Tuesday, 26 August 2008

24 OGOS 08

Toki telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Ahad 24 Ogos 2008.Tika itu aku di Maran,Pahang menghantar rombongan pengantin lelaki(adik kawan aku).Pukul 5.30 aku di beritahu yang toki dah nazak dan pukul 715 lebih kurang aku terima sms mengatakan yang toki dah kembali ke rahmatullah di usia 85 tahun.Redha je la.Sebabnya dah lama toki terbaring sakit.Sekurang2nya terlepas sedikit beban dia.Bermakna aku dah tak de atuk lagi...huhuhu tinggal la mak sedara dah pak sedara jer di Terengganu (sebelah Emak)..Al-Fatihah buat to'ki...

Tahniah Juga buat pasangan Razali dah Rafizah yang selamat di ijabkabulkan pada malam minggu ari tu dengan dua kali lafaz tu...hehehe syg aku tak dapat nak set pic mereka kat sini..Si pengantin perempuan setelah di make up kan aku tgk sejibik macam pelakon Nadia Mustafa..pergh syg ar tak de hp canggih nak snap.Lau tak leh saje2 wat gempak kat website mms kononnya Nadia Mustafa Kahwin hehehe.Hantaran dr pihak lelaki sebanyak 9 dulang dan di balas dgn 11 dulang.Cantik pulak tu gubahan dalam sebijik2 bakul berbentuk kerang(aku sempat rembat satu dengan izin)...Manakala Mas kahwin bg negeri Pahang terlalu kecil la bg aku cuma RM 22.50 dan duit hantaran RM8k..huhuhu mahalnya...Majlis yang di hadiri tu agak meriah juga.Dan dgr kata dah lihat sendiri kaki kerbau tergantung masa malam akad nikah tu,sebanyak 3 ekor kerbau di tumbangkan..Sedap gak daging kerbau ni di sulam pulak dengan pecal umbut nyor mmg pergh..syg tak dak sambal belacan kegemaran ku...

Selesai upacara memotong kek sebanyak 3 tingkat,kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur...Thank to Hajar sbb sudi ajak aku bertandang hehehe..alamak lupa nak minta sireh..heheehh

alamak TERLEBIH SUDAH....


Ops! tarikh ni juga bermakna dah 11 tahun sudah arwah akak aku pulang ke rahmatullah...

2 comments:

azieazah said...

Al Fatihah.. moga dicucuri rahmat...

Mamamanja said...

Al-Fatihah