Wednesday 30 September 2009

SIKAP

SIKAP?
Sebagai seorang insan di muka bumi ini
bermacam ragam dan kerenah serta sikap manusia yang akan dapat kita lihat
dan perhatikan.
Satu sikap yang paling aku tak gemar ialah sikap suka "menjatuhkan air muka/maruah" seseorang di hadapan orang.Memang aku benci orang yang bersikap begini.
Aku kadang tak faham,kenapa mesti perlu menjatuhkan air muka orang sedangkan kita tahu sikap begitu boleh membuatkan seseorang itu berasa malu.Apa salahnya kalau kita sebagai seorang rakan mahu pun saudara mengambil sikap membela dari menjatuhkan air muka.
Bagi aku,aku lebih suka mengambil langkah berdiam sekiranya aku tahu jika seseorang itu telah tersilap melakukan sesuatu sekiranya aku tak nak membela dia.Ini tidak, dari pengalaman hidup aku sendiri,aku selalu perhatikan diri aku selalu di perlakukan begini.Walaupun dah berkali aku cuba menasihati tapi masih lagi bersikap begini.Cuba bayangkan sekiranya terjadi perkara begini pada diri kita..
Bagaimana perasaan kita waktu itu?...
Tak perlu kita nak memperlekehkan saudara mahupun kawan kita sekiranya dia tersilap dalam sesuatu yang sedang dia perkatakan mahupun sedang melakukan sesuatu perkara.Jika kita ternampak akan kesilapan dia sekadar tegur berdua tak perlu lah nak tegur kuat2 seolah2 nak bgtau satu dunia yang dia sedang tersilap.
No body is perfect k....
Aku akui,aku memang tak punya ramai kenalan mahupun kawan untuk aku merapatkan diri mahupun mengembirakan diri.Aku lebih suka menyendiri.Sebab apa?sebab aku ni jenis yang mudah tersinggung.Aku ni jenis tak suka nak berborak2 or berkumpul2 dengan kawan2. Dan aku ni jenis yang tak pandai nak mengambil hati sesape pun.Bagi aku,aku adalah aku.
Aku lebih senang berseorangan.
Ke mana saje berseorangan paling tidak berdua dengan adik aku.
Itu lebih baik dari berkawan tapi akan mendatangkan rasa sakit hati.Cukuplah sebelum ini aku dah mengalaminya.Dan aku rasa tak kesal pun tak bersama.Ia cukup memberi makna yang mendalam.
Kadang kala kita berubah di sebabkan ada orang yang
iri hati dengan kelebihan yang kita miliki
So, dari terus di sakiti aku lebih suka begini...
''AKU ADALAH AKU''
Biarlah kalau itu bisa
membuatkan dia bahagia...
Aku tak mengerti
apa yang terjadi pada diri ku...
yang penting
jangan kita HIPOKRIT
semata-mata kita nak di pandang
nak di puji
nak megah dengan apa yang ada
pada diri kita...............
Benci.............benci..........
manusia begini memang aku tak hargai langsung...........
Persimpangan Di Lema...
Tempat kerja lama aku panggil balik kerja..Up RM20 dari gaji sekarang..
memang dah ok cz tak perlu tambang jalan kaki 15minit dah sampai
Tp kat sana ada seorang tu memang tak nak aku(kata kawan-kawan lama) dia takut reputasi dia terjejas kalau aku masuk sebab aku tahu komputer...
Tp kat tempat sekarang
aku memang dah terasa hati semenjak pembahagian duit raya...
Walaupun dah di bela oleh 2 orang staff..
Tapi terasa sgt di anak tiri kan..
Cz ape sbbnya...dah nak masuk 3 tahun aku kerja..
NO BENEFIT...
Kalau ikutkan duit raya aku terima sama nilai dengan budak Engineer yang baru masuk tak sampai sebulan.Tp belas ehsan dari 2 Orang staff..
maka aku di lebihkan sikit.
Bukan tak bersyukur,tapi terasa di anak tirikan...
Banyak perkara aku terasa dari dulu,tapi aku malas nak pertikaikan
sebab aku sedar diri aku hanya setakat operator..
so duduk diam
Zipppp mulut..........

Tuesday 29 September 2009

.....GAMBAR LAGI

Anak sepupu aku yang Sulong ngan yang Tengah
No 3..Hani Hanissa
No 4..beby Boy...baru 15 hari
Tak de nama lagi
Di rumah Naimah...
Kg Mak Sara,Jertih
Pokok Salak tepi rumah Naimah..
Beraya kat rumah Pokcik sebelah airport KT...
Adik mak yg ke 4
Mokteh dan pokteh dok siang bawang di petang raya...
Pokteh adik mak ke 5
gotong royong tolong pokteh..
baju purple Moksu
adik bongsu mak (6)
dan sebelah tu sepupu To'ki
aku panggil Mok Long
bandar Marang..OTW dari KL
sebelum masuk lorong ke dalam kg aku,akan tempuh UMT

Pose istemewa Along aku depan umah Moksu
Nak dekat senja balik dari rumah sepupu2 di sebelah ayah
tgk jap org nak sembelih lembu..hehehe
Anak-anak sepupu datang rumah..
gini lah kalau mai umah aku yer..tak dak sofa
duk lah kat bawah hehehe














Monday 28 September 2009

5H4M RAYA DI TERENGGANU-KG KUBANG BADAK

Tahun ni aku 3 beradik balik beraya di rumah Moksu.
Petang Jumaat kami dah bertolak ke kampung.
Bermakna sempatlah sehari berpuasa di sana.
Hujan lebat mengiringi perjalanan kami.
Agak sesak juga untuk melepasi Ampang Point tapi selepas itu jalan ok dan
kenderaan tak begitu banyak.Kalau dulu pernah kami balik malam raya,
dekat Karak tu tak usah cakap la memang sesak sgt.Tapi tahun ni berbeza, jalan tak berapa sesak cuma di persimpangan ke arah Kuala Lipis selepas Bentong kenderaan mmg padat.Tapi bagi perjalan ke Terengganu mmg ok jer.Mungkin ada yang dah bercuti awal atau pun nak tunggu jam 12 malam untuk "tol free".Untung org pantai Timur..
Kami sampai di kampung lebih kurang pukul 4.30pagi..lewat giler tu.Ni di sebabkan driver dah keletihan dan mengantuk.So, banyak kali lah berhenti untuk merehatkan badan dan melelapkan mata seketika.
Hujan yang agak lebat
Bandar Dungun sekitar jam 2 pagi


petang raya..
sepupu2 lelaki aku(anak Pokteh) mencabut bulu puyuh telur.Dagingnya liat ler tak macam beli kat pasar malam.Kata Pokteh yang jual kat pasar malam tu puyuh daging.patut ler dah rupa isi ayam pencen liatnya.
Petang raya pertama....
balik dari Jerteh(rumah Naimah) saje2 lalu depan sekolah tempat Along aku mengajar dulu tahun 1990. SMK(A) TOK JIRING

Tahun lepas ramai2 cucuk satey kat rumah Moksu.tahun ni kesian kat Mokteh tak de orang nak cucuk satey sebab mekna anak dia tak sampai lagi.Nak tercabut pinggang rasanya aku sorang2 menyucuk dekat 12 kg isi ayam. Bila mokteh dah siap buat kerja dia baru lega buat berdua.Along aku tolong sikit2 sebab tak berapa pandai.

Petang Raya ke 2....
ada orang kampung nak Akikah.So,Pokteh aku yang uruskan masak memasak n sembelihan lembu.Tu semua sepupu2 lelaki aku.adalah 2 org tu org luar

Raya ke 3...
Bab menyucuk satay aku terror dah..
bab membakar kantoi lagi tak pandai nak bakar dua2 belah takut hangit...
Raya ke-3...
Aku dan moksu mengerjakan kateh lembu untuk di buat rojak.Setengah hari baru selesai..sambil2 tu aku buat serunding santan ikan jugak..Along aku beli ikan sardin 2 kilo suruh aku buat serunding...first time buat tak berapa sedap tapi boleh la kalau nak makan sendirir.
sorry pic tak masuk2 email lagi..pasal ape tah telco line ada problem kut.
Raya ke-4....
Sarapan serta makan tengahari raya ke-4,moksu buat nasi Dagang..makan dengan gulai ikan aye(ikan tongkol)..
Tak puas makan pun hari tu sbb ptg dah nak balik kelam kabut.
Semalam try buat tak menjadi..lembik giler..Pasai ape tah..
Masa arwah bapak aku ada dulu jadi gak aku try buat..semalam langsung tak sedap.
Sebelum balik pi beli keropok lekor kat Seberang Takir.tak sedap sgt ler keropok dia.Yang sedap tu kat tempat kakak sepupu aku kat Bukit Tok Beng tapi kedai dia beraya lagi.
P/S:
Sorry lah banyak lagi Pic2 yang tak aku masukkan lagi..later2 eik..aku dah send sebahagiannya kat email pagi td tapi tak masuk2.Pasal ape tah mambang merah hari ni...












Thursday 17 September 2009

EID MUBARAK


Salam kepada semua
yg sudi menjengah ke laman Blog aku yang tak seberapa ni.
Bulan Ramadhan dah hampir ke penghujung.
Bermakna kita semua akan meraikan hari raya aidilfitri
yang jatuh pada hari Ahad ini 20 September 2009.
Bersamaan 1 Syawal 1430H
Kesempatan ini,
aku memohon seribu kemaafan
buat semua yang mengenali diri ini.
Jari di susun,
kemaafan ku pohon...
Pada yang akan pulang ke kampung,
pastikan kenderaan anda berkeadaan baik
dan pada yang menggunakan pengangkutan awam,
jangan lupa mengamalkan amalan kebersihan diri
dan langkah-langkah
bagi mengelakkan jangkitan virus maut H1N1..
"Semoga kita selamat sampai ke destinasi yang di tuju"
Selamat berangkat ke Jertih buat Naimah awal pagi esok

Friday 4 September 2009

KLIH

Hari rabu hari tu aku berkesempatan berbuka puasa dengan DJ2 KLfm.Sebenarnya bukan aku yang menang kuiz menu Ramadhan ni, tapi alongayu yang menangTahun ni memang aku tak nak join mana2 pun kuiz yang di anjurkan sbb tahun - tahun lepas aku dah banyak kali menang kuiz.So,aku nak beri peluang pada sahabat lain pulak.Oleh kerana hari rabu tu alongayu ada hal maka aku pun menggantikan tempatnya.Aku pergi bersama Ela dan Botak(yang kebetulan menang juga)bersama seorang kawan dia masa di Darul Kifayah.Ramah gila minah sorang ni.Dalam perjalanan dari Ampang ke Bukit Nanas(untuk menaiki KL Monorail) jalan Ampang entah kenapa hari tu terlalu sesak dan padat.Bayangkan aku naik bas dari pukul 5.00 petang sampai di Bukit Nanas dekat pukul 6.15ptg.Tapi akhirnya selamat juga sampai ke KLIH.Sebenarnya main tuju jer.Tak tahu pun kat mana sebenarnya terletak KLIH tu.
Tazkirah Ramadhan sebelum berbuka
Seronok tengok gelagat Zara yang dah semakin membesar.Syg pic ni kecik sebab Kb dia lebih 100.


seronok dengar cerita Sonic yang masih kekok dengan loghat KL katanya...

Pak Mat tempe ni kelakor rupanya orangnya

Gambar curik..Mama Mimie n The Gang

Minah perasan





Wednesday 2 September 2009

KERACUNAN

Hari Isnin hari tu,aku dan Botak keracunan makanan.Peritnya,Ya ampun..Tuhan je yang tahu.Berselang seli aku dan Botak keluar masuk tandas.Naik lemah seluruh anggota badan.Masak pun rasanya hari tu macam nak panggil je "Doremon" sediakan.hehehe.....Puncanya mungkin dari kerabu perut yang aku beli di bazaar ramadhan Bandar Baru Ampang.Mungkin dia guna santan yang tak di masak atau sebaliknya.Tobat aku nak beli lagi dah..huhuhu.Tu la gara-gara malas nak memasak sendiri terima lah padahnya.Tapi syukur walau pun dalam keadaan yang agak lemah,aku berjaya menyediakan roti jala dengan kari daging dan nasi ayam.Gambar tak terfikir nak "snap" sebab terlalu letih..Pinggang pun rasa macam nak tercabut je masa tu.Keesokkan harinya,malang lagi bagi si Botak.kali ni dia terbeli kueh "badak berendam" yang santannya dah BASI.Hampeh la orang yang menjualnya ni.Aku dapat raakan santan yang di gunakan tu tak di masak dulu sebab pekatnya lain macam.kalau di masak struktur santannya lain.Janagan lah nak berniaga nak untung je. kalau kita yang membeli ni bersunggut marah kan ke sia-sia rezeki yang masuk.huh...........Bukan aku tak boleh buat semua kuih atau makanan yang kami teringin makan,cuma kdgkala masa tak mengizinkan.
Ole-ole dari Naimah..Buah Salak,buah Duku dan buah katak puru yang dah lama aku meng"idam"kannya.rupanya berkerutu macam katak puru dan berbentuk seperti karipap dan rasanya masam-masam manis serta bijinya lebih kurang macam bijik salak tapi dia leper...aku makan gitu jer.Sesetengah orang suka men"colek".
PEMBETULAN..
Biji buah puru ni bukn macam buah salak(aku tengok sekali imbas je masa tu)setelah di amati sebenarnya rupanya ala-ala jering bentuk mcm karipap tapi leper
Fish spa kat Carefour Ampang..RM6/30 minit...mula-mula geli lepas tu sedap jer rasa macam kaki kita di urut(vibrate).Masa tengah buat ni aku terjumpa dengan Haziq yang semakin hansem.Haziq ngan Babah dan Mummy dia..huh hansem lor anak sedara aku sorang ni.



Karipap "giant" ni aku terjumpa di bazaar Ramadhan Pandan Indah @ Padang MPAJ.RM1.50/pc.Intinya sayur bertelur..Pic ni aku up load dari mms si Botak((Muzafa) di kgmms
Teruk gila rupa keadaan MyCard aku ni...dah rupa belacan.Gara-gara sekatan jalan di Bandar Baru Ampang hari sabtu hari tu,bas yang aku naiki bersama Botak untuk ke Ampang Park(saja jalan-jalan)di tahan dah diarahkan menunjukkan MyCard masing2 tiba-tiba nasa nak keluar kan dari beg duit keck aku,MyCard aku terpatah dua.Huhu..nak tak nak terpaksa lah aku dan si Botak pergi menukar yang baru di Maju Junction semalam.Botak punya lagi dasyat...tak pernah dia keluarkan dari plastik cover MyCard dia,tapi "cip"pada MyCard dia boleh rosak.Kalau macam keadaan MYCard aku,boleh lah di katakan kesilapan aku kerana tak reti nak jaga,tapi kes macam Botak aku boleh klasifikasikan kes dia sebagai MyCard memang takde kualiti.Sebelum ni kawan sekilang aku juga punya masalah yang sama macam si Botak.Bila dia nak buat akaun bank,di dapati "cip" pada MyCard dia rosak.Silap kita atau silap siapa?tapi tetap di kenakan cas RM10.


Tuesday 1 September 2009

SALAM KEMERDEKAAN

Salam kemerdekaan yang ke 52 buat semua warga Malaysia tercinta.
1 Malaysia... "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian di Utamakan".
Semoga kita akan terus hidup di bumi bertuah ini dengan suasana yang aman dan selesa tanpa ada perbalahan atau perselisihan faham yang akan hanya mencetuskan suasana tegang.