Wednesday 17 March 2010

Cuti-cuti Malaysia@Bukit Tinggi

Sabtu,13 Mac 2010..
Destinasi di tuju:Bukit Tinggi,Pahang.

Seawal jam 10 pagi ,
aku dan Botak dah bergerak ke UK Perdana
untuk menjemput kak Nor(sepupu aku) sebab tumpang kereta kerana suaminya tak dapat turut serta kerana ada wedding shooting kat Melaka.
Begitu juga dengan Along aku juga tak dapat bersama kerana sebab tertentu yang tak boleh di elakkan.
Dari UK Perdana,2 buah kereta bergerak ke Hentian Sempah menanti sementara famili abg Lan dari Puchong tiba.
So,
lebih kurang jam 12.30 kami bergerak terus ke Bukit Tinggi dan lebih kurang jam 1.00 ptg
kami tiba di Bukit Tinggi Golf Club manakala Abg Adi menuju ke Colmar untuk check-in.
Di ketinggian 2600 kaki dari aras laut
kami menginap di Meranti Park Apartment
yang mengandungi 2 buah bilik.
Ok lah bagi kita orang yang 4 keluarga ni duduk.
Makanan memang masing2 bawa dari rumah sebab dah di maklumkan lebih awal
kat sini makanan dan minuman terlalu mahal.
Makanan yang simple bila dah makan ramai2 memang menyelarakan.
buktinya,
Si Botak yang selama ni kalau kat rumah
menyombon dengan lauk sardin tin,
tiba kat sana boleh mengaku seikhlasnya sedap pulak makan nasi berlaukkan sardin.
Baru hang tahu penangan sardin no.
so malas dah nak cerita panjang..
meh la pakat layan gambar2 yang di tangkap oleh Abg Adi, sepupu aku...
aku memang tak tangkap gambar sebab tak dak kamera
dan hp aku rosak.
Thanks kak Tie sebab sudi email pic2 kat bawah ni.....


aku nampak kurus sikit la tgk pic ni.....hahaha
jangan marah k,terperasan sudah
kak Nor 3 beranak

Shutter ni untuk ke Colmar dan Perkampungan Jepun dan Taman Botani..
Sebuah shutter ni famili kami jer seramai 12 orang



anak-anak sepupu...
Layan bowling petang Sabtu sementara ke kolam mandi
Sikit punya terkangkang aku hahaha...
31 tahun hidup first time main..
syok jugak...
First game markah seri dgn abg Adi (61 point)
kira ok la tu eik first time try...
rasa seronok ajak Botak pulak main 2nd game berdua..
aku buleh 2x strike hehehe
lepas ni harus lagi main cz dah pandai sikit :D
menunggu giliran melontar

enjoy kat pool golf club
budak baju merah ni tension sbb tak reti berenang....
duk tepi tu duk test2 kaki
tapi aku tak dak self confident la..cepat panik
Colamar di waktu malam


di depan signboard "Japan Villages"



kat belakang tu cantik tau...
ada mini sungai dan batuan yang sungguh cantik.
Pada sape-sape yang tak berdaya nak mendaki bukit dan anak2 tangga..
kawasan ni memang tak sesuai untuk anda..
Aku sendiri tercungap2 weh....


Hari terakhir di hadapan apartment....
Sementara abg Adi ke Colmar untuk check-out,
Kak Nor ajak layan boling sekali lagi...
apa pun aku memang enjoy bercuti dengan sepupu ku ini...
Maklumlah jarang sangat aku dapat merasai keseronokkan begini.
Plan akang datang ,
Kak Nor ajak pi sungai pulak tidur sana...
Terima kasih buat semua....

Thursday 11 March 2010

Ular Oh Ular

Ular oh ular,
ke mana engkau "ghaib"...
tunjukkan lah diri mu agar kerisauan kami tidak berpanjangan...
Beremang bulu roma aku,
bila mana petang semalam lepas bermain
dengan Adli,
Bibik yang menyewa rumah aku
bagi tau yang rumah cina
selang 2 rumah dari rumah aku
(berhadapan)
di masuki seekor ular.
Grrrrrrrrrr.....
Katanya ular sawa.
Tah ye ke tidak
Allahu alam...
Kata Bibik,
sebelum tu ular tu berada di rumah Aci India
jiran sebelah rumah cina tu,tapi hilang dan tetiba mnuncul
dalam rumah cina tersebut.
Aku tak tanya banyak,
sebab dengar org menyebut ular je aku dah beremang.
Tapi bila mana aku nak ke tempat kerja tadi,
aku di beritahu oleh Cik Yah
( jiran rumah banglo)
yang kebetulan tengah bersembang hal tersebut dengan jiran
( sebelah kiri)
Cik Yah juga namanya,
ular tersebut tak dapat di kesan oleh pihak bomba.
Hu hai,
lagi bertambah2 meremang bola roma aku.
Rumah aku memang tak de semak
sejak bibik duduk rumah belakang tu
dia rajin kemas kebun pisang aku kat belakang.
Tapi,
belakang rumah bibik,
sejak Kak Ani dan Cikgu Zai pindah
rumah tu naik semak yang dulu pernah capai
tinggi pagar.
Apatah lagi bila jadi rumah tinggal sejak beberapa tahun yang lalu.
la ni
meski pun
dah ada yang duduk
tapi keadaannya serupa juga..
Memang sebelum ni Bibik selalu merungut takut
semak belakang rumah dia tu
akan mengundang makhluk lain.
Tapi bila dah semalam kecoh pasal ular ni
jelas di wajahnya ketakutan.
Huhu...
Harap2 ular tu jenis tak berbisa..

Monday 8 March 2010

ABC

pic ni aku amik dr FB Fradoo..Tolong promosi sikit.
(Hp aku rosak tak leh nak snap)
Jumaat lepas,
Aku,Botak dan seorang kawannya
pergi ke Shah Alam seksyen2,

hanya semata2 nak makan "Fradoo ABC".

Perghhhh...

memang sedap dan berbaloi rasanya.


Aku ingat memang nak tinggalkan terus minuman bergula ni.

Cz aku sedang mengamalkan gula Stevia dan jus herba.

Di sebabkan dah lama dah si Botak menceritakan tentang keistemewaan

ABC seksyen 2 ni,

maka aku lupakan seketika hehehehe.

Kalau student2 UiTM memang dah fames nau tempst ni.

Cz dia bersebelahan je dengan Kolej kediaman UiTM, Shah Alam ni.

ABC yang di limpahi dengan coklat cair,

di tambah pula dengan aiskrim coklat membangkitkan lagi kesedapannya.
Di sebelah atas aiskrim pula,

di cucuk pula sebiji buah anggur dan laici bagi menarik dan

kita tengok akan tertarik

dan pastinya akan D'Boom....

(lebih2 lak pujiannya)

hahahaha.......

Mungkin di sebabkan kat sini tempat student

maka harga2 makanan di sini teramat lah murah.

Selain ABC,

aku makan nasi goreng paprik,

manakala Botak nasi goreng pattaya

dan kawannya

Nasi goreng daging merah.

Ke semua makanan di atas

cuma berharga RM3.50. Memang murah sangat.

Tak lah berapa sedap tapi kira ok lah.

Tapi yang syoknya,

nasi goreng pattaya dia ada daging masak merah.

Dan lauk paprik aku,

ayam dan dagingnya lebih dari sayur.

(udang n sotong memang tak kelihatan)

tak macam selalu di penuhi sayur yang bertimbun.

kira ok lah sebab harganya pun tak mahal kan.



So

lain kali,

lama-lama sekali la

kalau selalu tak berbaloi la plak pi jauh2 bayar tol lagi kan

hehehe

kalau tekak ni terasa nak sangat lagi leh la aku ke sana lagi.

Tu pun kalau ada yang sudi ajak..

Awak nak bergerak sendiri tak de ler.
tak kan nak naik bas pulak kan.

hahaha


Sabtu orang sibuk nak ke Jalan masjid India untuk showcase KLfm...

Aku duduk rumah layan drama n hindustan..

lagi syok..

malamnya,

Lepak kat Mcd sebab dak Ela sibuk suruh create kan akaun FB dia.

Lepak sekali dengan mak dia

(Mak Nyah )

Tak lama lepas tu baru Botak datang lepas balik dari pasar malam

Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Hampir pukul 1 baru kami bertolak balik.

mak Nyah ada tak pe balik lewat pun.

Lagi pun bukan selalu.





Pagi semalam kami tiga beradik ke Pasar Keramat.Beli 2 ekor ikan aye

3 ekor ikan kembung dan kerang serta bahan2

membuat mee kari.

So,

Menu kami semalam....

Mee kari by aku.

Tapi aku heran la

kenapa sekarang aku buat mee kari dah tak "kick"

macam dulu????huh..mungkin dah lama tak buat kut.

Tapi kira ok lah

nak makan tekak sendiri..

Wednesday 3 March 2010

Muhammad Adli Amzari

Terapi Stress.....
Muhammad Adli Amzari....
(8 Oktober 2009)
2 hari di pangkuan "opah"
Hospital Ampang
jelingan manje....
Sebulan..(botak)

2 bulan




21/2 bulan
3 bulan
adik...cekcinya.....3 bulan lebih

dah makin bulat dan cerdik..tapi belum jamah sebarang makanan....

Monday 1 March 2010

Cuti

ni jer sempat snap...lenggang giler sepanjang jalan Ampang ke TPCA.

Salam Maulidur Rasul 1431H...

Cuti Maulud hari tu, seawal pagi dah ke TPCA hanya semata untuk bersarapan pagi.Dak Along la teruja sangat bila membaca n3 kak Z di blog beliau.Aku dan Botak makan nasi lemak dan Along "order" lontong.Tak tahu la betul ke idak gerai yang kami masuk seperti mana yang di ceritakan kakZ dalam blog dia.Tapi kalau ikut gerai no 20 tu macam dah betul jer...Bagi tekak aku ni,biasa je nasi lemak di gerai ni.Kira ok la.



Selesai bersarapan,kami saje2 mengular ke pasar Keramat pulak.saje2 nak cari kuih wat kudap2 duduk rumah cuti2 tu kan.Terasa macam kat pasar kampung aku la pulok.Banyak sungguh kuih dan berjenis2.Rambang mata sekejap..hahaha.Setelah membeli apa yang rasa nak di telan,kita orang pun balik ke rumah.Dalam pada nak balik kerumah tu,Tetiba Along ajak pergi Masjid Negara sempena 1 Malaysia 1 Halal.Ok lah aku pun dalam mood nak berjalan,kami balik sekejap untuk menukar baju.Masa tu aku pakai baju T dan seluar agak ketat sikit.So balik salin pakai blaus panjang dan seluar jeans.Dalam banyak2 gerai tuh kami cuma beli nugget dan sosej Ayamas yang 20% diskaun jer dan juga 5 botol air berkabonat keluaran HPA.Not bad rasa kola Radix.Walaupun harganya dah hampir setanding keluaran F&N tuh tapi kira ok lah,bak kata Along aku,sape lagi nak tolong orang Islam kalau bukan orang islam sendiri.Cuaca agak panas dan membuatkan kami mudah keletihan.So,lebih kurang setengah jam je kami di Masjid Negara dan terus balik dan singgah di BP Station Jalan Cheras untuk cuci kereta yang hanya RM3.Murah tapi tak berapa bersih..tapi boleh la..nak bersih2 gi la tempat mahal sikit kan hehehe....Cuma yang syoknya kita tak yah turun dari kereta.



N3 kali ni tak tangkap pic sebab HP aku dah bermasalah.Minta baru...huhuhu...


kali ni abis RM30 kat Jom Heboh...Dak Ela RM50 tu pun lupa nak cucuk duit dulu kata dia kalau tak mahu dekat seratus...giler tul dak Ela ni...hehehe



Tahniah buat sepupu aku kerana dah selamat melahirkan bayi perempuan ke 2 anak ke 3 petang semalam yang seberat 3.24kg secara normal.Kalau Cik Ila ada masa nanti Cik Ila gi melawat yer.





Buat abg Din@ Laksa Kuala yang accident pagi tadi,semoga cepat sembuh dan sabar dalam tempoh MC yang di ramal doktor mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan.Dan semoga selamat menjalani pembedahan hari rabu ini.Kata dia sama2 salah.Tapi dah benda nak jadi redha je la.


harap sangat apply cuti pada 15 dan 16 Mac ni approved,sebab abg Sepupu aku dah boking apartment untuk bercuti di Bukit Tinggi nanti....Takut jer Bos tak bagi sebab Naimah akan berangkat ke Tanah suci Sabtu sebelumnya untuk menunaikan umrah...selamat menjalani ibadah buat Naimah sekeluarga...