Selamat sudah aku menjual skuter Elite 150cc ku..banyak pengalaman bersama skuter aku tu..dengan skuter itu jugalah dulu 2 tahun aku mengangkut anak2 jiran dan cucu jiran sekitar rumah aku pergi dan pulang ke sekolah yang hanya 3 minit dari rumah ku..Dapatlah sikit duit buat belanja.Anak2 jiran aku mmg suka kalau dapat naik skuter aku tu.Ye lah skuter tu boleh berdiri di depan dan santai jer,kekadang tu berebut sama dia org nak duduk kat depan.Motor yang selama 36 bulan aku amik secara ansuran hanya sempat aku guna selama 3 tahun sahaja.2Tahun terperulk dalam stor sebab rosak dan roadtax tak perbaharui dan lagi pun aku ni pemilik lesen Agung.kekeke..so dari dok rosak gitu jer aku saje2 tanya kawan opis aku ni kut2 dia berkenan,dia ni pomen motor so setakat nak repair merepair tu mmg pakar la dia.So dia pun secara rasminya menhantar "duit belanja" padaku dan dengan sekali akad maka geran dan motor bertukar milik...huhuhu tak pe la ade rezeki aku nak pakai motor lain pulak.Taknak dah guna skuter sebab kos penyelenggaraan sesebuah skuter terlalu tinggi.Tak mampu den..
Sejak 2 minggu cuaca agak panas sekali.Bahkan tika waktu sudah menunjukkan 5.30 ptg matahari memancar serasa seakan 1.00 tghari.Panas nya terasa bahang kuat sgt,sehinggakan aku rasa bagai nak pitam semasa menunggu bas untuk pulang dari kerja.Kalau sebelum2 ni aku sanggup untuk menunggu Rapid U28 untuk tukar ke U29,demi penjimatan harga tiket,tp sekarang aku dah tak sanggup sgt rasanya aku naik jer metro dan bila di bas stand U29 aku rasa lega sebab kat situ redup sikit.Kalau sebelum ni hanya RM2 pergi dan pulang dr kerja dengan menaiki 4 buah bas,tapi kini RM2.90 lebih 0.90 sen jer.Tak pe lah janji selesa dan tak lambat.Teringat dialog arwah bapak kalau cuaca panas2 macam ni kalau dia balik dr kerja terlalu haus,dia akan minta "amikkan aku air paling sejukkkkk di dunia".
Balik ni nak gi tukar baju yang aku beli last week sebab konon perasan dah kecik tapi bila balik mak aii kotat eih,nampak bosar tapi kocik..pas tu nak pi amik spec mata aku yang baru malam tadi gi tempah..wala wey...
2 comments:
Wahh... spek mata baru la yer..
Last week tengok promosi kat Leisure Mall ada yg RM135 jer... lengkap kanta dan frem (high index multicoated) tp takda UV protect..
hajat nak gak ganti baru..:D
tak tau la selama ni ILA pandai merempit dgn motor ek... uishh lama dah tak bawak motor... ntah ingat lagi ke tidak...
skuter tak de gear kak
start pakai starter jalan
vrooommmmmmmmm
Post a Comment