengan korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia semuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dalam syurgaNya,
Itu saja...
Orang Tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaja...Ikhlas..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tingal-tinggalkan.
..sayangkan anak...rotan digantungkan. .
....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga,
anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mahu ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadinya...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mahu ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke Malaysia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang-campinglah, berbaulah..itu mungkin segelintir & cerita lama.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,

he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.

2 comments:

tuansyed said...

Saya orang terengganu asal setiu..kalau u nak join jika ada bakat silakan.. kita kawan tak per

IXORAROXI said...

bukan mudah nak mengajak orang ramai ke arah kebaikan..cumanya pada kumpulan tabligh seperti ini, terutama yg sudah berkeluarga, pastikan nafkah anak/isteri mencukupi sepanjangan ketiadaan..lagipun zaman dah moden dik,kalau kita rajin tak perlu tunggu tabligh datang tazkirah depan kita, masjid& surau macam2 majlis ilmu ada, media pun ada pelbagai program keagamaan, termasuk juga blog ustaz& ustazah kalau kita rajin..L)