Wednesday 19 November 2008

sEtaHuN sUdAH....







Happy Birthday to u


Happy Birthday to u


Happy Birthday to Sofea


Happy Birthday to youuuuuuuuuuu.........

Sekejap jer rasa masa berlalu.Pejam celik dah setahun rupanya anak sedara ku ini.Rasanya baru jer pergi ziarah dia dan ibunya dulu masa di wad Hukm.Semoga Sofea Adreana Binti Affendi menjadi anak kebanggaan ibu dan abahnya...amin.

Friday 7 November 2008

PERGI


Persinggahan ini cuma sementara
Cukup masanya aku pergi jua
Kaki berat untuk melangkah
Kerana jiwa ada di sini
Tubuh serasa lemah
Tatlkala mahu pergi,
Pergi yang tak menjanjikan kembali
Aku ingin terus berada di daerah ini
Mengutip kenangan yang abadi
Sayang, aku dituntut pergi.
Air mata puas kuhambarkan, petanda aku
tak rela dikembalikan ke daerah lama.
Jiwa aku ada di jiwanya,
Hati aku ada di hatinya
Kasih aku dalam dakapan kasihnya
Namun aku tak mampu memilikinya.
Lantas pemergianku amat terdera.
Saat keberangkatanku, hati aku hilang
Jiwa aku terbang
Lantas aku merasa sebuah kekosongan yang amat dalam.
Pabila aku di daerah lama, tempat deritaku berlabuh dulu,
Aku pasti aku bukan lagi aku.
Pergilah hati nan pedih
Pergilah sepi yang menghuni hatiku
Pergilah rindu yang membungkusku.
Biar aku simpan semua kenangan yang bersemi.
Biar aku hidup dalam memori,
Seandainya aku kembali,
Aku harap tempatku bukan di sini lagi….



Nukilan
Ir.Ridzuan Hj Abdul Ghani
1 Julai 2006

Wednesday 5 November 2008

DIA MENYERANG LAGI..........

3 minggu yang lalu aku di serang sakit lutut yang amat sangat.Sehinggakan sewaktu petang khamis 23 Oktober yang lepas lutut ku seperti dah jem sesgt.Bayangkan aku menahan sakit,terencut2 dari bas stop menuju ke rumah.Huh! saat itu aku rasa macam nak terbang jer untuk sampai ke rumah.Menitik air mata aku menahan kesakitan.
Akhirnya hari Jumaat aku terpaksa amik emergency leaves kerana tak mampu n takut nak berjalan jauh.Mulanya aku ingat nak ke GH jer.Sebab hari tu aku dah buat Xray kat Hospital Ampang tapi menurut kata doktor tak de ape yang berlaku di lutut ku,tetapi doktor mengarahkan aku untuk membeli sejenis ubat.Aku sms Naimah minta tolong dia belikan.Dan alhamdulillah kini lutut ku sedikit beransur sihat tapi still makan ubat tu.Kata doktor ubat tu untuk menambah lendir di lutut aku yg kemungkinan dah kering sebab bila aku lipat2kan lutut ku itu ianya berbunyi seolah2 tulang yang dah reput.Gerun bunyinya.

Dalam pada aku sakit lutut,aku di serang kembali sejenis bisul di tubuhku.Kalau bahasa doktor2 ni ianya di sebut CABUNCLE.Bisul ni dah menyerang aku bukan buat pertama kali tapi dah masuk 3 kali.Cuma beza yang kali ini ia tumbuh di bawah perut.Syukur tak tumbuh di sebelah belakang badan.2 kali dah aku di tumbuhi seumpama ini di belakang dan dua kali juga aku terpaksa di bedah bg membuang ketumbuhan itu.Tak tahu kenapa tah bila ia tumbuh di belakang,aku akan mengalami demam yang teruk dan tak mampu untuk melakukan apa2 tugas harian.Lemah satu badan,dan jalan akhirnya terpaksalah menyerahkan diri ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu.Selagi tak di buang selagi itu aku akan demam.Tapi berlainan yang kaliini tumbuh di perut tapi aku tak demam cuma rasa pedih aje.Sekadar menyapu minyak gamat aku tawakal.

Bercakap soal pembedahan ni,aduh tak dapat di bayangkan betapa sakitnya ketika di dressing.Masa pembedah memang aku tak rasa apa-apa sebab aku di bius seluruh badan, sedar-sedar aku di kejutkan dan di bagitahu dah selesai di operated.2 kali pengalaman aku di bedah tapi setiap kali aku ingin memasuki dewan pembedahan,tak pernah aku rasa takut,gusar mahupun gementar.Alhamdulillah aku tak di beri kan perasaan macam gitu.Pembedahan pertama aku tika itu diakhir tahun 2005 setahun selepas arwah ayah pergi.Mulanya aku memang berkeras tak nak pergi hospital.Tapi ada seorang makcik berhampiran rumah aku yang aku panggil "mak Nyah" dan anak dia berkeras suruh aku pergi juga.Dan akhirnya anak maknyah bersama-sama aku menaiki bas menuju ke hospital.Dan akhirnya aku di tahan dan akan menjalani pembedahan kecil serta merta.Ini kerana aku mempunyai kencing manis yang agak tinggi saat itu.

Bermula episod aku sebagai penghuni wad pembedahan.Tapi aku tak kekok sebab sebelum tu pada tahun 2003 aku pernah mendiami wad perubatan selama 10 hari akibat serangan paru-paru berdarah.So tak de la rasa gementar.Tah la mmg sepanjang aku di ward aku mmg tak takut langsung.,sehinggalah ke dewan pembedahan.Pembedahan aku di lakukan pada sebelah malam.Tak silap aku dalam pukul 12 gitu lah aku di tolak ke dewan pembedahan.Di dalam dewan pembedahan iaitu sebelum aku di bedah,aku sedar masa tu doktor bius panggil nama aku kemudian di berikan aku satu alat semacam alat pernafasan dan si suruhnya aku sedut dalam-dalam dan akhirnya aku tak sedar ape2 sehinggalah aku di kejutkan dengan panggilan nama aku.Rupanya aku dah selamat menjalani pembedahan.Setelah berehat beberapa ketika,aku di tolak pulang ke ward kembali.Aku sempat menjeling jam di dinding jam tika itu 5.30 pagi.Huh nak dekat subuh selesainya.Aku naik ke katil dan terpaksa tidur mengiring sebab luka itu di belakang.Ubat bius masih ada so aku masih mamai.Saat aku mengiring di atas atas katil,aku terasa di belakang ku amat basah..Huh Banyaknye peluh aku,tapi aku pelik kenapa aku tak terasa panas pun.10 minit selepas itu,datang seorang doktor India untuk melihat keadaan aku..Alangkah terkejutnya doktor itu rupanya aku pendarahan(bleading)..

Suasana kembali tegang kembali.Ini kerana darah yang keluar begitu banyak.Setelah pendarahan selamat di berhentikan,dalam keadaan aku mamai, Nurse meminta aku untuk bangun sekejap dari katil untuk menukar cadar.Saat itu,Masyallah banyak nya darah aku yang mengalir di cadar tadi.Dan akhirnya aku di masukkan 1 pain darah baru.Penyeksaan yang tak dapat di ceritakan.Kalau ketika pembedahan aku tidak merasa apa-apa kesakitan tetapi saat aku di dressing,Azabnya Ya Allah Tuhan aje yang mengerti betapa sakitnya.Apatah satu hari tu doktor kata luka aku di jangkiti kuman dan terpaksa di bius untuk di korek sikit..Aduh,meskipun dah di bius tapi kesakitan itu masih terasa...Tapi hanya beberapa hari sahaja sakit yang aku terasa.9 hari aku di ward dan aku di benarkan pulang tapi kena pergi dressing sendiri di Klinik Kerajaan ampang setiap hari kecuali sabtu dan ahad di klinik biasa.6 bulan lamanya aku berulang alik mencuci sehinggalah luka tadi kering dan di tumbuhi daging yang baru.Ceh time tu pantang giler2 tu.Tak hingat punya.Masak nasi buang kanji 2 3 kali(last2 dah jd macam bubur) pastu makan sayur daun hijau jer.yang lain tak layan..Tapi bagus gak kesannya berat badan aku turun giler..hehehe tapi tu la time sakit jer nak pantang betul bila dah baik..hampeh..

kali ke dua aku di bedah bulan 11 2006.Tapi kali ni tak de komplikasi sgt dan hanya 4 hari jer di ward dan dressing setiap hari di klinik...Tapi mujur lah yang saat ni aku tak demam dan dah sikit kecik luka aku saat aku menaip blog ni.Kalau demam jugak,jawabnya kena operate lagi la...aduhhhhhhhhh