Tuesday 27 July 2010

ADUH!...LUPA PULAK

Syukur la rumah aku pagi tadi tak apa2.Dah sampai kilang baru aku teringat yang aku lupa matikan api dapur.Tanak nasi atas dapur gas kalau lupa memang hangit la jawabnya.Dulu pernah sekali dapur aku hampir terbakar(api dah sambar dinding dah pun).Tapi mujur si Nadia, penyewa rumah aku yang belakang tu ternampak cahaya api naik dari tingkap dapur rumah.Apa lagi kena zasssss la dengan arwah ayah.

Pagi ni lagi sekali,aku betul2 lupa.Sebabnya selalunya selepas aku bersiap untuk ke tempat kerja,aku akan ke dapur semula untuk menyiapkan bekalan aku.tapi hari ni aku rasa mals sangat nak bawak.Dan memang sebenarnya aku malas nak masak nasi sebelum tu.Tapi bila teringat kesian pulak kat si Botak,tanak juga la.Sudahnya api lupa padam.Kol Botak leh lak dia kata tak tahu la hangit ke idak.Mungkin lambat nak hangit kut sebab aku lapik dengan tudung periuk da api kecik...huh..tobat ar pas ni tak nak dah lalai.

Takut la,kalau la di timpa musibah atas kelalaian sendiri, nak mulakan hidup semula payahnya kan.So, lepas ni aku HARUS lebih berhati2...

HAI! NASI GORENG

Minggu lepas hari khamis tu aku beli cili api,sekali dak Along pun beli juga.Nasib la cili api kampung yang segar bugar yang aku kirim kat MakNyah aku tak jadi amik sebab MakNyah lupa beli untuk sendiri so dia kata ko dah ada banyak tak yah lah..bagi maknyah je la.

rebuskan seketika




So,takut kecut kang aku pun blend dengan beberapa bahan yang lain buat la pes nasi goreng yang sememangnya seisi keluarga suka makan nasi goreng.dapat la satu bekas bulat.Simpan dalam peti bila nak goreng nasi bikin aje..5 minit dah siap.Pedas siut tapi ok la ada sikit2 rasa macam perencah nasi goreng Adabi tuh.Senang beb! jimat masa nak menggoreng.Pecah kan telur goreng hancur bg garing then bubuh pes ni gaulkan dengan nasi biar garing sikit dah leh makan.

Nasi goreng sempoi....



Bahan-bahan pes:

40 biji cili api (lebih kurang la)

8 tangkai cili kering

3 biji bawang sederhana besar

5 ulas bawang putih

sedikit belacan

udang kering segenggam

(aku guna udang kering dari Sarawak yang memang terperap lama dlm fridge tu)

sedikit garam



*blend semua bahan tadi.kemudian tumis hingga garing.Tambahkan sedikit air dan biar di rebus sehingga kering.Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk...

Friday 23 July 2010

KATAK OH KATAK

Akhirnya seorang pelajar IPTA yang menemui "kaki katak" dalam menu hidangannya di sebuah kopitiam,Mac lalu bertindak menyaman kopitiam tersebut.Sungguh meloyakan.Tak bertanggungjawab langsung. Aku setuju sesangat dan aku rasa orang lain juga mesti setuju tindakan yang dia buat kan.Berani atas kebenaran dan bukti yang cukup.
Ehsan dari blog seseorang

Sepanjang beroperasinya kopitiam ni kat Ampang Waterfront, (tempat lain memang aku tak pernah masuk pun),seingat aku lah kan,2x je kut aku makan kat sana.Sekali dengan Along dan adik aku,dan last pada Mac lalu dengan kawan aku.Elok benar seminggu selepas aku mkn dekat situ kali terakhir itu,aku terbaca kat blog Sdr. Mazidul...Yak!....entah2 mee kari yang aku makan tu pun ada benda alah tuh...uwekkkkk!!!!! patutla aku suka na hirup kuah karinya. Memang sedap dengan tekak aku.HUH!! Tobat...tak ndak dah aku weh...



Teringat aku email yang di kirimkan kepada aku semalam.Katanya dalam sardin tin yang kita dok makan tu pun di tambah dgn benda itu,pulak tu kata dia sardin tin tu sardin yang memang selalu aku makan.Tapi satu je aku nak tegur,kenapa tak nak tampil buat laporan polis sekiranya benar dia ada bukti.Alasan dia di "ZIP" dari pihak tertentu tu memang tak masuk dek akal.. Come on lah,kalau ada bukti dan kenyataan awak tu benar,buat apa nak di takut...eiiii tak faham.Tapi sedikit sebanyak aku jadi loya juga.Meskipun tak sahih akan kebenarannya.Mujur lah baru ni Along beli sardin tin cap Adabi dan Pertima.



Pagi ni aku masak sardin tin Adabi,not bad gak rasanya.Tak kisah lah jenama yang kita beli tu tak se gah mana,janji kalau kita betul cara masakya sedap juga ape.Entah la eik,sekarang ni apa pun dah macam tak selamat untuk di makan.Duduk kampung gak bagus kot.Kalau nak beli ikan semuanya segar2 lagi.Sedap dah memang pasti.Selamat lagi.Kalau duk kat bandar ni,kalau beli ikan kat pasar memang nampak sangat cantik dan segar jer. Bila balik rumah kita basuh, mak aiii kadang tu isi ikan dia dah macam nak hancur.Rasa tertipu sangat la.Chemical agaknya yang merabunkan mata kita...huhuhu.



Ingat lagi kali terakhir balik kampung dengan arwah ayah dan Ummi (x-mak tiri aku),masa tu kami pi rumah mak su (bekas adik ipar ayah aku merangkap sepupu ayah aku juga) kebetulan waktu dah masuk tengahari,so mak su masak untuk makan kami sekeluarga.Ayah aku punya lah berseleranya dia makan sampai bertambah-tambah nasi dia makan.Dia kata aku tak pernah seselera makan macam gini.Ini semua angkara ikan percik yang mak su buat kan untuk kami.Fuhhh!!! dah la sedap,ikan dia segar giler isinya masih terasa manisnya.Memang beruntung la kalau duk kampung.Pulak tu yang menangkapnya pak su aku sendiri....huhuhu




Thursday 22 July 2010

PERIGI @ TELAGA @ SUMUR

Kalaulah ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi....

antara bait2 lirik lagu Norshila Amin suatu waktu dulu... Kalau zaman aku kecik2 dulu memang puas mandi air telaga ni.Rata2 rumah2 kat kampung dulu memang sumber air dia dari telaga.Dan kat belakang rumah aku sendiri masih ada lagi telaga.Tapi sayang,budak2 duk campak barang2 yang bukan2 so airnya dah kotor.Masa dulu air dia memang bersih gilar.Sejuk lagi.Dan pernah satu ketika dulu masa kemarau melanda Kuala Lumpur dan air paip di catu,perigi aku ni banyak berjasa pada kami.Sehinggakan jiran2 berdekatan tumpang mandi dan mencuci baju.

Kenapa tetiba pulak aku masukkan cerita mengenai telaga ni eik?hehehe gini aku ingat aku nak upah orang Indon kat rumah aku untuk membersihkan kembali dan buang benda2 yang terdapat di dalamnya untuk di guna pakai kembali air dari telaga tu.Risau bila dengar berita akan berlakunya masalah air di sekitar Selangor dalan tempoh beberapa bulan yang akan datang.So, benda dah ada jadi kena lah buat persediaan.Aku ni jenis kuat guna air. so kalau tak de air tu mahu aku sesak nafas hehehe....

Agak2 korang la kan,berapa upah yang sesuai nak bagi depa ni eik?tak dalam mana pun 2 palung belah bawah dan 2 palung belah atas...PIC nanti aku letak kendian Kredit hp aku habis tak leh nak send ke email...

OM BURGER DI YOUTUBE

Kalau yang masih ingat N3 sebelum ni aku ada cerita pasal Burger yang agak fofular itu yang terletak di Ampang Jaya so ari ni dok belek2 kat You tube rupanya ada hamba Allah yang rajin post video tu kat sana...korang tgk la yer..(minyak manyak ooooo)

Wednesday 21 July 2010

KISAH KARIPAP, KUIH LAPIS PISANG DAN TEMPEYEK

Aku buka kembali semula blog kesayangan aku.Blog tempat aku meluahkan perasaan.Blog unruk aku perasan sendiri dan segala-galanya aku luahkan padanya.So,pada yang kurang senang atau berdengki tu terpulanglah yer.Ni blog aku sendiri.blog yang aku usahakan dengan akal fikiran ku sendiri serta tanpa perasaan malu aku pernah meminta pertolongan dari seorang rakan blog juga bila mana ada yang aku tak reti so aku rujuk dengannya.TQ kak Z...

Minggu lepas aku seakan "Trauma" seketika.Aku telah di ganggu melalui panggilan telefon dari orang2 yang aku tak kenali di mana menurut mereka-mereka ini,aku sendiri yang memberikannya...Gilos.Aku rasa aku tahu kerja sapa.Sebab cara dia lakukannya sama seperti 2 tahun lepas.Aku bukan bermusuh dgn ko.Cuma aku tak faham,tindakan kau tu tak masuk dek akal.Buat lah apa kau nak buat,cakap la apa kau nak cakap,sesungguhnya segala tindak tandukmu aku tak redha.Semoga Allah merahmati hidup ko...

Ok lah lupakan lah cerita kat atas tuh.Bukan boleh di layan sangat.Orang dah tak betul akalnya,kalau kita layan,silap2 kita pun sama tergolong di kalangannya.Hari tu,along aku dok belek2 la satu blog ni,so dia tertarik dengan karipap dan kuih lapis seorang blogger ni.Nama nya kak Madihah @ Kak Ratna.Kebetulan orang Terengganu juga.So,dia pun buat la tempahan.Menunggu giliran agak berminggu juga la.Sebabnya akak ni cuma part time jer buat kuih-kuih ni,sebabnya dia seorang yang bekerja.Akhirnya ahad lepas tempahan yang along aku buat siap juga.Pagi tu kami 3 beradik pi ambil di rumah akak ni di Bandar Sunway.

Betul aku cakap, sikit tak rasa rugi membeli dan megambilnnya yang jauhnya boleh tahan juga la dari rumah.Memang sedap giler ar kuih lapis pisang dia.manis lemak dia sama rata.Aku paling banyak makan...hehehe tak berapa manis tu yang sedap.Karipap dia pun memang sedap.Along tempah karipap inti sardin.Along aku ni memang hantu karipap.kami buat stok pagi2 bekalan ke tempat kerja.Along kata nak tempah lagi karipap dia untuk stok bulan puasa nanti.Jimat.Tak payah nak ke pasar Ramdhan katanya.Sebabnya kalau dah ke pasar Ramadhan nanti ada aje benda lain terbabit sama hehehe....



Kalau ada yang rasa nak tempah tu,try la tanya kat akak kita tu yer.Sila lah ke laman beliau...

aku amik pic ni dari bloh kak Madiha.Aku lupa nak snap ari tuh..Oh ya akak ni pun jual tempeyek kacang tanah.boleh tahan ranggupnya.Sepeket harganya RM10 untuk 50 keping.

kuih lapis pisang..yum yum...


Monday 12 July 2010

JOM PROMOTE

Sekarang ni dah macam-macam jenis perniagaan "francais" bertapak di Malaysia.Dan yang terkini kiosk "Mat Salai". Kalau yang dah pernah menjamah "oblong" burger,dia seakan -akan denga burger "Mat salai" ni.Tapi berbeza sikt pada kelembutan dagingnya.Mat salai dagingnya agak lembut dan rasa sedikit basah2nya(dagingnya tak kering),manakala oblong sedikit kenyal.

Mula aku beli,ingatnya ada daging salai di sebalik daging burgernya. Rupanya tidak.Dia ada 4 jenis iaitu, "mat beef",'Mat Lamb","Mat Chicken", dan "Mat salai". "Mat salai" aje rupanya daging salai sekeping dan di taruh sedikit serunding.Tak best sangat la.tak kenyang baik ambik yang jenis daging.
Ni burger comot di "OM BURGER" hadapan 7 Elevan di Ampang Jaya. Masa ni singgah kejap lepas keluar dengan Along dan makNyah serta Ela.Sebabnya kata Along burger ni fames sampai keluar Kosmo dan masa aku singgah beli tu memang terdapat beberapa keratan akhbar dan majalah yang memaparkan kelazatan dan ke'fames'an burger ni.Katanya dalam semalam orang ni mampu menjual sehingga 350 biji semalam.Dan dia di gelar burger comot @ burger ganja dan ada yang sanggup seminggu sekali datang dari Bangi semata-mata burger ganja ni.Masa aku beli ari tu pun memang orang ramai dan sanggup menunggu dan aku saja denga dak Ela hampir setengah jam kami menanti.Tekak kami kata...sekadar sahaja..som sesapa nak rasa pi je kat Ampang jaya tu di hadapan 7Eleven selepas International School.
Malam tu pukul 12 malam aku dan along bedal durian...Mula-mula menag tak nak sangat sebab takut..maklumlah dua 2 kami ada penyakit.tawakal je la dan bukan selalu pun..Alhamdulillah, tak de kesan sampingan esoknya..
P/S: tak boleh makan selalu
(peringatan untuk diri sendiri)


MEMORI SEMALAM

singgang ikan aye,budu dan jering...
Nyam,nyam....
Semalam bila mana aku bersarapan nasi sejuk bersama-sama ikan singgang, budu dan jering maka teringat la aku pada seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku sekian lamanya.Dulu,jika dia bersarapan itu lah yang di jamahnya.Nasi sejuk memang menjadi keutamaan buat dia melapik perut sebelum keluar mencari rezeki pada setiap hari.Bapak, ye bapak aku...Bapak memang suka sangat makan nasi di waktu pagi.kalau ada nasi yang berlebihan semalamnya,bapak akan makan di waktu pagi.Sebab apa,sebaba bapak jenis tak makan malam.Paling lewat dia makan pada pukul 6 petang,so pagi2 harus la menjamah nasi untuk bertahan sehingga balik dari mencari sesuap rezeki untuk kami. sambal ta'un
(malam tadi masak)

Kalau nasi tu di gaul rata bersama kuah dan lauk2 terutamnya ikan dan kalau ada timun di racik2 halus lagi bapak suka.Senang dia nak makn.Tak perlu nak risau soal tulang.Gaul2 rata bubuh sudu senang dia makan sampai habis.Seterusnya segelas air kopi panas wajib di sebelah..



Sebenarnya kat rumah aku sekarang ni dah lama sangat rasanya tak makan ikan.Aku dah naik muak nak jamah ayam.nak basuh ayam pun rasa dah macam tak lalu nak hadap.So buat saat -saat ke"jemu"an ini,kita orang dah terpaksa kembali memakan ikan.itu pun hanya di singgang kemudian di goreng atau di goreng begitu sahaja sehingga garing semacam keropok(itu hanya selera Along) dan bagi aku aku lebih suka kalai ikan tu tak berapa garing sgt..Buat pula stok sambal belacan dah cukup menyelerakan.kalau ikan yang di masak kuah,alamat kuahnya aje la yang licin.Along cerewet sikit bab ikan ni.Dia hanya jamah ikan sardin,tongkol dan kembung jer.Kalau aku semua aku bedal kecuali ikan sembilang.Memang tekak aku tak leh nak terima.Tapi yang pelik ikan keli boleh la pulak..huhuhu..so sekarang dalam peti dah ada stok budu,petai dan ikan.Nampak gayanya mahu menambah2 la pas ni dan berat yang dah sedia berat akan bertambah...gagagaga

Friday 9 July 2010

MAIN MASAK2

Aku kalau duduk rumahkan,mulut tu kan, mula la nak mengunyah je kerjanya... Konon2 amik cuti nak berehat saje2 kat rumah.Sudahnya memang tak leh nak diam.Ada je mereka nak buat itu ini...hehehe..Bila semangat "R" datang,tanpa menoleh ke belakang maka aku mula atur langkah dan bersilat di dapur.Kat rumah tu kalau kuih2 jenis yang manis memang tak jalan sangat.Tapi kalau yang goreng2 ni kira boleh la..layan je la...Resepi cin cai ni aku akan masukkan dalam blog masakan aku...

Cekodok caca marba...pedas2 masin
bahan cacanya:kentang,cili api,kacang buncis bawang dan ikan bilis





orang kampung aku panggil kuih "mustofa" atau kuih "Ropa".senang jer..
intinya macam inti karipap pastu tepung didadar macam nak buat ketayap pastu lipat then goreng dgn minyak yang sikit sehingga garing
ni yang belum di goreng...aku buat banyak pas tu aku goreng kan sekejap then aku froozen kan.Makan time2 hujan memang sedap
Goreng dengan sedikit minyak sahaja sehingga garing.
Hidangkan bersama air kopi..
perghhh




ADUAN


lubang yang di tampal oleh Bapak Adi dengan batu2...


Lokasi kejadian : hadapan pagar sebelah kiri rumah aku.


Asalnya longkang dalam tu dah pecah.Maklumlah bila musim hujan hari tu lubang yang pada mulanya kecik menjadi semakin besar dan tinggal beberapa inci je lagi hampir ke jalan raya.Sampaikan kereta orang yang dok menyewa rumah aku pun terpaksa parkir keretanya ke tengah sedikit.ni kesannya baru2 ni lori sampah terpaksa patah balik kerana sempit dan tak dapat tembusi di sebabkan jalan menjadi semakin sempit kerana kereta parkir sebelah menyebelah dengan jiran depan.

Aduan dah aku buat ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 4 Mei 2010 dan aku menerima reaksi balas kad AKUAN TERIMA ADUAN yang bertarikh 6 Mei 2010 iaitu 2 HARI selepas aku membuat aduan.manakala aku menerimanya melalui kiriman pos 18 Mei 2010 (Jauhnya MPAJ dari rumah aku yer)

Menurut arahan yang di maklumkan di dalam kad tersebut,sekiranya dalam tempoh sebulan masih tidak ada apa-apa tindakan dari pihat tersebut,aku di minta untuk menghubungi mereka semula untuk membuat balik pertanyaan.Aku cuba menghubungi mereka semula pada 28 Jun 2010,tetapi AMAT-AMAT LAH kesal dengan jawapan yang di terima kerana menurut mereka masih menunggu peruntukan dan barulah di luluskan dan di lantik kontrantor yang berkenaan.

Dan sekarang dah masuk 2 bulan sehingga aku tarikh aku menulis N3 ini,masih lagi tiada kerja-kerja pembaikan dan masih perlu menunggu dan menunggu. Dan jawapan aku senang jer...LANTAK KORANG LAH..elok-elok modal sikit je korang akan keluarkan silap-silap jadi banyak sebabnya ia akan menjadi semakin besar,besar dan besar.Jangan sampai dia menghakis jalan raya sudah la yer.Untuk "time" sudah pasti akan menyusahkan orang lain...