Tuesday 23 June 2009

CUKUR JAMBUL BEBY ARIF HAIKAL

Bertempat di rumah DJ Mimie Klfm,
Quarters Kerajaan,Presint 18,Putra Jaya.
sebelum majlis bermula.Afiq dgn keretanya..waaaa...Afiq still tak nak kat aku.














Sahabat KLFM..KakIzana


KakSal Bangi sedang memotong jambul Arif.

Beby Arif yg tomey dan tembam


Ni lah pose menarik dari mak2 Dara.First time juga berjumpa dgn anak dara Julia ,yang mesra alam.Bestnya Zara ,masa dia sampai je rumah Afiq masuk dalam terus "terpa" kat aku dan depa tangan dia mintak peluk..hehehe cutenye...







Friday 19 June 2009

APA2 AJE

Minggu ni mood aku seolah2 tidak mengizinkan aku untuk mengarang sesuatu di dlm blog aku ni.Fuh!maklumlah dah cuti lama (kat rumah jer),tu yang jadi malas semacam.Idea tuh memang ade tapi bila aku mula nak menaip jer,tetiba mood aku bertukar menjadi malas.Bercuti di rumah buat aku rasa tenang,dan selesa.Nak pi bercuti macam orang lain memang aku tak daya.Bak kata orang ukur baju di badan sendiri.Apa lagi time tuh mood aku tetiba jer rasa nak menjahit kain langsir yang dah bertahun terperap dalam almari baju aku.Aku pun mula kan lah operasi memotong seterusnya menjahit.Tapi sedih rasanya,di dalam hati..tengah mood baik punya,tetiba lak mesin wat perangai.Ngam2 aku dapat 3 pintu,benang bawah tak nak naik.Ye lah beli mesin tuh dah lebih sepuluh tahun tak pernah servis.Jawabnya perap balik la sementa menanti gaji ku keluar.Mintak2 tak banyak la yg rosak dan yg penting charge dia jgn la mahal.Bnyak benda aku nak beli bulan ni.

3 minggu lepas,Agas yang sering menyinggah ke rumah kembali lagi.Maka bercorak balik la kaki tangan aku.Kulit aku ni memang sensitif.Tak leh kena gigitan serangga mulalah akan meninggalkan parut.Menci ar...Bil agas dah menyerang,aku tak bertoleh lagi.Mulany malas aku nak per"asap" pakai tempurung dan sabut,so aku beli lah sekotak ubat nyamuk.sekali bakar 6 keping sebab aku nak kan rumah aku ber"asap".Sebab kata bekas anak angkat ayah aku dulu,kalau nak halau agas kena perasap kan rumah.Abis 2 kotak,still ada agas lagi,sampaikan aku tak leh nak tidur.Benda halus sgt,kalau macam nyamuk senang nak di tampor atau di kenyek aje.Agas ni jenis serangga yang degil.Kita tak leh tampar macam nyamuk tapi kena picit biar dia agak mabuk sikit pastu kenyek macam kutu baru dia mati.Bisa gigitan dia memang tak leh blah..gatalnya lebih dari nyamuk.Pas tu akan merah.Kalau tak di garu sampai luka memang tak hilang sakitnya.Tu yang buatkan tangan dan kaki aku bercorak.

Hari ke 2,aku tak leh bertahan lagi.Aku suruh Syah pi amik tempurung dan sabut kat kedai "Mak Yam".(Mak Yam ni bekas kakak Ipar Mak Jaya)orang Perak komer.Ngan aku memang riuh kalau ke kedai dia.Mak Yam memang baik n sporting hehehe...Dapat je tempurung dan sedikit sabut,aku mulakan operasi membakar.Huh! abis satu rumah berasap.Udah macam rumah kena bakar...Sesak jugak la nafas ni.Sekali buat memang tak menjadi.So, aku buat 2 hari berturut-turut.Dan kesannya,Alhamdulillah agas mampu ku halau.

Minggu ni aku di kejutkan dengan berita pemergian Tunang pada adik satu tempat aku kerja dulu.Aku hanya mampu mengucapkan takziah padanya dan agak sedih juga kerana mereka akan di satukan pada 4/7/09 depan.Tapi ye la kan takdir Tuhan dah begitu,redha je la.Itu je la mampu ku katakan,tapi mungkin yang menghadapinya akan mengambil masa untuk pulihkan semangat.Sabar je la dik,semoga dia tenang bersemadi di sana...

Aku tak pi Bandung,tapi aku dapat tudung 2 helai(cantik bangat)kalau nak beli sendiri memang tak la,jam tangan dan hand bag yg unik(leh lipat)..thanks along.. tahun depan
kalau gi lagi,kakGie nak Blaus plak cam Naimah,hehehe.....















Monday 8 June 2009

TONGSAN OH TONGSAN

Nak berkongsi resepi lagi..resepinya terlalu ringkas dan mudah tapi rasanya..wow! boleh tahan siut..Sebenarnya dah 30 tahun aku hidup,tp ni kiranya first time aku makan ikan "tongsan".Rupanya yang sebenar,idak plak aku tahu.Hari Jumaat hari tu aku sampai rumah awal.biasala kalau sampai awal tu maknanya aku dapat bas awal la tu.So,aku gi la rumah Bibik(jiran 2 dari rumah aku) lepak2 sana main dengan budak2 dan beby.Tetiba Mamang(adik bibik) tanya aku makan tak ikan air tawar.Aku jawab tgk jenis ikan jugak.Mamang pun suruh Bibik bagi aku 3 ketul ikan tongsan.katanya masak stim sedap.DAlam hati aku,tak hanyir ker.?Apa lagi balik je ke rumah aku pun keletung keletang la kat dapur.Penyediaannya tak lama dan hasilnya, wow!not bad.Sikit pun tak hnyir dan isinya pun sedap dan segar...Jom kongsi

Bahan- bahan :
3 keping ikan Tongsan
(di basuh dengan air asam dan di bersihkan)
bawang besar - sebiji
5 ulas bawang putih
sedikit halia - di mayang
asam jawa - sebesar ibu jari
15 biji cili api
2 sudu cili boh
2 batang serai
sedikit garam
dan
sedikit daun sup

cara memasaknya :

Bawang besar,bawang putih dan cili api di tumbuk halus.Kemudian di tumis sehingga garing bersama halia yang di mayang tadi dan juga cili boh.Panaskan periuk pengukus dan kukus sebantar ikan yang di lumur dengan sedikit garam dan asam jawa.kemudian taburkan bahan tumisan tadi di atas ikan td dan taburkan juga sedikit daun sup dan serai yang di ketuk..Kukus sampai masak dan sedia di makan.

Friday 5 June 2009

KUE TIAU KUNG FU

Macam meje plak(iron board) rumah aku tak de meja makan.hehehe


Petang semalam,balik dari kerja aku singgah sat kat pasar malam Bandar Baru Ampang.Kat opis tadi puas belek2 resepi keu tiau kung fu tapi tak jumpa.Sebenarnya sejak bulan lepas aku kemaruk makan kue tiau kung fu dekat restoran berhampiran rumah aku.Kalau pi sana tak de lain yang aku order,balik2 kue tiau kung fu.sampaikan akak n abg tukang masak tuh dah tahu menu aku.So,dalam aku cakap sendiri, y not aku try buat.So aku pun beli lah sikit2 barang seperti kailan,karot,sotong dan udang serta kue tiau.Habis dalam RM12.Ok lah tuh leh ar buat ulang2.lagi pun kat rumah sejak Atan balik rumah ummi dia,dapur kurang berasap.Cuma aku je kdg2 masak ape yang aku nak makan.Ni kan masing2 tgh jadi ber"uang".Malam tadi aku pun berkungfu lah sorang2 dan rasanya not bad...hehehe.nak kogsi resepi..meh la.Resepi ni atas fikiran aku merasa kue tiau kung fu yang aku beli kat restoran tuh dan aku masak ikut kreativiti aku...hahaha

Bahan-bahannya:
Bahan A
Kue Tiau (ikut banyak mana kita nak makan)
2 biji telur ayam

Bahan B
3 ekor udang (sedang)
1 ekor sotong (sedang)-di potong kecil
Sedikit isi ayam (dada)
1 sudu besar tepung gandum

Bahan C
kailan
karot
kancang buncis
Bunga kobis
5 ulas bawang putih - ketuk2 gitu jer
setengah ketul kiub ayam

Pecahkan telur di dalam mangkuk kemudian di pukul.Masukkan kue tiau kedalam telur yang di pecahkan tadi.Balutkan kue tiau tadi macam nak buat murtabak.Kemudian panaskan minyak dalam kuali.Minyak tu di lebihkan sedikit dari biasa kita mengoreng telur dadar.Setelah minyak dah betul2 panas,baru masukkan kue tiau yang dah berbalut telur tadi.Kalau minyak tak betul panak,strukturnya tak cantik.Biar dia betul2 garing atas api sederhana.Bila dah garing angkat dan letak dalam mangkuk.ke tepikan.

Tumiskan bawang putih yang di ketuk2 tadi.Dan kekuningan,masukkan 2 cawan air dan setengah kiub ayam.Biarkan dia mendidih sebentar dan masukkan bahan-bahan B.Biarkan dalam 3 minit.Bancuh sedikit tepung gandum dan tuangkan dalam kuah yang tgh mendidih tadi.Fungsinya untuk memekat kan kuah.kemudian masukkan bahan2 C dan biarkan seketika.Tuangkan kuah yang dah siap tadi kedalam mangkuk kue tiau telur tadi.taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng.Siap di hidangkan.


Tuesday 2 June 2009

LUNCH DENGAN BUNGA


Seronok hari ni dan sungguh tak di sangka akhirnya bertemu juga aku dengan Bunga @ Ezan yang sudi datang dari Selayang bertemu dan lunch bersama di Food Court Carrefour Ampang.Kesian malam td dia kol aku, tapi aku tak angkat coz tengah cas dlm bilik adik aku.Kalau dah dok bercas dalam bilik mamat tu, memang hapak pun tak dengar.Nak sms balik dah kehabisan kredit.Kebetulan aku on9 dia pun kata nak jumpa aku petang ni.Aku kata nak lunch pun boleh juga,datang la sini.Seperti di janjikan maka dengan berkancil biru,selamat juga dia ke sini.Cik Bunga ni aku kenal dalam Cbox dj Mimie.First time jumpa dia,pada aku dia ok sangat dan ramah seolah dah bertemu beberapa kali,cuma aku je ah kan macam biasa ada segan-segan sikit.hehehe.Sambil makan sambil pot pet pot pet yang kebetulan di food court tersebut ada productions sedang menjalankan rakaman sebuah program pertandingan masakan yang di hos kan oleh KakDiva yang memang bergetah u,iaitu kak Anita Sarawak dan Azrul(Raja Lawak).Tapi sayang gambar belakang je.

Lepas makan aku ajak Bunga lepak kat Opis aku.Terkejut kut dia tengok,sebesar-besar kilang hanya aku sorang jer kat situ.Katanya takut ganggu aku buat kerja,hakikatnya, aku tak de kerja seperti mana pekerja-pekerja di syarikat yang lain.Giitulah aku kalau di tempat kerja.Meskipun begitu kekadang bosan juga.Tapi alah bisa tegal biasa,sebabnya aku sememangnya jenis manusia yang suka kan sunyi dan damai dan menyendiri.Thanks Bunga co sudi kenal kita n lain kali mai lah lagi eik.Kalau mai rumah pun tak pe,tak de orang jugak.Macam mana awak datang opis kita,gitu jugalah nanti awak kat rumah kita.Sunyi dan sepi.
Kerana,
"Sepi itu indah".

Monday 1 June 2009

SENDIRI

Seawal jam 9.30 pagi Sabtu hari tu aku sendirian berjalan ke Jalan Masjid India.Ya,ampun ingat kan pi pagi2 buta tak ramai sgt org rupanya ada org lagi awal dari aku.Masuk Jakel tak de yang berkenan lak kain kat sana.Sebenarnya dari rumah memang dah ingat nak pi Madras Textiles jer.Nak cari kain sari ala-ala sulam songket.Belek punya belek,akhirnya kaler purple yang sangkut.Ingat nak amik 2 pasang tapi entah lah macam tak nak la plak.Pas bayar aku pun seberang ke Semua House.Mulanya ingat nak jalan saje-saje jer.Aleh-aleh terpandang blaus dan seluar yang ada size aku..hehehe ape lagi duit tengah ade rembat je la..Rasa seronok pun ade.Sekarang ni aku dah boleh beli baju blaus siap sebab aku kan dah kecik sikit(perasan giler) dah tak susah nak pilih.Setengah hari je berjalan RM200 sekelip je keluar.Nak dapt duit punyalah susah..Macam air la.Nak beli itu ni kena pikir 15X tapi tak pelah sekurangnya nampak juga baju baru.Selesai segalanya aku pun balik semula ke rumah.Senang jalan sorang2 kalau jalan bergengdeng huh menyampah aku nak kena tunggu sorang2 nak membelek..