Monday 22 February 2010

Kenangan itu

Kalau tak silap pic ni aku mungkin sekitar darjah 4 atau 5.Sebab apa aku ingat lagi baju tu arwah mak yang belikan dan aku belum bercermin mata.Aku bercermin mata masa aku darjah 6.Ni antara gambar2 kenangan semasa aku kecik yang berada dalam album gambar MakNyah.Aku memang langsung tak ingat bila time pic ni di ambil.Yang pasti pic ni di ambil di rumah MakNyah.Yang berbaju merah tu la si Ela(ala2 tomboy) mmg tomboy pun masa dia remaja dulu...hehehe dan yang duduk depan Ela tu adik dia si Sham dan sebelah Sham si Botak adik aku(Shah)....comel giler adik aku masa kecik.Putih.La ni huhuhu...ansem jugak cuma terlebih bulat macam kakak dia.Sebenarnya banyak lagi pic2 aku kat rumah Maknyah.Aku sendiri pun tak de simpan gambar2 aku masa kecik.Tah kemana perginya pun aku tak tau.Rasanya dulu mmg banyak gambar aku masa kecik,mungkin makan dek anai2 kut.Sebab dulu rumah kayu.Memang jadi sarang anai-anai.sesekali tgk gambar2 lama memang seronok.Nanti la lain kali aku letak lagi.
Kalau sesape yang pernah baca N3 aku yang lepas,pastinya masih ingat dengan N3 aku mengenai kebotakkan kepala yang aku alami.Alhamdulillah,lepas aku pendek kan kepala aku dan menggunakkan shampoo Clairol Herba Essencse(betul ke idak tah ejaannya) rambut baru tumbuh dan keguguran tak seteruk dulu.Syukur.Dan sekarang aku nak panjang kan balik macam dulu kala.Dah boleh ikat pun rambut aku sekarang....ye haaaaaaa

Sejak minum sebotol Jus herba Kemunting cina dan Belada pahit, keluaran Fadila Herbs ada beberapa perubahan yang aku nampak.Kaki ku dah kurang kebas dan sengal2.Air pun dah kurang minum dan paling ketara aku kurang bangun malam untuk buang air kecil.Kalau dulu,tapak kaki selalu sengal lebih2 lagi bila berjalan lama,mesti sebelum tidur aku merengek2 sakit hendak di picit dan kadang2 aku urut sendiri bagi hilang kan sengal2 di tapak kaki,tapi alhamdulillah sejak minum sebotol herba ni ,tapak kaki aku tak sengal lagi dan boleh tidur dengan selesa.Bulan depan ingat nak amalkan terus minum herba ni...

Thursday 18 February 2010

Selamat Bertunang

Selamat bertunang buat anak sepupu aku Marhana Sofea@ kakak pada 14 Febuari yang lepas.Semoga ikatan pertunangan ini akan kekal ke jinjang pelamin.Jom layan gambar eik... tema kuning pada hari pertunangan
bergambar bersama tunangnya...Izwan


seisi perbincangan

bersama mak dan ayah
kiri dan kanan tu "Atuk" Sofea
bersama MakLong ayu(akak aku)
bersama family "ayahda"
bersama mak2 sepupu dan mak2 sedara
bersama family "Tok Teh"
rombongan sebelah lelaki
makan time
yang baju pink tu paling tomey hehehe
terrrrr......pasan sekejap hehehe
setelah di make over oleh mak long Sofea yang memang pakar dalam bab mengandam dan mengubah....
dan ni adalah kek malam tadi..happy birthday buat "Botak" atau nama penuhnya Muzafashah Bin Mohamad yang ke 25..........thank to Cik sponsor...

Thursday 11 February 2010

Kisah aku dan ayah lagi

Petang2 cam gini tetiba lak teingat kisah aku dolu2.Masa tuh muda remaja lagi.Payahnya masa tu mencari kerja walaupun sekadar pekerja kilang.Result SPM cukup-cukup jer,(sebab malas belajar).Sebenarnya bukan malas belajar tapi aku adalah pelajar bermasalah tika itu...Berperang dgn mak tiri la,jaga akak sakit la jiwa jadi kacau.Sampaikan masa aku pergi kem kat sana aku di beri perhatian lebih(gara2 pakcik aku menceritakan masalah aku di rumah).Masa aku muda remaja dulu,air mata adalah peneman setia.Bukan boleh orang tanya sikit benda2 sedih yang keluar dulu air mata...Sensitif gila la...Sebab tu sampai sekarang aku masih begini.Mudah tersentuh dan menangis walau sebesar kuman hati aku aku terasa.Tak perlu aku ceritakan kenapa dan apa masalahnya.Sebabnya orang tu pun dah selamat keluar dari rumah aku.


Bila tengok kejayaan seseorang sekarang ni,kadang kala aku terasa sedih sgt.Kadang-kadang aku marah pada diri sendiri.Kenapa dulu tak nak baca buku?kenapa dulu tak nak kerja kuat supaya berjaya dalam pelajaran?tapi itulah kan nama pun manusia.Nak menyesal pun dah tak guna.Perkara dah jadi.Memang dulu aku malas dalam pelajaran.Buat nota pun malas.Otak aku ni langsung tak leh nak terima apa yang cikgu cakap.Pergi sekolah aku kira rajin .Jarang ponteng.Sebab bila di sekolah aku rasa tenang,berbanding bila berada di rumah.



Selama mana nak duduk tahap ni.Tengok orang bergaji besar semuanya senang.nak beli ape pun sekelip mata dapat.Aku bukan tak bersyukur,tapi kadang sedih gak la bila mana sesuatu benda yang aku nak kdg2 tu terpaksa fikir 5 6 kali nak beli.Boros pun ye jugak.Tapi mujurla arwah ayah aku tinggalkan rumah untuk aku dan adik-beradik tumpang berteduh.dan 2 buah rumah sewa yang boleh menampung perbelanjaan kami semua.Terima kasih ayah....



Bila keadaan begini terjadi sekarang,aku selalu teringat arwah ayah.kalau dulu susah sikit ayah tak kedekut menghulurkan bantuan.Misal kata aku nak tukar cermin mata,ayah akan tambah kalau aku tak cukup duit.Masa aku beli skuter dulu ayah la yang dulu kan duitnya membayar deposit.Bila hujung bulan duit gaji dah habis,aku mintak kat ayah..Tapi sekrang nak buat cam gitu dah tak dapat.Apatah lagi nak bermanja denga insan bernama ayah.Kenangan pertama kali aku bekerja sebagai pengasuh taska di Flat rumah lama aku,masih segar di ingatan aku.Setiap pagi,aku dan ayah berdua sama2 naik bas menuju ke Ampang Park dan kemuadiannya sama2 naik teksi menuju ke Flat.Masa ayah larat dulu ayah jalan kaki jer bertongkat putih dia tu ke sana.Tapi masa aku dapat kerja sebagai pengasuh di sana,ayah dah tak larat nak jalan kaki.



Tambang teksi ayah la yang bayar.Tak mahal masa tuh baru RM2 ke RM2.30 jer dari Ampang Park ke Flat Jalan Tun Razak.Yang bestnya tiap2 pagi lepas antar ayah kat rumah abg Zali(bos ayah) mesti ayah bagi RM 2.Katanya,amik wat beli kuih ke nasi lemak ker...Biar pun aku dah bergaji pertama.Dan yang paling syok, ayah aku ni kenal anak dia.hahaha mata je tak nampak tapi hati boleh merasa.Satu hari tu aku naik bas.Tiba dalam bas tuh aku tengok ayah dah ada dalam tuh.Rupanya dia naik dulu kat Ming Court.Sengaja aku langgar bahu ayah tapi aku tak bersuara.Aku langsung tak tegur ayah.Bukan sebab aku malu ok..tapi aku sengaja nak usik ayah.Bila tiba kat kawasan rumah,ayah tertidur rupanya mujur aku ada aku tarik tangan ayah suruh turun.Sampai kat bawah,tetiba ayah bersuara,asal ko tak tegur aku?"hahaha aku jawab.."orang saja nak usik ayah,tahu pulak ayah orang ada dalam bas tadi?''Tanya aku balik.Anak aku jer tinggi pinggang lebih dari bahu aku..."hehehe aku gelak sambil cakap..ye ar tuh...ayah!ayah...



Ayah ni peminat tegar kopi.Perkara wajib yang Ummi (mak Tiri ) aku kena pastikan ialah mesti ada kopi dalam mug di dalam peti ais.Setiap kali balik kerja perkara pertama yang ayah cari air kopi dia tu ler.Klu ummi aku terlupa siap ler..membebel ayah.Ye lah dia penat mencari rezeki panas2 balik2 tgk air kopi sejuk dia tak de sape tak panas kan?Bila pas solat maghrib gitu jugak.Tapi biasanya tu giliran aku.Kena buat siap2 kopi panas tutp dan letak atas meja.Kadang aku lupa bila kena marah,dengan selamba aku jawab,bini ayah ada suruh je la dia...kurang asam punya anak...hehehe



Satu lagi ayah aku paling suka kalau nasi yang dia nak makan dah di siapkan ikan di carik2 gaul2kan sekali dengan kuah atau sayur.Memang dia suka sangat,senang nak makan katanya.Tapi tu semua kenangan aku bersama ayah.Kalau di ikutkan banyak lagi kenangan aku dengan ayah tap saat aku menaip ni jari2 aku dah hampir beku sebab Air cond opis bawah ni sikit punya sejuk huhuhu


Ada idea lagi nanti aku ceritakan lagi.....

Dan..Makan Lagi..


3 Minggu lepas masa aku dan Botak ke pasar malam Taman Melur,aku terpandang menu dan harga chicken chop di tepi sudut sebuah gerai makan tepi jalan ke Taman Melur cuma RM6.50..Dalam hati biar betul..Tak pernah lagi jumpa semurah itu.So,malam td setelah memborong baju dan seluar panjang di pasar malam Taman Watan,Botak ajak pi sana untuk mencuba.Agak lama juga menunggu tapi tak la seteruk masa aku makan di D'Mawar.ku dan Botak order benda yang sama.Chicken Chop dan "coconut shake".Tengokla pic kat bawah tuh,sikit punya'bapok" gelasnya.Huh! tetiba teringat kat Restoran air buah "gelas bapok" kat Bukit Tok Beng yang berhampiran dengan kampung aku.


Setelah lebih 15 minit menanti,maka sampai lah makanan yang di pesan.Ok lah..dari 5 bintang aku boleh bagi 21/2 bintang...ye la kan,padan la dengan harganya..kalau perut tengah lapar tuh boleh la.tak la sehebat "Haz Raz" tapi kira ok la.Coconut shake nya pun boleh la tahan.Cuma kata Botak tak sama macam pernah dia minum masa kat rumah Pok Da aku di paka,Terengganu sebab katanya tak ada aiskrim...hahaha.Mengada betul tekak budak botak ni.


Selamat bercuti panjang buat semua warga Malaysia dan selamat Tahun Baru Cina buat semua bangsa cina di seluruh dunia.Terutamanya keluarga Yap(jiran depan rumah).Tahun ni lebih meriah agaknya keluarga Yap sebab si Mei chan dah dapat adik..hehehe sepasang dah anak Yap.Mulut amoy kecik ni sejak dapat beby dah kurang dah dok panggil2 aku..kalu tak tu pantang nampak aku keluar mulalah "kakak" di panggil nya aku.Pas tu lak sekarang ni dah kuat merengek.Jeles ar tuh mummy dia layan adik.





2nd day raya cina,Sepupu aku si Idah akan menamatkan zaman bujangnya dengan orang Merchang.Buat Pok da,maaf di pinta kami adik-beradik tak kesempatan untuk pulang ke Paka.Dan selamat bertunang buat anak sedara aku Marhana Sofea Binti Roslan pada 14 ari bulan ni..Semoga kalian semua berbahagia hendaknya...

yang sebelah tu la Idah(sepupu aku)pic ni tahun 2007 masa Ani bersanding...

Tuesday 9 February 2010

Usahawan Herba sekeluarga rentung

Copy Paste dari www.hmetro.com.my

Salam takziah dan Al-fatihah.......
Trajedi yang menyayat hati..



SEREMBAN: Dua daripada enam mangsa yang rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 252.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, awal pagi semalam ditemui berpelukan di tempat duduk penumpang depan.



Kedua-dua mayat dipercayai Nor Fadilah Isnin, 32, bersama bayi lelakinya, Adi Putra, dua tahun ditemui selepas operasi mengeluarkan mayat mereka dilakukan pasukan bomba dan penyelamat.



Turut rentung adalah suami Nor Fadilah yang juga pengasas Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41, dan tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, enam tahun.




Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kereta BMW yang dipandu Suhaimi dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah treler yang mengalami kerosakan di lorong kecemasan lebuh raya.



Berikutan perlanggaran itu, kereta mangsa terperosok ke bawah treler berkenaan sebelum terbakar dan semua mangsa terperangkap di dalamnya.



Enjin kereta mangsa turut tercabut dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan terdapat kesan brek dipercayai daripada kereta mangsa di tempat kejadian.Pemandu treler berkenaan pula tidak berada di situ kerana kenderaannya rosak sejak petang kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Jaafar Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.31 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.



“Ketika sampai api marak dan kami terus memadam kebakaran pada kedua-dua kenderaan berkenaan.
“Dua kren turut digunakan untuk mengangkat treler dan kereta mangsa yang terperosok di bawah kenderaan berat itu,” katanya.



Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat semua mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira jam 4 pagi selepas kedua-dua kenderaan itu dialihkan.
Menurutnya, dua mangsa ditemui di tempat duduk penumpang depan, seorang di tempat duduk pemandu manakala tiga lagi di belakang kereta.



Katanya, operasi mengeluarkan semua mayat mangsa yang rentung selesai kira-kira setengah jam kemudian.Sementara itu, suasana hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, apabila ibu mangsa yang rentung tiba-tiba pengsan sejurus tiba di depan rumah mayat.



Aminah Abdullah, 64, ibu Nor Fadilah yang diiringi suami dan ahli keluarga tiba kira-kira jam 2 petang di perkarangan bilik mayat berkenaan dipercayai untuk membuat pengecaman dan menuntut jenazah.



Bagaimanapun, sebaik melangkah ke depan bilik mayat, Aminah terus menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan selepas anak, cucu dan menantunya terbunuh.



Sanak-saudara dan wartawan termasuk jurugambar, bagaimanapun terkejut selepas Aminah tiba-tiba pengsan lalu dibantu mereka yang berada di situ.
Dia terus dimasukkan dalam kereta dan dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.



Beberapa kakitangan Fadhilat Herbs Sdn Bhd yang mengetahui kejadian itu turut bergegas ke HTJS sebaik mengetahui kejadian menimpa majikan mereka. Ada di kalangan mereka yang tidak dapat menahan sebak menangisi kematian mangsa sekeluarga.


Kakitangan syarikat mangsa, Mohd Noor Baki, 32, berkata Suhaimi seorang majikan yang amat mengambil berat terhadap kebajikan pekerja.



“Dia bos yang mudah didampingi dan selalu mengambil berat terhadap kebajikan kakitangan bawahannya.



“Kehilangannya amat dirasai dan kami semua reda serta menganggap kejadian yang menimpanya sebagai suratan takdir,” katanya ketika ditemui di HTJS di sini.

Monday 8 February 2010

Sambal Tahun @Ta'un

Sambal Tahun tetapi kekadang bila bercakap kedengaran macam sambal ta'un...
Apa tu sambal tahun?
Al-kisahnya,
Masa kenduri arwah Epul hari ke 4,
masa tu aku kat rumah mak nyah tolong2 ape yg patut,
dr pagi menepek kat sana.
Bila tiba waktu makan tengahari,
salah satu juadahnya ialah sambal tahun.
Pertama kali aku merasa dan mendengar jenis sambal ni.
Kalau di lihat pada rupanya,
memang orang tak kan megatakan itu adalah sejenis sambal.
Kerana ia kelihatan seperti masak lemak.
Tetapi kepedasannya memang "power".....
Pergh kalau sape2 yang tak tahan perut,
"Harus" berulang -alik ke bilik kecik...
Minggu lepas MakNyah buat lagi dan anatr sikit kat rumah.
Hu hai punya lah berebut dengan Along.
Ingat kan "minah" tu tak suka sebab ada ''petai"
tapi jangkaan aku meleset bila mana buat pertama kalinya
dia merasa sambal tahun hatinya terus terpaut...
hahahaha.....baru kau tahu penagannya.
Rasanya tak puas makan so kirim kat "Kak Nora" petai
yang kebetulan hari Jumaat lepas di ke pasar Chow Kit.
Maka,
bersilat la aku di dapur setelah mencedok resepinya dr MakNyah.
Sorry ler Pic lupa nak amik..
dan malam td lagi sekali aku masak sambal tahun ni
untuk di jadikan bekalan aku dan along ke tempat kerja..
Tak payah lauk lain dah...
nasi dan sambal tahun ni saje dah cukup menyelerakan...
nak cuba meh la aku kongsikan sedikit bahan2nya dan cara membuatnya..
Tapi bahan ni semua kata makNyah..
main agak2 jer...ikut sesedap rasa dan kata hati ok.....

SAMBAL TAHUN @ TA'UN

Kelapa 2 biji
Di ambil santan pekat @ kepala santan
ambil juga sedikit santan cair dalam secawan dah cukup

cili api 15biji
(seeloknya cili api kampung-kalau tak suka pedas kurangkanlah)

petai 6 -papan
(di racik halus)

tauchu hancur sepeket

2 biji bawang besar -di mayang jer

ikan bilis halus - segenggam

belacan-sebesar ibu jari

Cara memasaknya:-

Masukkan kesemua bahan2 tadi kedalam periuk bersama santan cair dan biarkan ia mendidih.Kemudian masukkan santan pekat dan biarkan sedikit kering baru di tutupkan api.Tak perlu tambah garam sebab tauchu dan ikan bilis serta belacan akan sudah memasinkan masakan ini.