Tuesday, 10 June 2008

SARAPAN MAKANAN TRADISI TERENGGANU

Pagi ni aku bersarapan pagi dengan makanan tradisi dr kampung halamanku..Maghrib semalam along sampai dr Terengganu bersama abah dan k.Ros.Mak aii,macam2 di belinya.Pagi ni aper lagi, aku bekal apa yang patut aku bedal..hehehe..seawal jam 6 aku dah bangun untuk masak nasi buat sarapan adik ku yang bongsu.Lauk yang semalam masih berbaki,so tak payah la aku masak lauk lagi.Buka peti macam2 ada.Aku keluar kan ketupat palas(abah tut belanja,hehehe) rojak betik kuah ikan,sata dan kepok lekor.Setelah di panaskan ke semuanya,aku masukkan kedalam tupperware untuk di bawa dan di makan bersam arakan sekilang aku..uhh..macam nak gi picnic penuh ngan makanan.

Rojak betik kuah ikan tu sebenarnya dah lama aku idamkan.masa arwah mak ada dulu,mak rajin buat rojak betik kuah ikan ni.Dia ni lebih kurang Som tam dr Siam jer,tapi kuah nya lain la sikit..Rojak betik tu kata along kakak sepupu aku yang belikan di Kemaman.Fuhh leh tahan gak sedapnya.Habis aku makan 2 bungkus dgn dak Hajar.Hajar ni org Kelantan so makanan yang aku bawak ni kiranya dia nak biasa makan juga.berulang-ulang makan n bertukar2 menu aku makan ngan Hajar,Mana taknya kerja kat kilang mmg tak ade,keje nya gantilah dengan makang2.hehehe



Satu lagi kegemaran ku ialah Ketupat palas.Kalau orgTerengganu ketupat ni akan di goreng dahulu barulah di buang kulitnya dan dimakan samaada begitu sahaja ataupun di cicah dengan serunding.Terima kasih buat abah yang belanja aku ketupat ni.Kata abah aku majuk,hehehe sbnrnya tak majuk pun saja nak ngada2.Sata kali ni tak best ar..Gatal lelangit.Mungkin ikan dia ikan lama kut...Tapi abis gak aku makan berdua..Buruk lantak kami ni..Untung gak aku tak ikut,duit tak habis pastui dapat lak mkn yang along bawak balik..Aku walaupun lahir dan di besarkan di Kuala Lumpur,tapi aku tetap katakan pada org yang aku ni anak Terengganu..(tak malu kan)bangga weh..jd org Ghanu..



4 comments:

IXORAROXI said...

mujo tak termengidam makanan lagu tu, kalu tak, tak pasal2 ada yang kena ngantonya..hahahaha

azieazah said...

Kak AZIE pun suka makan makanan tradisi sesuatu tempat..

Tiap kali berpeluang meninjau negeri orang, mesti cari makanan popular..

Dulu pi Tganu, sanggup berenti tepi jalan sepanjang pantai Rantau Abang, tengok orang buat kepok lekor, try uli, rebus dalam periuk, dan terus makan..

Best nyer pengalaman... Hmmm sata dari Johor (masa pi Kota Tinggi) pun best gak, pun tunggu tepi dapur, makan masa panas...

Wuaaaaaaaa... aku nak pi Tganuuuuuuu....

kakzie said...

jom kita wat rombongan makcik kiah,penginapan di tanggung beres(rumah kampung)

azieazah said...

ILA..
setiap tahun Kak Z sentiasa tersenarai utk rombongan ke Kelantan/Tganu.. (sbb Kakak angkat memg penganjur lawatan).. tp susah nak pi sbb banyak program lain dan cuti terhad...

Kalu Kak Z join, gerenti kena jadi penolong Ketua Rombongan... hehehe...

seronok kalu dapat pi Tganu lagi....