kringggg.....
telefon pejabat aku berdering ...
tetiba..La,Along kau kol,Hajar kawan sekilang aku memanggil aku.Tika itu aku tengah wat research kat Lab.Pasal ape plak la org tua ni kol aku..dengan suara dia yang kelam kabut di suruhnya aku balik rumah sekarang juga.Katanya adik aku si Shah(teddybearmalaya) pengsan lagi kat tempat kerja dia.uhhh..lama dah penyakit dia ni tak datang,datang la pulak aku merungut sorg2.Tu la kalau kakak2 dia berleter dia marah,tapi bila dah jadi macam ni sape yang susah.Menggelupor lak tu along balik dr opis dia di Setapak pergi ke Taman Putra Ampang tempat si mamat ni kerja.Geram gak aku,mana taknya dulu masa berubat dengan org Klang Lama ,pakcik tu dah pesan jgn balik tgh malam sgt.Aku perasan 2 3 hari ni asyik balik pukul 2 3 pagi.Kalau di bebel di marahnya kita.Tu along tak tahu aku jer perasan sebab kerap bangun buang air tgh malm,kalau along tahu mahu membebel lg teruk dr aku bebel..Kakak marah macam mane pun sebenarnya syg kat adik2 tapi adik ni kkdg degil pun ade...tah la.. ceh! aku ni pun lebih kurang degil gak.. Aku pun kol la HQ kat Ampang City bagitahu nak balik ada emergency..Yang geram nya lagi sampai kat bus stang kira2 5 minit dr kilang aku tu along kol balik bgtahu tak payah balik adik aku dah sedar...Lega sikit hati ni..Patah la balik aku ke kilang.
Shah ni berpenyakit ni dr dia di form 4.Arwah bapak masih ada.Dah banyak duit habis berubat dia.Bermacam Ustaz dah kami jumpa.Us.Harun Din..anak2 buah Us. Ismail Kamus ke Behrang la mcm2 la..Tapi susah nak baik.Puncanya,masa tu dia satu Asrama Darul Kifayah,Jalan Ipoh berkhemah di Ulu Yam masa memacak kan kaki khemah rupanya dia terpacak 4 ekor anak BENDA TU.So,Ibu benda tu masuk ke dalm badan adik ni.Tu yang di bgtahu oleh ustazah di Hulu klang yang merawat dia.Yang arwah bapak sakit hati,lepas balik dr khemah tu adik aku ni mmg dah selalu pengsan kat asrama dia,tapi sorang pun haram tak kabor kan pada bapak.Bila dia habis tingkatan 5 selalu sgt kena bila ada salah dia yang bapak tegur mesti pengsan.Rupanya dia tak boleh di marah atau ytertekan.Bila terjadi cam gitu dia akan pengsan.Dalam pengsan tu macam2 jenis suara kedengaran.Ada yang mengilai,ada yang macam bunyi kucing..eii ngeri la bila di ingat.Lama juga dia akan pengsan.Bila terjaga dia akan lapor.
Puas dah mcm2 ustaz merawat dia,mcm2 dukun tapi tak berjaya.Kalau keluar pun sekejap tu dtg lagi..Ingat kata2 bapak..cam ner la kalau aku tak de,sape nak bawak kau berubat..Tapi Alhamdulillah,sebelum ayah pergi,ada seorg pakcik ni dah buang sikit2 benda tu dr tubuh adik.Dia menggunakan tepung pulut di baca dan kemudian di alur2 kan pada tubuh adik.Lepas berubat dengan pakcik tu(pak Berahim) adik dah tak berapa jadi balik penyakit.Kalau pengsan pun tak lama dan tak mengilai mcm dulu...huhu dah la Shah sesekali tu dgr la cakap aku nalong sama.Tak yah la keluar mlm2 sgt.kalau nak keluar pun balik la sebelum pukul 12..Kau tak kesian ke kat diri kau..entah la..
4 comments:
Hmmmm.. pelik juga penyakit terkena mcm tu ek..
Apapun bersabar dan berikhtiar la..
mmg kakZ,dia boleh nampak benda tu sekeliling rumah tau bila dia dtg penyakit tu,pernah kami semua berlonggok tidur kat ruang tamu.pernah jugak dia pengsan kat tepi jalan raya dekat pukul 2 pagi baru sedar..penat dah rasanya
kesian adik kamu tu...rajin2lah ajak dia baca al Quran, kerana rasanya itu adalah ubat&penyembuh yang terbaik selepas segala ikhtiar
pelik bunyi penyakit ni .... mungkin sejenis epilepsy atau hysterical conversion.
Post a Comment