Friday 22 January 2010

weng....

BUAT MASA NI AKU TAK BOLEH NAK KOMEN KAT BLOG2 TAPI AKU TETAP SINGGAH BACA SEBAB PC OPIS AKU NI DAH MAKIN KRITIKAL..SLOW GILER...KDG2 TU BILA BUKA BLOG SETENGAH TU LANGSUNG TAK BOLEH PASTU HANG.BILA NAK MULA KOMEN SILAP2 DIA HANG LAGI.SO MAAF LA YER...SINGGAH TETAP SINGGAH TAPI SUSAH NAK KOMEN DAN AKU PUN MALAS NAK UP DATE BLOG SEBAB MASALAH YANG SAMA DAN TAK DE BENDA AKU NAK CITERKAN......BROADBAND APA YG OK?

Thursday 14 January 2010

COKLAT...COKLAT...

Salam semua,
lama tak up date blog..Minggu ni aku mmg tak berapa sihat.Demam menyerang kembali.Apa benda pun tak boleh nak buat.Pergi kerja pun aku banyak bawak rehat..Tak boleh nak duduk lama sakit kepala bukan main lagi.Hari ni baru ada sikit mood nak mengadap blog aku ni.Makan pun dah lalu sikit..Kalau tak lidah aku ni masuk ape pun rasa payau.

so,ni saja-saja nak try market.Pic kat bawah ni aku copy /paste dgn izin dr pemiliknya.Orang Ampang gak.Baru pagi ni dia antar sampke kat aku dan aku boleh puji lah rasanya mmg ok sgt...aku mmg penggemar coklat satu tika dulu sekarang pun gemar juga tapi kurangkan sebab masalah kesihatan.Dan aku boleh bagi A bila merasa coklat buatan sendiri ni.Isi di dalamnya ada yang rasa oren,kekacang dan bertih...i like...so sesape rasa2 nak order tu boleh ar kolling2 aku eik...aku jamin memang sedap.Dan menurut pembuat ini sendiri pasarannya dah merata tempat termasuk di Nilai.Satu bekas mengandungi 50biji di jual pada harga RM28.Boleh campur...










PENGHANTARAN PERCUMA BAGI SEKITAR LEMBAH KLANG TERUS KE PINTU RUMAH/PEJABAT ANDA...
Berminat sila hubungi ila di talian : 012 - 3119685
dan pembayaran di buat melalui akaun Maybank.
No akaun akan di berikan setelah mendapat pengesahan dari anda.
Terima Kasih










Monday 4 January 2010

KEJAM

Jumaat
1 Januari 2010

Lokasi :Sebelah Madras Tekstile Dan berhadapan Semua House,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur.

Pic trak DBKL ni aku saje snap sebagai bukti yg aku rasa amat kesal dan dukacita apabila 2 org penguatkuasa WANITA berbangsa MELAYU dan seorang lelaki berbangsa India merampas kesemua belon2 tersebut dari seorang pemuda MELAYU yg dalam lingkungan 25tahun.Aku rasa sakit hati sesangat kerana apa?kerana mereka ni terlalu angkuh dan tidak berperikemanusiaan.Takkan lah hanya kerana menjaja belon di sekitar jalan tersebut menjadi satu KESALAHAN?????takkan itu perlu memohon LESEN????

Kesian la aku tgk budak lelaki tu,merayu2 sampaikan suara dia aku dengar dah macam menggeletar dan menggigil menahan marah mahupun geram...



"Kak,Tolonglah saya kak..saya merayu kat akak,adik2 saya kak..adik2 nak sekolah..." begitu sayunya perasaan aku taktala mendengar rayuannya merintih di kasihan.Tapi apa daya dia.permintaan dan rayuan dia langsung tak di endahnya.Wah! bongkaknya 2 orang WANITA itu.Sempat juga aku dengar suara2 sumbang belakang aku yang turut tak setuju akan tindakan yang di kenakan pada anak muda itu.


Ada juga yang datang"back up" termasuklah aku dan Botak.Memang kitaorg kutuk abis2san.Kesian, bukan ape.dah la anak melayu dah tentu warganegara..Yang nampak tak adil sangat2 ramai lagi yang berniaga belon di sana..Tapi kenapa mereka ni tidak di ambil tindakan yang sama?Kenapa lori cendol yang masa aku on the way pergi ke Campbell aku nampak mereka juga di halau tapi tak lama kemudian datang balik tapi 2 org termasuk lelaki tu buat BUTA?????Tak faham la aku baik DBKL ke MPAJ ke sama jer...BERLAGAK
aku menci ar!!!!!





ABC dan Mee ayam...best bangat
aku dah jumpa port ABC dan masakan panas yg best..RESTORAN TAR (SIDO MAMPIR)
Ampang Waterfront...Walaupun harganya sikit mahal tp ABC nya puas hati.Specialnya dia ada isi kelapa dan nangka serta susu coklat...