Tuesday 26 May 2009

Kulat Dan Pucuk Manis

Petang semalam buka je pintu pagar aku ternampak banyak betul kulat kerang yang tumbuh di batang pohon mangga yang aku tebang hari tu.Betul la kata orang,bak cendawan tumbuh selepas hujan.2 hari sebelum tu aku tinjau-tinjau tak la sebanyak itu.Apa lagi aku masuk rumah amik beg plastik lauk dan aku pun memulakan operasi memetik.Ceh.sebenarnya dalam hati tu dok berkata-kata gak.Boleh ke makan kulat ni?Sebabnya setahu aku kalau kat kampung Opah tiri aku dulu depa duk petik kulat ni yang dok melekat kat dahan pokok getah mati..Tapi dalam hati tu yakin memang boleh makan sebab aku teringat arwah Ijan(anak jiran aku) pernah petik sama macam ni pada dahan pokok mangga dia dulu.
Dapat banyak juga lah.Hampir penuh plastik aku mengutipnya(plastik bungkus lauk).Tapi ? still gak takut,so aku pun pi lah bertanya pada Cik Yah (jiran rumah banglo aku tu) sambil bawak contohnya.Sah!cik Yah kata boleh makan..Siap cakap,kalau kau tak nak bak mai kat Cik Yah..hehehe aku sengih jer..lain kali ler orang petik kan untuk Cik Yah pulak eik..Apa nak masak eik?Tetiba terlintas nak campurkan dengan Pucuk Manis bila aku terpandang pokok pucuk manis yang aku tanam tepi pagar.Sekali lagi proses memetik di lakukan.Banyak jugak dapat ni.Kalau di campur boleh buat sekali makan.Lagi pula adik-adik aku tak makan kut.So,aku je la meratahnya nanti hehehe.
Datang idea nak masak aku segera basuh dan rendam seketika bagi menghilangkan sisa pohon kayu yang melekat.so jom la kalau nak kongsi ape yang aku masakkan semalam.

Bahan-bahannya:-

kulat kerang
pucuk manis
bawang besar sebiji
bawang putih 5 ulas
lada hitam sesudu besar
sedikit ikan bilis-sebagai rencah jer
(ke empat-empat bahan tadi di tumbuk lumut)
ubi kentang sebiji-di potong kecil
soo hoon sebungkus

Cara memasaknya :-


Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang di tumbuk tadi.Biarkan sedikit garing kemudian masukkan ubi kentang yang di potong kecildan masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.Masukkan garam secukup rasa.Pak aji tak main ha..Dah agak empuk kentang tadi,barulah masukkan kulat kerang tadi dan biarkan dalam 3 minit kemudian masukkan daun pucuk manis dan soo hoon.Biarkan seketika dan padamkan api.Sedia di ratah...





Monday 25 May 2009

NOTA UNTUK MAMAMANJA@mamamanja79.blogspot.com

salam buat mamamanja,
Sekiranya terbacalah ni k..
selalu sangat ila tak boleh nak masukla kat blog awak?pasal ape eik?berat sangat ker?huhuhu
cam ner nak buat?

Happy Birthday

Happy birthday buat Ajim @Mohd Azim Bin Mohd Shahidan yang ke -3


Birthday boy potong kek Ultraman

Dapat hadiah

comel tak Ajim?.....


Ajim dengan Adik Thaqif



Semoga Ajim jadi anak yang baik dan berjaya macam mama dan Papa...

Friday 22 May 2009

TIKA RINDU BERLAGU

Pic pantai tu telah di MMSkan oleh sepupu aku petang semalam.Katanya dok mancing dengan hubby dia..Best ar,rasa la ni gak aku nak balik kampung.Plan tu memang ada tapi selalu tak jadi.Masalah Negara betul.Tapi sekarang kalau balik kampung dah tak seronok sangat,mana taknya sepupu-sepupu perempuan yang sebaya dengan aku semua dah kahwin.Raya tahun ni pun mungkin aku tak balik kut.Sebabnya Mek Ani dah menetap di Terengganu so dah tentunya bila raya mesti ar dia balik belah mertua dia di Kampar,Perak.Kalau sebelah bapak,aku tak berapa rapat.Tapi kalau balik kampung dan ada kesempatan kekadang aku singgah ziarah gak kakak-kakak sepupu aku sebelah bapak.Tapi kebanyakakn sebelah bapak dah ramai yang jadi warga Selangor dan Kuala Lumpur.Cuma sebelah emak aku jer hampir 95% masih di kampung.

Balik kampung bukan ape..rasa tenang je damai tak macam di kuala Lumpur.kalau nak ke pantai pun kalau berjalan kaki memang sampai sesangat.




Kg Tok Jembal....... suara ombak mu seolah memanggil nama ku....

Lambaian pepohon nyiur mu seolah melambai agar aku pulang ke sana.....



Rindu..aku rindu kenangan semalam
kenangan yang sukar di gambarkan
Memori semalam masih segar di ingatan fikiran ku...



Ramai-ramai pakat kopek buah kelapa guna "bong"
ramai-ramai perah santan untuk di jadikan minyak masak
(Bau minyak kelapa lagi sedap dr minyat sawit)
bergilir-gilir mengacau santan sehinggalah bertukar menjadi minyak
Rindu berlari-lari atas batas sawah arwah tok
(selalu kalau nak turun ke baruh,Tok mesti marah katanya tak payah banyak lintah)
Rindu pada kemahiran arwah tok mengayam tikar dari mengkuang yang di tanam sendiri di tepi sawah
(sawah dah jd tali air)
Rindu sangat nak mandi air telaga yang sejuk
(sekarang dah tak de pakat pakai paip)
ramai-ramai duduk atas "gerey" meraut lidi
dan aku paling rindu denga leteran tok yang kekadang meghiburkan aku
(kalau aku balik dulu dengan arwah akak dik,memang kami di tatang..sampai sepupu lain jeles)
ye la kami je cucu-cucunya yang tinggal di Kuala Lumpur tika itu.


Kalau dulu bila balik kampung dengan arwah mak,segala macam arwah tok dan toki bekalkan mak.Minyak masak la,penyapu lidilah..keropok usah kata la..berkotak-kotak.Bila sampai di Kuala Lumpur(masa tu di Pudu Raya)Arwah bapak jadi manga kami..hehehe terpaksa arwah bapak tunggu kami di Pudu Raya untuk mengangkut segalanya ke rumah kami di Ampang.Bapak membebel jugaklah,katanya penyapu lidi pun nak di angkutnya..Mak kata dah benda ada.Tapi mak bijak,mak jual balik penyapu lidi kat kedai Nyonya(dah mati pun Nyonya ni)lebih sedekah kat jiran sekampung..Huh.


Kenangan semua tu............tapi itulah kenagan hanya bisa membuatkan kita tersenyum,terharu dan sbgnya..tapi untuk kembali ke padanya tidak mungkin...


Rindu.....Rindu, aku rindu semua itu.
perang dingin dah bermula

Thursday 21 May 2009

Grrrrrrrrrrrrrr.......................

GERAMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!



Monday 18 May 2009

ADA AKU KISAH

Terima kasih la pada yang sudi nak berkenalan dengan aku melalui "CHAT KLFM".Sesungguhnya aku dah lama tinggalkan dunia chat melalui KLFM ni.Sikap diskriminasi dan pilih bulu buat aku serik untuk berkenalan dengan sahabat yang muda-muda ni.Cukuplah sahabat yang sedia ada.Itu pun aku tak lah terlalu rapat sekadar ingatan itu dah cukup.Aku selalu SEDAR DIRI kalau dah tak ber"RUPA" dan poket tak pernah penuh jangan lah nak berharap aku di pandang.Biar aku menghabiskan masa aku sendirian di rumah itu dah buat aku gembira.Biar aku tak punya kawan beribu,asalkan aku tak menyakiti hati orang dan di sakiti.Biarlah orang nak memandang hina atau meMAKI aku BODOH ke ape ke...asalkan aku tahu DIRI sape aku.Dan biar lah aku di dunia kepumpung aku,asalkan aku tidak ke arah RIAK..

So,aku minta maaf aku tak dapat membalas chat kalian keraa pengalaman lalu membuatkan aku serik untuk bersahabat dengan kalian..Apa yang penting aku tak pernah sembunyikan identiti aku apabila kalian bertanya..dan kerana ke"jujur"an itu lah maka kalian membuat keputusan untuk tidak berkawan dengan insan GEMUK seperti aku..Ada aku kisah..Lantok kome lah..aku sikit tak heran..Bukan mati pun tak berkawan...


Friday 15 May 2009

COMEL TAK?

Dah makin besar anak sedara aku sorang ni.baik budaknya nak dengan aku sikit tak nangis masa jumpa kat Majlis perkahwinan jiran setempat pokteh 2 minggu lalu di Tasik Permaisuri..aku curik dalam FB papa dia(dengan Izin)


Mohamad Thaqif Helmi




sukanya dia..wat Cik Ila geram jer


papa dia kata ni kat jeti Pulau Ketam.



cute je time ni


SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU
Buat semua yang bergelar "guru" dan tak lupa buat bekas-bekas cikgu yang pernah mengajar aku di SK Ampang Campuran dan SM Taman Tasik,Ampang.Jasamu guru tetap ku kenang...

Salam ingatan buat cikgu-cikgu :-
(S.K Ampang Campuran 1987-1991)
Pn Hamisah
Pn Hayati
Puan Hasmah
Puan Hasnah Hassan
Puan Ng
Puan Yeoh
(perkataan popular cikgu ni bila marah,"bodoh la you,suainggggg)
En.Zainal Abidin
En.Nasri Bin Yunos
(cikgu ni suka cubit kat peha,kalau kita tepis tak marah plak hehehe)
En.Amir
Pn.Bainorwatie
En.lutfi Latiff
En.Izani
En.Shafie
(S.M Taman Tasik 1991-1996)
Pn Zabariah
Pn Maznah Bt Abd.Mutalib
(cikgu yg paling prihatin dan plg aku sayang)
Ust.Maznah
Pn Hasnah
Mr.Nadarajah
Mr.Azman
(bebudak sekolah dulu gelar cikgu mayat coz keliling mata cikgu ni terlalu hitam,tp cikgu ni paling best..ops! ampunkan kami cikgu)
YM.En.Raja Azman Raja Mushahar
Puan Norsita Ahmad
(Cikgu yg paling cute dan comel serta garang tapi baik hati)
Puan Fong
(Cikgu sains yg garang tapi kalau sesekali melawak sakit perut di buatnya)
blur ar nak ingat nama2 cikgu time ni,selalu tu ingat...pada semua cikgu-cikgu yg tak di sebutkan di sini ampun dan maaf di pinta..hehehe
Tak lupa juga buat cikgu-cikgu yang telah kembali kerahmatullah
Pn Rosnah
(Kanser)
Dan
Cikgu Abdul Manaf @ sir Roy
(demam Panas)
Semoga ronya di tempatkan di kalangan orang yang beriman..amin
Al-Fatihah
Dan tak lupa buat sahabat KLFM yang bergelar pendidik iaitu Cikgu Sal ,Cikgu Nurul(CIM) Cikgu Yuyin..
dan tak lupa buat ke dua kakak sepupu ku yang mengajar di Terengganu KakZam dan Mek Azah..
"Selamat Hari Guru dan semoga cikgu tak jemu mengajar anak bangsa yang semakin berani" berani buat hal
''GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Thursday 14 May 2009

LALA TUMIS LADA

1)lala di cuci bersih kemudian di tos.

2) Tumbukkan 8 ulas bawang putih brsama 6biji cili api.Tumbuk bior lumat.....

3) Tumiskan bawang putih dan cili api yang dah di tumbuk tadi bersama dengan bawang besar yang di cincang halus dan 3 sudu cili boh.Tumis biar garing dan wangi.Masukkan juga sedikit sos tiram,sos cili dan sos tomato.


4) Setelah agak garing dan pecah minyak,masukkan lala tadi serta gaul dengan api yang agak kuat.Tak perlu di kacau terlalu lama.Agak dah masak padamkan api..hehehe




Tadaaaaaaaaaaaa......ni lah hasilnya..wow! boleh tahan
(ceh puji diri sendiri hehehe)



Beberapa hari ni aku ulang -alik kerja selalu sangat aku nampak buah mangga di atas tanah di rumah Johari tak berkutip.Petang semalam balik dari kerja,dengan selamba badaknya, aku pun mintak la 4 biji buah mangga.Mulanya ingat nak buat pecal mangga,sekali lada hitam tak de la daa kat rumah.nak keluar kedai balik dah malas.Sudahnya aku buat la sambal mangga ala-ala kerabu mangga.Simple je dan aku gunakan bahan-bahan yang ada kat rumah aje.



1) Mangga ni di buang kulit.Kemudian di basuh dan di cincang halus.


2) Tumbukkan 2 ekor ikan masin yang telah di goreng bersama 10 biji cili api.kalau tak suka pedas dikurangkan sedikit.Tumbuk biar lumat.





3)Setelah di tumbuk cili api dan ikan masin tadi.masukkan sesudu gula dan perahan air limau nipis.Kemudian i kacau mesra.Tumbukkan juga sedikit kacang tanah untuk di tabur diatas sambal mangga.


4) Tadaaaaaaaaa......inilah hasilnya..sedap di makan dengan nasi panas...


13 MEI 1969 - 13 MEI 2009
Bermakna dah 40 tahun sejarah hitam negara ini berlalu..Namun kesannya masih terasa pada diri-diri mereka yang mengalaminya saat itu..Sebenarnya terlalu sukar untuk menceritakan perkara ini dan takut pula akan menimbulkan perasaan tidak senang hati bagi sesetengah pihak kerana isu 13 Mei merupakan isu perkauman...Di sini aku hanya mahu berkongsikan pengalaman yang pernah di ceritakan oleh arwah bapak pada aku satu ketika dulu.Aku memang suka sangat kalau bapak menceritakan sejarah lampau.

Menurut cerita bapak dahulu,kejadian 13 Mei berlaku beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum.Di mana orang Melayu tidak berpuas hati dengan tindakan pembangkang.Semasa kejadian 13 mei,bapak dah pun berhijrah ke Kuala Lumpur.Dan pada masa itu,bapak tinggal di setinggan Keramat(lokasi sekarang bersebelahan dengan stesyen Putra Lrt Damai,sebelah sungai yg kini tak silap aku ada Masjid ke surau,gitu ler)Masa tu arwah mak tengah mengandungkan "Along".Apabila di umumkan darurat,semua orang tidak di benarkan untuk keluar rumah dan di sebalik cerita darurat ini,kata bapak lagi Pok Teh aku hampir di tembak oleh polis yang mengawal sekitar itu kerana degil keluar rumah.Namun menurut bapak lagi,mujurlah Polis yang nak menmbak Pok Teh tu mengenalinya.Orang muda darah muda degil ,gitulah cerita bapak.
Dan teringa t pula cerita makcik Sapiah,yang merupakan jiran tetangga aku masa di Flat Jalan Tun Razak yang juga merupakan ibu bekas majikan aku,kak Ina semasa aku bekerja di Taska Kak Ina tahun 1999 dulu.Makcik Sapiah kebetulan datang menziarah Taska Kak Ina,dan dia yang memang dah di kenali becok oleh orang-orang flat sana menceritakan pada aku sedikit mengenai peristiwa 13 Mei ini.Masa tu dia denagan suaminya dan seorang anak lelakinya abgSatar baru pulang dari Kuang dan tak tahu pula akan kejadian yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.Sepanjang jalan katanya kiri kanan penuh dengan badan beruniform bersenjata kan senapang.Punyalah takut katanya tapi syukur tak ada perkara yang buruk terjadi sehinggalah mereka selamat tiba di rumah.Setibanya di rumah barulah mereka tahu bahawa pertelingkahan kaum sedang berlaku.
Huh!walaupun aku tidak wujud lagi saat dan ketika itu,tetapi melaui pengalaman orang-orang dulu agak ngeri juga bila di fikirkan.Syukurlah sekarang Malaysia aman dan rakyatnya bersatu-padu.Kalau pun ada yang sikit-sikit tu,kerajaan pantas bertindak.Syabas...
KERANAMU MALAYSIA........

Wednesday 6 May 2009

SELAMAT HARI IBU

Beberapa hari je lagi 10 Mei akan kembali lagi bermakna pada tarikh tersebut ramai di kalangan kita akan meraikan Hari Ibu.Pada mereka yang masih beribu,alangkah bertuahnya hidup mereka...
Petikan ini aku copy dan paste dari email yang aku terima dari seorang sahabat KLFM...
sama-samalah kita renungkan..dan andai kita ni manusia yang punyai perasaan pasti akan menitik airmata bila mana kita memahami petikan in..
Al-Fatihah buat arwah ibu ku....
KEMBANG BINTI ALI
10 JULAI 1990
5.40PTG SELASA
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Tuesday 5 May 2009

SUSHI


Boleh di katakan gemor juga la makan benda alah ni.Lagi satu aku suka makan "California Roll" huh memang sedap..Tapi tu la hanya yang di beli di Tesco Mahupun di Carefour je aku pandai membelinya.Sesekali teringin gak nak rasa kat Sushi King tapi tak reti ar nak order.Sepupu aku si Ani,dulu masa study kat Shah Alam pun hantu makan ni,tapi dia kata kat Sushi King lagi banyak pilihan..Tengokla satu hari aku nak try masuk.Aku dan Atan je pandai makan ni,kalau si Botak dan Si Along tu tiap kali aku nak makan banyak nau tanya nya..nak tahu rasa lah,dah rasa nak selalu..hehehe

BERMALAM DI RUMAH SOFEA

abah dan abgmal sofea balik Perlis,so Cik Ila dan Mak Long ayu temankan adik dan ibu...Tengokla wajah2 anak sepupu ku ini.Anak sendiri tak de nak buat main,anak sepupu pun jadilah..hehehe.2malam temankan dia seronok rasanya.Jalan2 kat Pertama dan Jalan Tar,pi Tesco..mula2 tengok aku memang nangis si Sofea ni.Keesokkan harinya baru ok..Lambat panas kata ibu dia..Teringat dulu masa abgnya si Akmal,kalau aku pi sana sat2 nak pi taman sat2 ajak aku pi taman.Maklumlah taman setingkat dengan rumah dia.
"LAMAN MIDAH,TAMAN MIDAH,CHERAS"
Kat Tesco Extra Cheras,tunggu ibu ngan Mak Long bayar...
ibu dok belek camera digital,sampai ngantuk adik...huhuhu

ada iras tak?tapi time ni adik macam Cik Apin la....



fuhyoo..adik seksi...baru bangun tidur..cik Apin bg mkn Muffin




Masa untuk main...sian adik main sorg2 abgMal balik Perlis ngan Abah....
lupa nak snap masa kat taman permainan...



RILEKS DAN SANTAI!!

Memang syok sesekali kaki kita di urut,rasa lega dan ringan je lepas berurut..Gambar di atas menunjukkan kaki aku sedang di urut oleh seorang wanita berbangsa India..hahaha bukan sebab dia berbangsa India aku nak hentam dia lagi,tapi ini kenyataan...Aunty India ni sebenarnya bukan bekerja di pusat urut ni,tapi dia ni ada gerai berhadapan dengan pusat urutan ini.Kebetulan semasa aku sampai dengan si Botak (adik aku) punya lah ramai yang sedang beurut di dalamnya..Tauke tempat ni pun panggil la aunty ni untuk tolong.Mula-mula dia urut ok la..rasa gak la..lepas 20 minit makin lama makin kuyu dan terus kuyu..sikit pun tak puaskan hati aku.Dah la tu sambil mengurut aku sambil membebel yang dia lebih baik pentingkan kedai dia dari tolong kat sini.dah tahu cam gitu buat ape la pi tolong aunty oi...sudahnya aku yang terseksa dan rugi..huhu..sabor je la.Dahla aunty tak mengurut tak cukup sejam..Tapi bayor tetap sejam..lak tu sikit pun tak lega..memang tak puas langsung.Rasa macam tak di urut jer..di tepuk2nya kaki aku wat menda!!!!Sedap lagi Atan picit kaki aku time nak tidor..Berupah..kena aku time tu berduit setengah jam RM5,kalau dah kering 15minit pun dah ok..lega lagi..Tah la..kalau nak tidur mesti aku upah Atan adik emak lain aku tu tolong picit2kan tapak kaki aku,kalau tak di picit tak boleh tidur la aku malam tu.Ada USquzee berharga RM1500.++ pun tak sedap seperti di urut dengan jari manusia..Rugi je beli mesin urut tu..huhuhu
Lepas aku berurut dengan aunty tu,aku beralih tempat ke sebelah botak.Masa tu Botak belum siap lagi di urut sebab dia lambat menunggu giliran.Huh! sedapnya aku tengok kakak sebelah aku tu duk mengurut customer dia,sampai leh terlelap..Aku pun sms lah Botak, " Aci dak aku nak tambah lagi sejam"?.... Tapi kali ni aku nak kakak Jawa tu yang urut aku.Aku tengok cara urutannya memang macam org ada ilmu mengurut dan tak ikut sgt urutan Refleksologi tetapi mcm urut tradisional.Tergelak kakak Jawa tu bila aku suh dia urut aku lagi sejam..
"Kenapa nak di urut lagi kakinya"..soal dia.
"Dah tak rasa apa kak,kaki saya di urut aunty tu,macam tak di urut je,"balas ku kembali.
Dan tanpa membuang masa kakak Jawa tu pun bertanya pada aku kat mana sebetulnya kaki aku yang sakit..Aku pun jawablah lutut sebelah kanan.Maka dia memulakan urutannya.Huh,kali ni baru aku rasa aku di urut..Berkerut dahi menahan sakit..Aunty tadi masuk balik dan bertanya kehairanan kenapa aku di urut lagi.Mahu saje aku cakap kau urut tak best,tapi aku hormat la org tua,sabor je la... Selesai mengurut untuk 3 jam,2 jam aku dan sejam Botak,kami membuat bayaran.Sayang betul Tauke tu tak reti berbahasa Melayu mahupun English,kalau tak aku nak juga minta diskaun tak puas hati hehehe...RM90 terbang..hehehe..Memang rasa ringan sikit lutut aku..naik tangga pun tak rasa berat sgt..Kalau la aku banyak duit nak je hari-hari aku ke sana.
ADIL KE MELUANGKAN WAKTU DENGAN ORANG LUAR DARI SAUDARA KANDUNG SENDIRI..ERGHHHHHHH...........