KENANGAN SEMALAM
Album :
Munsyid : Rusydan http://liriknasyid.com
Ke sana sini mencari erti
Hidup merana tiada peduli
Insan dunia tiada berhati
Menyaksi tanpa rasa simpati
*Mereka lemah tiada upaya
Menguruskan kehidupan dunia
Mereka disiksa dan dihina
Maruah mereka tiada berharga
**Mereka saudara kita
Ingin hidup bersama2
Menjadi insan berguna
Dan dihormati semua***
Hanya Tuhan Maha Mengetahui
Hancurnya hati yang tak dipeduli
Insan dunia tiada yang mengerti
Mengapa aku jadi begini (2x)
Repeat *
Melihat mereka gembira
Hati terpaut ingin bersama
Tapi itu hanyalah impian
Yang tak mungkin kan kesampaian
Repeat ** and ***
Kumpulan ni agak popular sekitar tahun 1998.Masa tu aku masih berkrusus di Baitulmal,Jalan Perkasa,Taman Maluri...Ingat lagi aku masa tu mmg aku suka sgt kumpulkan kaset2 kumpulan nasyid ni.Kumpulan Rushdan ni hanya ada 1 album saje kalau tak silap aku.Tapi lagu2 dalam album mereka ni hampir ke emua 10 buah lagu2 nya memang sedap.dan salah satu lagu n lirik yang aku minat ialah lagu di atas ni.Selain tu aku juga meminati kumpulan Rabbani .Hampir ke semua album mereka aku ada.Kumpulan Rabbani aku memang dah ikuti masa mereka dalam Kumpulan NadaMurni lagi. Kumpulan Rabbani masa tu panggil aku dengan panggilan "puteri jelawat"..Kalau aku kol cakap ila mesti diaorang akan cakap oh..Puteri jelawat eik..Dalam kumpulan ni aku agak rapat dengan bekas anggota kumpulan ni iaitu saudara Mohd Nazim.Abg Nazim ni sekarang dah bekerja dengan sektor awan di PutraJaya.Dia di MAMPU.Abg Nazim selalu bagi aku kekuatan dan nasihat yang masih aku simpan warkah dia yang 4 muka surat pada aku.Masa tu aku dan adik beradik mmg tengah krisis besar dengan bekas maktiri aku.Selan itu,aku juga rapat dengan arwah abgZairee(kumpulan Raihan).Arwah ni mmg baik n peramah sgt.Masa aku dapat panggilan telefon dr KakAin(isteri farihin abd.Fatah) aku terkejut betul.Sebab masa tu aku rasa aku baru jer bercakap dengan abgZairee.Tapi tu lah ape pun Tuhan lebih menyayangi dia.Apakhabar agaknya KakZura isteri abgZairee dan anak2 dia.Aku dah lama tak menghubungi mereka ni semua.
Masa abg zairee mula pergi,KakAin ada kol aku bgtahu yang bekas2 sahabat abgZairee tak bagi dia duduk kat kg,tapi suruh kakZura n anak2 dia duduk sajer di Damansara.Lagi pula kat kl ni kawan2 abg ramai.KakAin,aku kenal dia melalui abgZairee.KakAin merupakan isteri kepada komposer Farihin Abdul FAtah.Aku mmg suka kalau berborak dengan kakAin.Tapi aku kalau kol kakAin mesti waktu tu Arwah bapak tak de kat umah.Sebab tak main la seminit dua jer kalau dia ber borak ngan aku,kekadg tu sampai ke sejam kami bergayut.Gitu juga lah kalau dia yang kol aku pula.Ade sahaja cerita yang kami pot pet kan.KakAin juga banyak menasihatkan aku dalam segi perhubungan aku dengan maktiri aku.Kak Ain dapat tahu kisah hidup aku dr abg Zairee.Entah la kalau boleh mmg aku tak nak ingat lagi segala yang pahit,tetapi entah mengapa tetiba ajer aku teringat pada mereka semua ini yang pernah membantu aku dari segi Psikologi untuk aku hidup.
Sekitar tahun 1997 hinggalah ke tahun 2000 ajer aku rapat dengan mereka.Setiap tahun aku akan terima kad Ucapan selamat hari raya.Kekadang tu sampai 2 keping sekali aku terima.Tapi kini dah tak de semuanya.Entah la aku macam dah malas dan tak kisah dengan kumpulan nasyid mahupun kumpulan2 artis biasa.Dan aku pun bukan peminat fanatik mana2.Tapi bila hari ni tetiba aku teringat pada mereka terutama KakAin,balik ni nak cari balik diary lama nak cari balik no phone rumah dia.Sebelum aku terputus hubungan dengan kakAin,ada kakAin bg no telefon baru dia.Dia sekarang duduk di Bukit Jelutong..Akak,Ila RINDU la... lama tak borak ngan akak..Anak2 akak yang perempuan tu mesti dah besar.maaf kan ila akak ila cuma ingat nama anak akak yang FARAH tu jer,yang lain ila terlupa sgt...huhuhu...semoga pencarian aku semula ini akan membibitkan semula tali persaudaraan yang telah terputus seketika tanpa aku sedari...
2 comments:
Semoga yang renggang dapat dirapatkan kembali...
seriau rasa dengar "pergi tak kembali" dari rabbani tu
Post a Comment