Thursday 29 October 2009

PEACE NO WAR

WAR CRIMINAL CONFERENCE AND EXHIBITION
from October 28th To October 31st 2009
Dewan Merdeka PWTC,Kuala Lumpur....
untuklebih detail,




Sempena persidangan ini,terdapat juga pameran mengenai jenayah peperangan yang menonjolkan beberapa replika kesan2 nuklear dan di pertontonkan semula melalui patung akan kejadian sebenar penderaan terhadap mangsa tahanan di penjara Teluk Guatanamo,penjara Abu Ghaib dsbnya.Memang teruja aku melihat lintas langsung dr PWTC pagi tadi oleh Ally Iskandar.Satu persatu di terangkan suasana sebenar yang di pertonjolkan di pameran tersebut yang di bahagikan kepada beberapa zon.Menurut Ally,sejak dara tahun 1993 seramai 94200 mangsa yg terbabit dalam peperangan di Iraq sehinggalah ke hari ini.Yang betul buat aku tersentuh dan hampir menitiskan air mata ialah patung2(bayi) yang di ukir seperti asal yang menunjukkan sama seperti kejadian asal yang menjadi mangsa senjata nuklear..woiiiii kejam giler wey...ada yg buta(berdarah mata)ada yang kakinya dah tak berbentuk jari2nya dan bnyk lagi lah...Sedih aku tgk...Terdapat di satu sudut lain,di sediakan audio visual yang bisa membuatkan kita terkesima..(silap2 boleh beremang bulu roma) yang di perdengarkan seolah-olah mereka di dera dan menjerit kesakitan....Ya Allah...Hai...aduh...

Yang dewasa pulak di penjarakan dalam sebuah bilik yang sempit.Dah la sempit,di paksa pula berdiri selama 15 jam sambil kaki tangan di ikat..mata di tutup..Di dera mental dan fizikal...Nauzubillah...memang keje gila..Kat pameran tersebut jugak kita boleh tgk di setiap sudut2 dinding ada saje di conteng seolah-olah menggambarkan penderitaan mereka2 yang di seksa dan di penjarakan tanpa belas kasihan.Memang rasa nak menangis la tgk penderitaan dia orang..Walaupun sekadar replika,tapi berjaya menyentuh hati dan perasaan.Peperangan mengajar manusia menjadi KEJAM.Syukur lah..kita menjadi rakyat Malaysia..sebuah negara yang kecil tetapi aman dan makmur.tapi kita tak boleh terus berbangga dengan keamanan yang sedang kita kecapi sebaliknya sentiasalah memeliharanya supaya tak di ganggu gugat oleh anasir2 luar yang cemburu dengan Malaysia...
HENTIKAN PEPERANGAN SEGERA..
PEPERANGAN HANYA MERUGIKAN BANGSA DAN NEGARA....
PEACE NO WAR.....

Tuesday 27 October 2009

ZAMAN ITU

Zaman kanak-kanak merupakan satu zaman yang indah.
Sesekali bila teringat satu waktu di zaman itu,
terasa bagai hendak kembali ke era itu.
Masa tu tak payah nak fikir apa jua masalah..
yang aku tahu main,main dan main.
sampaikan kekadang tu bila dah main sampai tak ingat nak balik.
Sampai makan pun kat rumah orang.
huhuhuhuhu
Pastu bila balik rumah emak suruh makan mula la kata dah kenyang.
Apa lagi radio mak mulalah menyanyikan lagu asli
hehehehe
"Macam tak de rumah"
(ayat popular bila aku dileteri)
Masih aku ingat zaman aku membesar mana ada lagi playstation, internet dsb.
Cuma yang popular masa tu dan selalu aku dan kawan2 sebaya buat
ialah,
seperti bermain congkak, main dam ular, roundes(betul ke spelling ni) bola chop,
bola lubang,guli,tenteng dan daun tepuk(aku ada dulu sampai sekotak).
Satu lagi,
kalau makan aiskrim batang masa tu selalu kumpul buat main tepuk
atau pun tiup...Kalau pergi kedai selalu kutip tutup botol..Tang ni aku tak berape terror.
Yang selau menang kalau main dan banyak mata si Kikip.Dia ni kalau main ape pun suka mengelat.Mentang ar dia lelaki dan tua sikit dari aku
bab buli-membuli bagi ar kat dia.Sampai satu hari tu aku pernah menangis sebabkan dia.
(konon2 marah sgt ler tuh)
Mana tak nye,
kalau main bola Chop tu,
tak ingat dunia.Bukan main kuat lagi chop kat badan orang.Dah la mengelat
(rampas bola dari orang)
dah tentu la nak lari pun tak sempat.Apa lagi suka la dia ,yang sakit nya kita
huhuhuhu....
Seingat aku masa generasi aku,
cuma aku dan Ela je perempuan.
Selebihnya lelaki.Memang masa ni mana nak tahu rasa malu,
bertepuk tampar,gaduh tu dah macam adik-beradik.
kejap je pastu baik balik..adat la tu kan.
Tapi sekarang kalau jumpa selisih bahu pun,
usahkan nak bertegur,
bertentang mata pun rasa segan sangat.
Dan
yang terkini,kawan2 masa kecik yang lelaki semua dah berumahtangga
dan dah jadi bapa orang.
Cuma
aku dan Ela je lagi masih belum bertangga.....
Aku rindu semua itu...
aku rindu pada aiskrim putar roda,
aku rindu pada aiskrim pulut susu cair
aku rindu pada muruku sambal
aku rindu rojak mamak dan cendol mamak belakang Chow Kit
aku rindu roti canai restoran kat flat lama aku
(sebelah Klinik Harun).
Restoran ni dulu pelakon Ibrahim Din selalu tumpang jual nasi lemak yang di bungkus siap.
dan aku rindu pada roti canai(di AIA dulu)
Masa tu arwah mak menjalani rawatan kencing manis dia kat Klinik Ready.
Lokasinya dulu tapak di bangunan AIA sekarang.
Aku memang suka teman kan emak pergi Klinik.Selalunya ayah dan adik angkat dia yang akan hantar kami dan bila balik kami naik bas ataupun teksi.
Dan perkara wajib sebelum balik
mesti singgah makan kat gerai mamak sebelah klinik
(lorong kecik)
dan pekena roti canai tempek telur kat luar dan milo ais...
perghhhh....
Semua ni aku dah tak jumpa lagi bila dah tua ni.
Cuma aiskrim pulut jer hari tu masa aku teman moksu pergi Chow Kit aku ternampak
seorang pakcik menjual.dan aku tak lepaskan peluang untuk mencuba.
Not bad! still tak jauh beza.Cuma harganya tak lah dapat semurah 23 tahun dulu.
Kenangan terindah
akan
sentiasa tersimpan jauh di sudut memori kita....

Thursday 22 October 2009

TERUJA TUH.........

Dua hari lepas,
aku terjumpa blog bekas Jurulatih ku semasa di IKB.
Belek punya belek rupanya cikgu ku ini ,
selain pakar dalam bidang jahitan,
beliau juga merupakan seorang isteri dan seorang ibu yang hebat di dapur..
Cayalah cikgu..
Walaupun masih baru dalam dunia blog,
tapi aku amat teruja dengan
masakan/resepi yang dia sediakan untuk anak2 dan suaminya.
Cikgu,
saya betul2 teruja dengan "dumpling" dan "tokayaki"
style cikgu.Siap salin resepi hehehe..
Dan tonton video proses buat dumpling kat "youtube".
(tengok cara lipatan "lisu" dia jer)
Ada masa nanti dan cukup bahan blh la nak cuba...
Malam tadi pergi Pandan Jaya
ambil tart nenas yang Along aku order dari seorang sahabat Klfm
KakAA @ KakZ..
Serius aku cakap,aku memang bukan pengemar tegar tart nenas.
memang aku tak kisah kalau tak de pun bila hari raya.Dan tak akan aku cari pun kalau beraya
kat rumah2 orang,sebab aku memang tak minat sgt.Tapi jgn biskut chocholate chips aku memang pantang,pantang ada...
Berbeza dengan tart nenas ni,
tak dan pun sampai rumah mlm td dah habis dekat sebaris aku dan Along pulun dalam kereta.
Wow wiiiiii,
memang sedap dan boleh terima tekak ku ini.Tepung dan inti jem dia sama naik.Tak muak.
Biasanya tart lain muak sebab tepung dia lebih bnyak dr inti dan muak kalau banyak di makan.
KakZ kata tart ni memang ada sepanjang tahun.Ada orang siap buat hantaran kahwin lagi.
Mari..mari...hehehehe

Tuesday 20 October 2009

kisah aku dan dodol

Nape eik!
tetiba je aku dok posting
pasal "Dodol Mutiara" ni.
Jumaat lepas,
Macam biasa Botak jemput aku kat Kilang.
Balik tu,singgah jap kat Petronas Tasik Permai.
Singgah nak beli waffles.
Masa tunggu waffles masak
ternampak dodol ni kat kaunter.So,sambil tunggu sambil makan sikit2.
Tetiba aku teringat kisah 5 tahun lepas.
Masa tu aku bekerja di Pandan Indah.
Dan mungkin masa tu juga pasaran "dodol mutiara"ni
masih baru.
Pulang dari kerja masa tu
aku singgah kat kedai untuk beli barang yang di pesan ayah
masa dia phone aku tengahari tu.
Masa tu la aku ternampak dodol Mutiara ni.
Aku amik 2 bungkus jer sbb nak rasa dulu.
Masa tu ada satu perasa je iaitu dodol asli.
dan harganya baru RM1.
Tapi la ni dah ada 3 rasa..
Durian,Pandan dan asli..
Aku bagi bapak sebungkus dan mmg sedap bapak cakap.
Lemak dan manis dia sama rata.
Lepas 3 hari tu bapak kol aku kat tempat kerja
suruh aku belikan lagi dalam beberapa bungkus bila balik kerja nanti.
Tapi malangnya,
kat kedai tempat aku beli tuh dah habis.
Aku pi cari kat tempat lain pun tak de juga..memang payah.
Mungkin benda baru lagi di pasaran.
Aku bersungut la kat tempat kerja esoknya..
aku bersungut depan KakIzan.Kawan yang paling aku hormat.
"Akak,kat manalah nak dapatkan dodol eik..bapak Yoot teringin nak makan dodol yang kita beli ari tuh..Tapi dah habis la kak"...
"Yoot"
ada lah panggilan budak2 kerja lama aku..
Tetiba kak Izan teringat,
"Ko kol Zali atau Lan..dia orang ada kat Kelantan seminggu,
suruhla diaorang beli kan.
Aku pun segera kol abg Lan
(rakan sekerja Tapi lain department)
mintak tolong belikan.Biarlah tak sama pun janji dodol..
Tapi tak sempat pun abg Lan bawak balik dodol yang aku pesan,
Bapak dah pulang ke rahmatullah...
Rasa sedih pun ada..Tapi dah suratan...
Bapak tak de tunjuk tanda2 dia nak pergi
sebab bapak meninggal mengejut malam Jumaat tu.
Kalau aku,
Kisah aku,dodl dan bapak
arwah akak adik aku pula
kisah dia, pecal dan Emak...
Emak teringin nak makan pecal Makcik Laili
Taman Keramat
(kat rumah flat arwah Makcik)
Al-Fatihah
buat ke dua org tua ku....



Selamat berangkat buat En.Karim
(Boss aku)
ke Tanah Suci pagi tadi...
dan
yang akan berangkat pada 25 Oktober ni
PokTeh Leman...
(adik bongsu ayah)
Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat pulang serta mendapat Haji yang mabrur...
Insyaallah...

sana sini..layan je lah

anak pokok bendi(tanam tepi longkang jer)
Dah mula berbuah...bendi

pokok terung bulat(jiran aku bagi anak pokok dulu)

Kentang putar..3 perisa..
BBQ..Black Paper dan chesse
lokasi:pasar Malam Jalan TAR..
jalan2 dgn Botak sabtu lepas
Penutup majlis Rumah Terbuka
yang aku hadiri bersama Botak dan anak2 Mak Nyah.
Rumah Terbuka PR.
Lokasi Dewan Dato Ahmad Razalli,Ampang.
kemeriahan rumah terbuka berbagai bangsa turut meraikannya

Along dok pilih sayur...
Lokasi Pasar Chow Kit
Malam Deepavali...
jam 12 lebih.
sebelum balik singgah kat Bandar Baru Ampang beli burger..
Jam hampir 2 pagi..tp pelanggan mereka tak putus2
ada sorang tu order sampai 50bij..
Masyuk....
Pemandangan hadapan KLCC..
sekitar jam hampir pukul satu
sepupu.....
family Abg Zaidi dan Amin dtg beraya..
masa kat rumah Mimie kol kata nak dtg
sempat hidangkan Mee tioau goreng jer...
Kat Rumah DJ Mimie..
Afiq dah besar dah pandai suap sendiri..
dan dah pandai main dgn aku...hehehe
Yang ni siaran tertunda
pose mak dara n kakak dara kat kebun buah naga,Sepang
Pulang beraya dari rumah MJ

Wednesday 14 October 2009

SALAD VERSI AKU

Nak try tak?
Kalau rasa nak try,
try la ...
(merosakkan bahasa tul aku ni)
Tiada hak Cipta yang terpelihara..
Al-Kisahnya,
Hari tu si Naimah hantar balik periuk dan bekas nasi.
Boleh la pulak dia balas bagai.
Katanya kat rumah dia tak de siapa nak makan.
So,
Dia bagi la kat aku salad, timun
bla..bla...
Sebenarnya, kat rumah aku ni pun tak makan sayur gak.
So,
Pada terbuang gitu jer,
aku pun pi dapur cicang halus-halus salad tu
then
aku campurkan dengan sedikit sos tomato,sos cili dan sos plum serta
sedikit mayonis,secubit garam dan perahan limau nipis.
Gaul rata-rata
Pergh!!! leh tahan..
sampaikan si Botak yang memang tak berapa gemar sayur pun leh tolong habiskan hehehe
(sape lagi nak puji kalau sendiri tak puji kan)
hahahaha

AKU KE TUH...?

Ape aku nak merepek kali ni eik..
Boring la sgtnya rasa."Puasang" kata org kampung aku.
Rasanya dah dekat 6 bulan aku berseorangan kat opis @ kilang ni.
Kadang aku pun pelik dengan diri aku.
Bila ada kawan aku rasa kdg2 tu bosan jugak.
Bukan bosan ape,bosan nak melayan cakap.
Aku ni sewel gak.Kalau ada kawan ajak berborak
mula-mula tu aku layan gak
tapi bila dah lama2 tu aku jadi bosan.
Tah pasal ape tah.
Hormon dalaman tak sihat agaknya..
Ngeh..ngeh..ngeh..
Aku pun bukan jenis suka nak berchating.
Kalau masuk kat "Chat Room"
pun aku cepat bosan.
Nak-nak bila dah ramai yang berpusu masuk mula ar aku tension..
Apa ar aku ni teruk tul...
Thats y la
kalau ada yg baru nak berkenalan dengan aku,
aku siap bgtahu sikap dan perangai aku..
hahahaha....
rasa-rasa boleh terima sikap aku
ok
teruskan jer..
if rasa tak sanggup dgn aku
bye jer..
cz
AKU ADALAH AKU...
UNTUK PENGETAHUAN
sesape yg kenal aku
akan tahu sape aku
aku bukan jenis suka nak kol2 org bertanya khabar
dan bukan jenis suka nak borak lama2 kat phone(penat la)
Bahkan kalau org yg paling aku rapat pun
paling lama aku borak pun dalam 5 ke 10 minit.
Tapi aku lebih suka ber"sms"
itu pun kalau line yang sama la(Maxis)
selain itu..
sorry yer.aku balas tetap balas tp x serancak mana..
Uik!Anak sape la ni..kedekut betul...
Kedekut tak kedekut..
itulah aku...
Tapi,
kekadang bila duduk berseorangan ni,
aku terasa nak sgt berkumpul dalam erti kata lain
nak sgt buat ghatering kumpul semua geng2 masa sekolah
masa kat IKB
dan sahabat2 KLFM yang aku kenal.
Sambil berangan nak jemput buat BBQ PARTY kat rumah usang aku.
Angan2 je la baru..
Tapi kalau buat pun tak salah..
Memang aku suka menjamu orang datang ke rumah.
DAN
rasanya,dah lama benar aku tak buat BBQ kat rumah.
Kalau dulu,
arwah bapak aku cukup suka kalau anak-anak dia ni cakap nak buat BBQ.
Pernah sebelum arwah meninggal,
kami cadang nak buat BBQ sebab kebetulan
sepupu-sepupu dari Terengganu cadang nak dtg rumah.
Along siap beli tempat bakar satay...
arang bagai..dan arwah bapak nak tambah beli satay
kat Nenek belakang rumah aku(satey dia memang sedap)
dan rancangnya hari Ahad kami nak buat,
TAPI
Takdir Tuhan menentukan arwah bapak aku pergi pada malam Jumaat sebelumnya.
Sedihnya..tapi dah suratan takdir
(Ter Emosi sekejap)
Kalau nak buat Ghatering,
depa semua ni boleh ke dtg?
maklumlah semuanya dah berkeluarga..dah ade komitmen sendiri...
best eik
kalau dapat kumpul kawan2 lama..
dok borak2 sambil bakar2 ayam
hu hai...bila la agaknya..?

Thursday 8 October 2009

Raya Lagi..UC,UK Perdana dan Tasik Permai

Ahad,
4 Oktober 09.....
Seawal jam 9 pagi,Kak Ix dah menelefon aku memberitahu untuk berkumpul di tol Sg.Besi sekitar jam 11 pagi untuk sama2 berkonvoi ke rumah Mak Jam (MJ) di Ulu Chuchoh,Sg Pelek,Sepang bersama bro Black Canary.Sebelum tu,kami singgah di Shell Pandan mewah untuk mengisi minyak dan mengisi angin tayar kereta.Along saje ar tu nak buli aku,bukan tak de angin pun tayar kereta dia tp saje jeles aku dah lawa kan (hahaha Ayat tak leh blah) so saje nak suruh aku berpeluh balik..huhuhu .Ampun long jgn marah ha...mesti ko tersengeh bila ko baca ni depan pc ko..maka terserlah kau punya tut.......hehehe.

Kereta kami tiba awal.Di ikuti Kak Ix dan AbgBC.Maka Bergeraklah kami menuju ke UC lebih kurang jam 11.15 pagi dari Tol Sg Besi.Pada mulanya KakIx suruh Along jadi kepala konvoi tapi leh lak dia jawab yg dia tak reti kalau dari situ bila dah sampai Sepang nanti dia tahu la..Pe daaa...ni mesti kes masa gi rumah MJ dulu duk belakang tidur(kata KakIX masa dah sampai di rumah MJ).So dengan keyakinan kakIX pun mengetuai konvoi dan berpandukan dari arahan bersambung dari MJ.Tah macam mane tersilap masuk jalan,rupanya kakIx dah tersilap.Masa tu aku dah rasa macam salah sebab aku perasan masa baca sms tu lepas 2nd bulatan kena himpit lorong kiri tapi kakIX ke kanan.Pusing balik ke belakang dan kali ini Along aku pulak buat hal.Sepatutnya dia pi kedepan sikit baru pusing kanan,Ni tak dia leh lak wat pusingan "U"..ceh dah la tu leh lak wat confuse...Kelakar betul la...Akhirnya,abgBc ke depan dan kami follow dari belakang.Tiba satu tempat barulah Along cam jalan dan akhirnya tiba juga di rumah MJ...Kalau gi PD pun dah sampai..hahaha.

Kebetulan Bhai Fdm pun sama tiba dgn kami(mungkin dia memang dah janji kut ataupun kebetulan).Pertama kali jumpa bhai dan famili dia.tapi aku macam biasa lah memang tak reti nak berborak just dengar dan tengok jer semua yang berborak masa kat rumah MJ.Riuh bercerita akan kesesatan yang kita org alami...gelak tawa dah tak hingat...riuh rendah rumah MJ yang tersergam indah..Fuh!!!! mati hidup balik pun,aku tak dapat miliki rumah sebesar itu.Memang lawa giler.rasa tak nak balik pun ade.Ingat kan MJ ramai anak.Bila aku tanya Along,rupanya sorang tu je la anak MJ(kebetulan balik UC pagi tu)..Kami di hidangkan dengan laksa dan ketupat palas serta rendang daging(lembu sendiri kata MJ).

Seronok tgk sorg tu dok makan KUTU PAT palas.Mungkin tak pernah rasa kut.Maklumlah orang bandar.hehehe..Kalau aku,memang dah biasa.Sebab kalau kat Kg itu lah hidangan wajib setiap rumah.Bahkan kalau bukan hari raya pun,ketupat palas mudah di dapati di pasar2 sekitar Terengganu.Berbeza sikit cara menghidangkannya.Kalau di kg,kebiasaannya kami akan menggorengkan dahulu ketupat tersebut dengan sedikit minyak bersama-sama daunnya sekali baru lah di makan.

Hala balik singgah rumah kejap untuk ambil Botak dan menuju ke UK Perdana.Kali ini giliran rumah abg sepupu aku pula..Tingkat 4 kami didaki.Setiba di tangga terakhir,terbau aku semerbak haruman ros.Rupanya datangnya dari rumah abgAdi..Melangkah masuk ke rumahnya...Waw!..cantiknya dekorasi rumahnya...Ala-ala Inggeris gitu.Memang cantik sampai aku terlupa nak tangkap gambar.Sebenarnya aku malu..hehehe rumah orang..Masing-masing makan tak hingat..(lapo balik lepas makan kat rumah MJ tadi).Al-maklumlah perjalanan agak jauh juga..hehehehe.Terima kasih la buat kalian semua kerana sudi melayan tetamu..Setahun sekali baru lah dapat merasai kemesraan begini.




Isnin,
5 Oktober..
beraya di rumah KakIx..Kami 3 beradik di jamu Nasi beriani..Aku suka rendang daging tuh..dan jangan tak percaya..susun atur pinggan cawan tu semua hasil tangan Lokman anak bujang KakIX yang berusia 15 tahun.Kata kakIX dia rajin ikut ayah dia buat Caterer..Terima kasih kak kerana mengundang kami ke rumah.Seronok layan keletah Imran jugak..N thanks for the sampul raya..malu je dah besar pun dpt lg hehehe...semoga di murahkan rezeki dalam bisnez n next year boleh bagi lagi kekekeke....
so sorry,banyak pic tak leh nak letak sbb tak leh nak send kat email..line problem sokmo mambang merah ni..dulu ok je pas raya ni asik wat hal jer...tak leh la nak tgk pose mak dara n anak dara dekat kebun buah naga..hehehe