Monday 24 August 2009

RAMADHAN AL -MUBARAK

Salam Ramadhan buat semua bloggers dan salam kemaafan atas kekhilafan yang lalu...semoga mendapat barakah...

Thursday 20 August 2009

SEMOGA SUCCES

Tahniah buat Zaki kerana mendapat jawatan baru di tempat baru..Tinggallah beberapa kerat je lagi staff Oilgon.Semoga akan lebih cemerlang dalam kerjaya.Bila dah berada di tempat baru nanti jangan lupa pulak org2 di Oilgon ni..Kesian kat GF no 2 kamu hehehe mahu lepas ni seminggu tak lalu makan tak lalu minum la jawabnya, hehehe...confirm nanti kecik sikit badan dia tak yah susah2 nak diet..GF no 2 kalau baca ni jangan marah ha...Kad kahwin nanti jgn lupa edar2 kan eik..nanti kita orang buat rombongan Makcik Kiah...Thanks belanja makan malam tadi @ HAZ RAZ western & beverage.K la semoga akan lebih succes..mai pakat tunggu n lihat siapa pula yang akan menyusuri kamu selepas ini...

Wednesday 19 August 2009

SESAT DI KUALA LUMPUR


SESAT DI KUALA LUMPUR..
ceh! macam tajuk dalam segmen "Kenangan Lalu Kuala Lumpur" la pulak...gitu lah terjadi masa aku kononnya jadi "tourist guide" ahad hari tu.Nama je anak jati Kl,tapi hampeh.Buat malu je kat org kampung dalam bandaraya Kuala Lumpur pun boleh sesat.Tapi nak buat macam mana kan,dah memang aku ni jenis tak berjalan.Kuala Lumpur tu kalau tak de hal aku takkan jejak.Kalau jejak pun aku dah memang sedia ada "driver" sendiri.Naik je terus bayar gaji driver tu sampai terus tuju tempat yang nak di tuju.Bila sesekali aku jadi "tourist guide" ni kepala ni jadi blur.Dah la tu,aku dari Bandar Tun Razak sebelum tu bawak Moksu ke rumah Pokteh.Sian moksu selalu sangat tiap kali datang Ampang mesti bersungut nak kenal rumah pokteh.Aku pun bawak lah kejap pi rumah pokteh.So, dari sana aku pun bawaklah menyusuri Jalan Loke Yew menuju ke pusat bandaraya.Sepatutnya selepas Masjid Negara,kena turun ikut jalan bawah,tp tersilap bagi arahan terikut jalan atas.Tapi mujur boleh juga tembus ke Jalan Raja Laut.Tapi bila tiba kat sana boleh pulak berhenti pulak cari jalan macam mana nak tembus pulak ke Semua House..fikir punya fikir nasib baik dapat klu..dan akhirnya berjaya juga sampai ke Jalan Masjid India..hehehe... tapi tu lah pusing sikit punya jauh.sampai masuk ke Jalan Sultan Ismail pusing balik ke Jalan Ampang baru sampai.Mujur lah Kuala Lumpur ni pi mai pi mai tang tu jugak.Hala balik lagi satu hal.Bila dah keluar Jalan Ampang aku kata kat driver masa tu hang ikut jalan ni straight jer.Tak perasan bila dekat depan angkasaraya kena amik lane kiri.Tapi si Hezreen amik lane kanan.Sudahnya kena belok ke Jalan P.Ramlee.Masuk la KLCC nak keluar balik.Aduhla sian ke driver pening kepala dapat tourist guide macam aku.Aku ni sememangnya blur.kalau setakat sekitar ampang ok lagi la bila masuk KL memang failed abis.Ni lah gara-gara kaki tak berjalan..hehehe tak pe lah kalau tak sesat tak leh lak makan angin kan...


Monday 17 August 2009

3 SERIES

Selamat Hari lahir untuk diri sendiri..kah kah kah..ada ke orang wish untuk diri sendiri...Sedar tak sedar dah masuk angka 3...Terima Kasih kepada sahabat2 KLfm dan kenalan2 dari "facebook" yang wish serta mendoakan aku di hari lahir ku Jumaat hari tu.Maafkan aku tak kesempatan untuk membalas pada hari tersebut kerana aku cuti kecemasan. Mamarocknblues merupakan sahabat KLfm yang pertama mengirimkan ucapan dan doa pada aku melalui sms di Hp along(cz dia tak de no hp aku,dan sememangnya tak ramai yg tahu no hp aku).Thanks Mama,masih sudi ingat pada ku..Thanks juga buat kakIx yang sudi calling2 aku pagi Jumaat yg indah itu semata hanya untuk mengucapkan selamat pada aku...Thanks kak,atas pemberian gelang kristal yg memang lawa pada Ila dan Along(dia ni yg excited lebihnya)hehehe...
Tak lupa juga pada sahabat-sahabat yang sudi mengirimkan mms melalui mms@kl.fm Antaranya [AAZIEAZAH:91998], [LELA_MAJNUN:26393], [JAYAASMARA:25920]dan [IXORAROXI:85052] tak lupa juga pada sahabat2 yang lain seperti BERLIANPUTIH,KERABAT BLUES, HUHUHU,KAKJUEKEPONG,JAYAMANJE(MAKJAYA)YOBGMEE,SUSYGKU,PAKSUDE,MAMAVILLA,YOBLABUN,TENGGILIN, PERINDUPELANGI, BLACKCANARY,SEMEKIN DAN LUCKYCT...... tak lupa juga buat DINGOMBAK dan LAKSAKUALA yang wish thru by "sms".. Terima kasih semua atas ingatan kalian dan doa yang kalian berikan...memang aku sedikit terharu sebab aku mmg dah agak lama tak aktifkan diri atau lebih senang aku dah lama tak menyibukkan diri di kgmms tapi tak sangka masih ada yang sudi dan masih juga ada mengingati diri ini.
Buat kenalan di facebook terima kasih juga buat kalian.Antaranya, Affendi Abdullah(songan), Badang Perkasa, Suharyati(sepupu ),Shahidan (sepupu) Nurul (Bunga), DJNINIE KLfm, DJJULIA KLfm,Siti Nazuha, Farizatun Nina,Shahidatul Ameera Shahirah,Badrul Hisham Safie(sahabat KLfm),Zulkifli(Sahabat Klfm)dan maaf kalau ada yang tertinngal.
Sebelah malam aku bawak Poksu ke Klinik Maamor sebab dari siang Poksu muntah darah dan pening2.Tapi Klinik Maamor tak terima dan Poksu di rujuk ke hospital Ampang.Aku bawak Poksu balik ke rumah dulu untuk berbincang dengan Moksu.Sampai di rumah,Hish...nape plak la di kunci pintu rumah ni.
"Along,bukalah pintu ni,jerit aku.Orang sakit-sakit lah plak lembab nau buka pintunya.
"jap..jap..,Along nak pakai tudung jap..
Hish..lamanya pakai tudung,cepatlah Poksu tak larat ni...
Lama betul baru lah di buka..
"Happy birthday....jerit along dan Botak dalam rumah bersama Moksu aku...ceh!..tersengih je aku..thank you.... Chocolated Indulgence,Secret Recepi...
Aku potong sikit sorang..selepas siap makan,aku dan Moksu serta Ani dan hubby dia bawak Poksu ke Hospital Ampang..Mujur Poksu di rawat di Zon Separa Kritikal.Dalam hati aku tak lama la ni..sebab kat zon ni hanya beberapa org jer berbanding di zon hijau.Moksu keberatan nak masukkan Poksu ke dalam ward.Kalau boleh dia nak balik bawak ke Terengganu,tapi doktor Ampang tidak menggalakkan.Sebab macam2 boleh terjadi sepanjang perjalanan nanti yang berkemungkinan juga boleh mendatangkan maut.Setelah berbincang dengan doktor Ampang dan nasihat yang telah di berikan,maka Moksu pun bersetuju Poksu di masukkan ke Hospital Ampang.Dan akhirnya tepat 2.15 pagi Poksu di tolak ke ward 5A,tingkat 5.Tika aku menaip N3 ini,dia masih di rawat di sana.Perutnya jer ada luka sikit dan di tahan lagi kerana demam yang agak tinggi.Selain itu darahnya pun terlalu kurang,dan di khabarkan 2 pain darah di masukkan kedalam tubuh Poksu...
Suka duka aku menyambut hari lahir yang ke 30...Memang aku mengaku aku agak terlalu letih.Letih sesangat 3 hari pada minggu lepas.Dah suratan takdir menentukan begitu,terima je la apa jua ujian yang mendatang.

Birthday preasent dari kak IX...yg peach aku punya yang hitam putih tu kak IX bg kat Along...thank a lot akak,semoga Allah murahkan rezeki akak...Sape2 berkenak leh la beli or nak tgk2 leh la pi kat http://www.ixoraroxi.blogspot.com/
Ni lah PokSu aku.kini sedang berehat di Ward 5A



Thursday 13 August 2009

TAKZIAH

Baru kejap ni aku terbaca bahawa Ustaz Asri Ibrahim @Asri Rabbani meninggal dunia di Pantai Medical Center jam 10.30pg akibat sakit jantung melalui blog Mazidul Akmal SIdek 360 dan melalui FB Tengku Ismadi dan Dj Julia.Al_Fatihah..semoga Rohnya di cucuri rahmat.Kumpulan Rabbani seingat aku di tubuhkan pada tahun 1996.Tika itu aku di tingkatan 5,manakala album pertama mereka(aku lupa) di pasarkan pada tahun 1997 seiring dengan kumpulan Raihan.Aku memang minat sangat dengan kumpulan Rabbani dari mula album pertama mereka keluar lagi.Maklumlah masa tu aku masih muda remaja..Fanatik nau..la ni aku tak fanatik dah mana2 pun artis rakaman.Aku mesti beli album mereka setiap kali ada yg baru di pasarkan.

Aku juga antara ribuan peminat Rabbani yang saban tahun tak pernah lupa nak mengirimkan kad ucapan selamat hari raya.Dan mereka pasti tak pernah lupa membalasnya dan setiap tahun aku menerima 2 keping dari mereka.Boleh di katakan aku rapat dengan salah seorang ahli kumpulan mereka.Tapi lepas dia keluar dari Kumpulan Rabbani,aku hanya dapat tahu dia bekerja di MAMPU,Putra Jaya.Itu pun melalui Kak Ain(isteri abg Farihin Raihan).Kumpulan Rabbani ni unik kerana mereka mempunyai musician sendiri dan paling ramai jumlah anggotanya.Pada mula tertubuhnya kumpulan Rabbani ni,mereka di anggotai seramai 13 orang ahli kumpulan.Antaranya, Mohd Asri Ibrahim, Mohd Asri Ubaidillah, Ahmad Rithaudeen(che Deen), Mohd Loqman(nampak serius tp kelakar,pernah usik aku melalui sms pasal pocong)Mohd Nazim Mohamad(masih lagi ada surat dia 3 keping pesanan dan nasihat dr dia)Nazrul, Azadan,Azizan, (maaf la tgh blur)..lupa dah sebahagian lagi...

Aku juga selalu calling-calling mereka ni di studio mereka di Bukit Manjalara..dana kdg2 bertanyakan khabar melalui sms samadadi HP abg Lokman,Che Deen ataupun Arwah sendiri.Dia orang panggil aku dengan gelaran '"Puteri jelawat".Kalau aku kol studio kata ni ila je dia org mesti tanya ila mane?aku jawab la ila ikan Jelawat...Ohhhh..Puteri jelawat eik..itulah jwapan mereka...Selalu Che Deen dan Lokman je rajin layan aku.Borak pun tak lama mana sekadar tanya khabar dan tanya pendapat je kalau album dia org keluar.Lama jugak aku kenal dia orang ni.Tapi tak pernah lagi bersua muka(tika itu lah)tapi dia orang dah pernah tgk aku sebab Che deen suruh aku pos kan pic aku.Tapi,Akhirnya pada bulan Puasa tahun bila aku tak berapa ingat,Kumpulan Rabbani datang ke Spectrum buat persembahan.Apa lagi che deen suruh aku pi sana.dan sms tanya aku pakai baju apa.Ceh! masa dia org atas pentas che deen dan Loqman sempat melambai kat aku di tepi pentas.Selesai di orang membuat persembahan,Lokman sms kata jgn balik dulu...sebelum bergerak balik sempatlah juga berkenalan yg selama ini sekadar di maya...Maka,terkeluarlah perkataan dari mulut che Deen dan Lokman...Ohhhh... ni la Puteri Jelawat...hehehe jauh langit dr bumi puteri abg oiiii....Masa tu Arwah sekadar senyum je sebab tak sempat nak layan (di kerumi adik2 kecil).Bila diorang dah balik,baru lah diaorg sms balik say sorry cz tak terlayan..tak kisah la tuh,jnji dah kenal...

Tapi itu semua adalah kisah aku di zaman muda.Zaman abis sekolah..sejak kerja aku tak berapa lagi kisah tentang dunia hiburan ni.Tak kiralah kumpulan nasyid ker kumpulan rock ke ape ke mmg aku tak de nak amik pot.Majalah2 hiburan pun aku tak pernah rasa dah teringin nak membeli.Bagi aku membazir jer..

Buat arwah..semoga rohnya di cucri rahmat dan semoga keluarganya tabah dan sabar menghadapinya...Teringat aku pada arwah abg Zairie Raihan yang meninggal dunia di serang sesak nafas selepas majlis anugerah Era di Genting Highland satu tika dulu..dan dah agak lama aku tak bertanya Khabar pada kakZura dan anak2nya(dah besar bujang kut)

Perginya pasti sudah tak kembali.......

SATAY OH SATAY

Ape tuh?...
Macam satay jer?...
Betul la tu..tapi bukan satay daging mahupun satay ayam.Tapi itulah satay yang terkenal di sebelah Pantai Timur terutamanya sebelah Kelantan.Sebab seingat aku susah dah nak jumpa orang berniaga satay ikan ni dekat kampung aku di Terengganu.Tapi tak tahu la kalau kat daerah lain.Kalau aku masa kecik-kecik dulu, masa aku selalu balik dengan arwah mak ada juga kadang-kadang dia orang masuk dalam kampung berniaga naik basikal atau motor.Tapi sejak besar ni(dah tua dah pun) tak pernah sekali pun terserempak.Tapi sekarang ni dah senang dah kalau sesekali teringin nak makan satay ikan ni.Rasanya tak berapa asli sgt(sebab ikan kurang kanji yg lebih)tapi masih lagi terasa dan boleh lah kalau sesekali teringin.Bezanya harga dia tak dapat lah macam kat kampung yang masih RM0.10..Kat sini RM0.20.Tak kisah la tu janji ok.Bandar dan kampung berbeza.Kalau kat sana ikan dan tentu murah segar lagi berbeza di sini.Yang menjualnya ni memang org Kelantan.Biasa ar orang Kelantan kalau dah bertahun macam mana pun kat tempat orang dialek tak lupa.
Pagi ni masuk 7 Eleven nak topup hp...Ternampak roti ni yang selama ni aku cari kat kedai2 sekitar rumah tapi tak de di jual.Ternyata memang sedap seperti di war-warkan...lembut dan sedap..tak perlu dah nak tambah2 kaya ke butter ke...hehehe tapi mahal gak la..sesekali boleh la lagi pun manis..hehehe

Monday 10 August 2009

IN PROGRESS

akibat suka sangat tukar2 kulit..abis semua link dan pic serta aksesori blog aku hilang...so take time sikit ar nak indahkan dia balik...so sorry

Akhirnya.......


Dan akhirnya setelah berbulan lamanya aku memikirkan soal pemotongan rambut,akhirnya semalam selesai aku mengemas dan mandi aku selamba badak memotong rambut ku yang dah agak panjang..Rela dalam paksa..aku sayang sangat tapi apa nak buat dah terlalu kritikal keguguran rambut aku ni.aku pendekkan sendiri dan si Ela repair sikit2..dah hasilnya ok lah jugak..jimat duit dari potong kat kedai...
Dok cekak pinggang tu Atuk Thaqif..(Pak Teh aku)
Pejam celik sekejap je rasa..dah setahun pun anak sedara aku si Thaqif ni..Makin ''buyat''.Meragam pulak dia masa beday dia Sabtu ari tuh..eikkk..eikk..mama..mama..tu la yang kuar dr mulut dia.cerdik,kalau kta dukung dia tapi dudk dia tak nak.dia nak dukung tapi bawak jalan ke luar..Hantap adik,Cik Ila dukung ari tuh..cam ner la mak kamu dukung kamu dikk oiii...

Semoga menjadi anak kebanggaan Papa dan Mak...Cik ila tak tahu nak tulis ape daaaa...




Tuesday 4 August 2009

FLORIA-PRESINT 2 PUTRAJAYA

Adik Arif pun ada,jalan2 dengan nenek


Sunday Hi-Tea kat Shangri-La Putra Jaya(Kuiz Nadi Kota)
Cruise tasik Putra Jaya(Kuiz spontan Di Booth Klfm)


Suka tengok gabungan kaler2 bunga ni



Badak ni di tampal dengan kuaci dan rempah ratus








PERTEMUAN KE-2

Semalam merupakan pertemuan ke- 2 aku dengan Nurul @ Ezan..Thanks dik,sudi lagi kamu nak jumpa akak eik..dan tak lupa terima kasih banyak sebab belanja makan kat Secret Recepi's...Udah la belanja makan,pas tu antar balik sampai kat rumah pulak tuh..tak de benda nak di bagi mujur ada buah pelam muda..sedap kalau di buat colek..hehehe..k la sekadar berkongsi Pic dah le yer..tak reti nak story mory..gambar2 ni aku amik dari facebook dia cz semalam bateri hp aku kong..huhuhu

kat tangga pun sempat nak posing...
Cek Mek ni suka bergambor..

bila masa tah dia tangkap pic ni..suka tgk bibir dia..kecik.. comel

ni menu aku"beef lasagna"..favourite aku,tp aku rasa Pizza Hut punya lagi best..

Nurul makan "chicken Chop - BBQ kut(kalau tak silap)

Sementara menanti makanan yg di order,sempat posing tuh..

Mamam "chocolate indulgence" dulu..i like...