Tuesday, 24 June 2008

DRAMA TANGISAN BULAN MADU










Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunungBersamanya...

( korus )

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Sudirman Haji Arshad
Hakcipta : EMI

Lagu ni di jadikan tema sebuah drama bersiri yang di siarkan di TV2.Drama bersiri Tangisan bulan madu ni di adaptasikan dr novel karya seorang novelis yang salah satu koleksi novel2 aku iaitu Shamsiah Mohd Noor.Mula disiarkan pada 20 Mei 08 hari tu setiap hari selasa dan rabu jam 9 malam.Aku sendiri baru tahu rupanya dah novel ni dah sampai tangisan bulan madu 4.Ialah yang aku ada cuma yang pertama dan yang ke dua.Aku dah tak hantu mcm dulu untuk membeli koleksi2 novel.Dulu bolehla OT sajer dapat dekat RM250,skrg ni mana ada ot.

Watak Amira dalam drama tersebut di pegang oleh Rita Rudaini manakala Bogatt di pegang oleh Ezany Nizarif..Watak Amira memang sesuai dilakonkan oleh Rita Rudaini.Ini kerana watak Amira merupakan seorang gadis kampung yang lemah lembut dan seorang gadis kampung yang mengekalkan ciri2 wanita melayu mmg cocok dengan Rita.Selain itu beerapa org pelakon yang menguatkan lagi drama ini pada pandangan aku mmg amat sesuai.Seperti Jalalludin Hasaan,sebagai Tuan Amir,Fadhilah Mansor sebagai Puan Marina(ibu Bogatt),Arfah Damanhuri sebagai mak Bedah(ibu Amira), Zarin Min sebagai Idayu anak Badariah yang juga merupakan adik Bogatt ibu lain.Watak Idayu ni mmg aku suka sgt si Zarin ni yang bawak.Kena sgt dengan dia..dan Badariah di lakonkan oleh seorng pelakon lama yang kini muncul kembali dengan imej bertudungnya Liza Othman yang dulu popular dalam siri sitcom 2+1.Selain mereka ini ramai lagi menjadi pendokong bagi mencantikkan lagi perjalanan drama ini..Bagi aku kesemuanya mmg hebat2 belaka.

TENAGA KERJA
Terbitan : Asia Media Content Sdn Bhd.
Penerbit : J.S. Foo
Penerbit Eksekutif : Suriyati Sidek.
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Maizura Mohd Ederis & Samsiah Mohd Nor.
Pengurus Produksi : Mat Rawi.
Penolong Pengurus Produksi : Zaleha.

BINTANG UTAMA
Rita Rudaini & Ezany Nizariff

DIBANTU OLEH
Datuk Jalaludin Hassan, Norman Hakim, Mahmud Ali Basha, Fadhilah Mansor, Hafizudin, Liza Othman, Arfah Damanhuri, Rashid Jaafar, Zarin Min, Eira Shazira, Fara Puteri, Mimi Rahzia dan banyak lagi.

TARIKH SIARAN
Mulai 20 Mei 2008,
setiap Selasa dan Rabu
Jam 9.00 malam
Di saluran 2

Note :Maaf kalau gaya persembahan tidak menarik...aku bukan penulis yang kreatif tetapi skdr mengikut kata hati sendiri...

2 comments:

IXORAROXI said...

KAK IX dah baca tapi ingatlah ending cerita tu...tapi letihlah KAK IX kalu nengok perempuan terlalu lembut terlalu mengalah pada semua keadaan..kan lebih baik menjadi wanita yang tegas, berpendirian dan tidak mudah mengalah!

azieazah said...

Drama tu tak lah begitu menyentuh banding dgn bukunya...

jarang pun tengok... sbb ada semua novel TBM tu siri 1-4..

Lagu Langit Petang sentiasa jadi lagu paberet dlm MP3 hp.. hehehe