Friday 23 April 2010

KESILAPAN TEKNIK YANG TAK PERASAN

SO SORRY PASAL N3 #COMMENT TUH SEBENARNYA KITA NAK KOMEN KAT N3 AKAK RAHMAH www.akak-akak.blogspot.com. Tp entah cam ner plak boleh ke new post kita plak...Pc sengal ke Kita yang sengal hehehe...so yang dah terkomen tu mintak maap ler yer...pa pe pun terima kasih banyak le sudi jengah...Kalau perancangan kita jd nanti kita masukkan citernya di sini....Ok la pagi ni tak sempat nak jengah ke blog kekawan dan akak2 semua.Nanti petang kalau kita dah siap packing barang kita jengah k....Salam semua....Love u all

Tuesday 20 April 2010

SAJE NAK CERITA

Petang semalam, semasa pulang dari kerja aku ke Spectrum Shoping Mall yang terletak di Bandar Baru Ampang untuk ke pejabat pos di tingkat 2.Masa dalam bas,aku duduk dekat dengan pintu belakang.Sampai kat bas stop depan sikit dari tempat aku naik,ada seorang "awang hitam" (mat Negro) naik dan duduk menghala ke belakang.Sangka aku dia tak de lah duduk belakang aku betul2.Dalam beberapa minit tu,aku rasa macam ada orang jer merapatkan kepala dia ke arah aku yang duduk di sebelah depan.Tak sedap hati aku pun toleh ke belakag,rupanya "awang" tuh yang duduk betul2 belakang aku.Pelik jugak dan memang dah semacam jer aku rasa saat tuh.Mulanya aku nak pindah dqh duduk di depan.Tapi argh biarlah mungkin perasaan aku jer kut..

Bila sampai di Bandar Baru Ampang,rupanya "En.Awang ni pun turun sama dengan aku...Aku jadi takut sebab dia cuba jalan beriringan dengan aku dan mula menegur..

"Hye Miss...How are you..." ulang2 dia tanya tapi aku buat2 pekak dan buat bodoh terus melangkah laju...hahaha rupanya awang tuh masih di belakang aku.Sengaja aku berhenti seketika dan biarkan dia jalan di depan...Sengal tul...Aku ni badan je besar tapi bila orang yang tak di kenali tegur2 ni aku jadi seram sejuk.Apa lagi la bila yang menegur tu "En.Awang" huhuhu....Teringat aku kisah 14 tahun yang lalu..Kejadian yang seakan sama berlaku atas diri aku.Masa tu lokasinya di jalan Silang,Kuala Lumpur.


Waktu jam lebih kurang pukul 7 malam.Aku dari hospital Kuala Lumpur menemani Pok da aku dari Paka datang ziarah arwah akak aku yang masa tu menginap di sana.Masa melawat habis aku meghantar Pok da aku ke Pudu raya.Tapi tak sampai la ke Pudu just di Metro Jaya pas tu aku tunjuk je Jalan ke arah sana,cz aku ke arah lain untuk balik ke Ampang.Apa yang terjadi selepas aku bersalam dengan Pok da aku dan menuju ke hadapan banguhnan Lin Ho,aku di datangi seorang lelaki yang tak aku kenali mengaku mengenali aku.Yang aku heran dia tahu aku baru balik dari hospital dan nak balik ke Ampang...Dia kata dia kenal aku.Tapi aku heran dan puas aku fikir tapi memang langsung aku tak ingat or mungkin aku yang tak perasan or memang aku betul2 tak kenal mamat ni.Tapi aku layan je la apa yang di tanya.Sampai di bas stand mamat tu still ekori aku.Oh mungkin dia pun nak balik Ampang jugak kut.Bila kat bus stand tu aku tunggu bas yang belum muncul kan diri di hadapan sebuah restoran mamak.Macam2 dia tanya aku masa tu muda remaja lagi tak de la nak fikir yang bukan2 so apa dia tanya aku jawab,sampai la satu saat dia dah menyimpang aku jadi takut.



Pada duk baik2 bertanya tuh boleh dia ajak aku pi tengok wayang...oiiii! gila dah orang ni kata aku...Masa Tu filem Anaconda tengah hangat di pasaran.Aku jadi tak keruan dan terus aku blah masuk duduk dalam restoran mamak dan tunggu dia blah...Dalam beberapa minit bila dia tengok aku dah macam marah dia pun blah.Aku jadi takut sangat bila bas sampai aku terus naik.Malam tu sampai kat rumah aku cerita kat arwah bapak,bapak kata bagus la kau ada perasaan takut gitu dan bijak ambik tindakan masuk kat restoran.Beberapa hari jugak lah aku jadi takut bila balik waktu malam.Masa tu aku kerap ulang alik ke Hospital sebab arwah akak kerap masuk ward....
Now! aku dah besar dah pandai fikir.kalau ada orang yang aku tak kenali tegur aku memang aku terus blah jer...


Semalan intai2 kat sana,aku berkenan betul handbag made in Thailand dan skirt labuh kaler putih...Cukup bulan ni harus ke sana...hehehe

Monday 19 April 2010

MASAKAN IBU

Ari tuh aku terbaca tajuk ni dalam wall Dj Julia di FB beliau...
Tertarik jugak nak berkongsi tetapi aku dah tertinggal kapal so malas nak komen..
Apa lagi dapat lah idea untuk aku mencoret nya dalam blog aku ni...
Tq Ju bagi ilham untuk N3 terbaru hehehe
Bagi yang masih ada mak,
wow!
memang best kan.Masih dapat menikmati kelazatan dan kenikmatan makanan dari air tangan mak kita.Aku rasa semua orang akan kata bahawa makanan dari air tangan seorang emak merupakan makanan yang paling mahal dan nikmat.
Aku cuma sempat 11 tahun bersama emak dalam menjalani kehidupan seorang anak dan merasai segala yang di sediakan.
Terus terang aku kata,
Aku memang dah tak berapa ingat apa jenis lauk yang selalu emak sediakan.
Tapi
ada dua jenis masakan emak aku yang masih aku terasa nikmatnya dan salah satu darinya aku semmpat belajar dari arwah akak aku yang tengah yang di warisi dari arwah emak.
Mee Hailam!!!!
Mee hailam emak memang aku 100%
aku kata sedap.
Tak perlu tepung jagung pun emak buat untuk pekat kan kuah.
Air rebusan daging mengenakkan lagi hirupan kuahnya.
Memang aku tak pernah lagi jumpa mee hailam yang serupa dgn mak aku buat.
Rasanya memang jauh berbeza...
dan ada kalanya rasanya tak ubah seperti mee berkuah kicap.
sebab tu aku jarang sgt2
"order"
jika sesekali berkesempatan makan di gerai2 sbb tak pernah memenuhi rasa tekak ku...
Kalau sesakali teringin sangat
aku lebih gemar masak sendiri....
Pernah satu ketika dulu masa arwah mak long dan beberapa orang sedara sebelah ayah aku bertandang ke rumah,
menu yang emak aku sediakan untuk menjamu mereka ialah mee hailam.
Tapi yang kelakarnya,
adik aku si Botak,
yang over giler2 makan mee hailam mak sampai berpinggan-pinggan...
Sedap sangat ler tuh..
Yer!
Memang sedap.....hehehe
jangan marah eik kalau aku ter"Over" memuji keenakan masakan arwah emakku....
Satu lagi,
arwah bapak kata,
daging kicap emak pun sgt2 sedap.
Sehingga pernah satu ketika masa aku dok borak2 dgn arwah ayah,
bercerita perkara2 lama,
mengimbas kenangan lama2...
Arwah ayah kata daging kicap emak paling sedap di dunia...
hehehe
Pujian ikhlas dari seorang suami.
Kata arwah ayah lagi,
aku kalau balik kerja emak ko tgh masak,kat pagar lagi aku dah terbau daging kicap dia.
Amboi sampai gitu sekali.
Dan arwah ayah pernah kata,
kalau daging kicap,
emak ko paling terrer,
arwah makcik ko asam tumis dia paling sedap dan arwah mak long aku tak berapa ingat la pulak.
Ape pun,
masakan emak mmg sedap sgt..
Harus di puji...
Menerima perkhabaran berita Kematian Achik Spin amat mengejutkan,sebab sebelum tu baru lepas tgk iklan
"Jangan Tidur Lagi" yang akan di siarkan Rabu ini di mana Achik dan Nana antara tetamu jemputannya.Sungguh trajis apa yang menimpanya..
Semoga rohnya di cucuri rahmat...
Al - Fatihah.....
Insyaallah kalau tak de aral melintang,akan memenuhi jemputan sambutan hari lahir seorang anak dj Radio KLfm ahad ini...

Thursday 8 April 2010

''KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH"


"Puteri Mama Sarah Sedang Memandang Layang-layang di Pantai Kemasik Kemaman,Terengganu".
saje2 suka first time join contest dlm blog ni..

Anythings

Aduhla!...
bersawang blog aku nie...
Sebenarnya banyak benda nak kongsi,
tapi
tak tau lagu mana nak mula.
Pemergian Along aku ke Tanah suci
bagi menunaikan Umrah sudah sampai ke penghujungnya.
Ikut jadual awal,
malam esok sampai la ke Malaysia.
Ya Allah!...
Ketiadaan dia aku terasa sangat.
Malam pertama tak dak dia aku steady lagi
masuk hari ke 3,
aku menangis waktu malam nak tidur.
Rasa rindu sangat kat dia.
Adik- beradik tak ramai,
bila sorang tak de kehilangan tu terasa sangat.
Ye lah kalau malam2 dia ada,
kita orang selalu gaduh2 manja berebut bantal tidur,
pot pet pot pet sampai terlena....
Esok Pukul 11.30 malam
ke KLIA jemput Along...
Lauk yang Along belikan B4 pergi...
Ngam2 abis....hehehe
Aku juga nak selitkan sikit mengenai tandas2 yang kini terlalu CANGGIH....
Bior orang nak kata aku ni KUNO,
ke KAMPUNGAN,
tak ikut keMODENAN....
TAPI
bagi aku,aku tak suka ar dan menyampah dengan tandas2 canggih sekarang ni yang banyak terdapat di Hotel2
Pusat membeli belah yang besar2 tuh
dan dengar cerita dalam flight pun gitu juga.
Kenapa eik?
Sebabnya aku rasa meskipun ianya di cipta (kata orang)
supaya tak membazir dari segi penggunaan air,
tapi
bagi aku ianya memang teramat JIMAT,
TETAPI
amat menjijikan dan kotor ar.
Pulak tu menyusahkan pengguna.
Bayangkan lah atas tab2 tandas tu terpercik air kecil kita...
eiiiiii....
sedangkan tandas yang berpaip dan bergetah pun kekadang HANCING
ni kan pulak tandas yang mengeluarkan air sebesar kencing budak....
Tension
betul la...
aku yang badan besar ni memang tak selesa..
Macam tak bersih jer..
Jenis orang yang tahan
boleh la tahan...
Pernah sekali aku Ke KLCC
hampir semua tioletnya begitu,
aku rela amik train ke Ampang Park
untuk menggunakan tandas di sana.
Lepas tu blah la balik tak payah jalan dah...
Teknologi
teknologi jugak
Dari segi kebersihan dan kesuciaan kena gak amik kira...
Ini pendapat aku jer k...
Tapi kenyataannya
MEMANG
aku tak suka jenis macam ni....
TOLONGLAH......................