Thursday 16 October 2008

SYAWAL KALI INI

LAGU RAYA NI LAGU BARU YANG DI DENDANGKAN OLEH DJ MIMIE, ZAWAZI DAN DJ AZLAN OMAR
lagu baru yang sedap sgt


Syawal Kali Ini – Dj Mimie & Zawazi

Syawal kali ini
Nyata lebih bererti
Telah kita sedari serta menginsafi
Syawal kali ini
Membuka ruang hati
Sama kita syukuri nikmatmu Ilahi
Hidayah mu kau limpahkan bersulamkan keimanan
Meneguhkan ketakqwaan setiap insan

Di hari yang mulia ini
Moga kita di rahmati disinari cahaya yang abadi
Syawal kali ini
tak ku berpaling lagi

Dari jalan yg lurus yang engkau limpahi
Syawal kali ini aku bersujudku pada mu
ampunkanlah segala dosa-dosaku


Tuesday 14 October 2008

SATU HARI DI HARI RAYA

Tahun ni menu pagi raya di rumah Maksu berlainan dari tahun2 yang lalu.Rupanya maksu dan Ani berpakat untuk bertukar menu hari raya tahun ini dari kebiasaannya(nasi minyak+ gulai ayam kampung) kepada Nasi kapit(nasi impit) kuah lodeh+kuah kacang+rendang ayam kampung.Maka dengan itu,akulah yang bertugas menyediakan kuah lodeh dan rendang ayam tumis Johor(tak guna kerisik) atau di kenali sebagai nyor gula(baru tahu kerisik rupanya org Terengganu panggil nyor gula).Sehari sebelum tu kita orang sibuk proses buat satey.Sebanyak 10kilo dada ayam di potong untuk di jadikan satey.Seronok juga pertama kali belajar menyucuk sate.Hasilnya lebih kurang 500 cucuk terhasil dari 10 kilo daging dada ayam.Petang menjelang raya, aku sibuk memasak rendang ayam kampung sebanyak 2 ekor dan 2 biji kek coklat kukus.



Maksu terkenang zaman anak dara dia dulu.Masa tu maksu duduk ngan arwah mak dan ayah di rumah kami di Kg.Baru.Kata maksu jiran sebelah kami masa tu (mak Nenek ) selalu buat lontong kuah lodeh.So tahun ni dia teringin sgt nak makan nasi impit bersama kuah lodeh sbb dia tahu aku akan balik awal beraya dari tahun2 yang lalu.Lagi pula anak maksu Ani pun memang suka benar kuah lodeh ni.Aku terkial2 la ingat bahan2 yng biasa Along buat bila raya.Aku mmg tak pernah masak kuah lodeh sbb along yang biasa buat bila diirumah,tapi mujur aku ingat bahan-bahan untuk membuatnya.Alhamdulillah jadi juga kuah lodeh yang aku buat.



So menu untuk pagi raya hari tu ialah nasi impit kuah lodeh dan satey bersama kuah kacang dan rendang ayam kampung...fuh..sedapnya..ops lupa lak tak ketinggalan ketupat palas juga ade.hehe tak leh tinggal ar kalau ketupat palas ni.Tahun ni maksu tak buat Tapai tapi aku sempat jengah kat umah Mok teh dan sempat tolong bungkus dalam daun getah dan daun jambu arang..pengalaman yang indah.dan sempat juga aku masuk ke mulut dalam 3 bungkus tapai.hehehe takut gak nak telan tp dah teringin sgt nak wat cam ne tawakal je la.pastu lekas2 minum air masak banyak2.



Pagi raya memang terlau sibuk.Orang yang datang berpusu-pusu.Ani pulak beraya dulu sebelah suami dia di Besut tinggal la aku ngan adik aku terkontang-kanting sorg2.Jenuh naik turun tangga dari rumah bawah nak ke dapur tu terpaksa naik turun 4 anak tangga.Dan kesannya lutut aku yang dah memang loose bengkak dan sakit sgt.Ani samapi kul 12 hari raya pertama ngan suami dia,so giliran aku rehat pulak.Tapi tak ku sangka aku dapat berjumpa pakcik sepupu aku yang bertahun2 aku tak jumpa.Last aku jumpa masa tu aku di darjah 3 ke 4.Masa tu Pok Man Nikah dengan orang Ampang dan aku ngan arwah kakdik dan arwah kakmie(sepupu)pernah ke rumah dia di tasik Permai(satu lorong ngan Sahabat kakIxora).Tu la yang terakhir aku jumpa Pokman.Dan raya tahun ini aku di pertemuakan kembali.Mmg jauh berubah la wajah pokman,dan aku hampir tak kenal dia.maklumlah masa muda dia la antara pok sedara yang paling handsome bila pokman dah tua ni lain ar...sorry pok man hehehe.Bila semua org yang berziarah ke rumah maksu pulang giliran kami pulak beraya ke rumah mak2 sedara,tok2 sedara yang semuanya hampir2 jer rumah mereka.

Dah abis tawaf keliling kampung yang hampir2 semuanya, maka mula lah kami bergerak ke Taman perumahan baru bersebelahan Airport Kuala Terengganu.Aku dan Nazirah (sepupu) membonceng motor manakala mok su,shah Ani N Hubby serta adik2 nya menaiki kereta.Lagi syok naik motor sebab jalan menuju ke airport menyusuri laluan tepi pantai.Kawasan sebelah airport ni kawasan baru dimana pok long,dan adik mak(pokcik) serta sepupu aku menetap di sini.Dia orang ni dulu duduk sama kawasan dengan rumah mok su.Tapi oleh kerana nak tukar angin dan kerajaan Terengganu yang sememangnya baik hati bagi tanah baru kat mereka maka mereka mendirikan rumah baru di sana.Pokteh ngan moksu pun ada rumah juga di sini tapi mereka menyewakan pada student2 UMT dan lebih suka dudk di rumah dan tanah yang sedia ada.

Rumah pertama yang kami singgah beraya ialah rumah Pokcik kemudian rumah kakTie(sepupu) dan yang terakhir rumah Pok Long.Dekat rumah kakTie kat Tie menghidangkan kepok lekor Bukit Tok Beng( kedai Mek Ta(sepupu)) yang memang popular.Dengar kata keropok lekor Mek Ta ni mendapat sambutan sehingga dari kerabat Di Raja Kelantan.Memang sedap dan aku rasa lebih sedap dari keropok Losong sekarang ni..terbukti pada raya ke 3 Ani beli sepuluh ringgit keropaok kak Yah Losong tapi rasanya dah tak seberapa dan lelangit jd gatal.Mungkin isi ikan lama atau sebaliknya.

Selesai raya pertama dan raya ke dua kami hanya di rumah berehat dan bakar lebih2 satey untuk di makan.Raya Ke 3 aku pinjam kereta Ani untuk ke Wakaf Beruas menziarah dan beraya di rumah Pusaka Arwah mak Long(sebelah ayah) yang kini di didiami sepupu aku (kak Zam bersama Seorang anak perempuan dia.Kemudian ku ke Paloh(Sg.Kiat) ke Rumah arwah Mok ngoh (belah ayah juga).Hajat di hati nak singgah di kampung Tok Kaya sebab kat sana ada rumah tok sedara tp sayangnya tuan yang punya kereta call nak pakai kereta maka hajat aku untuk menziarah anak2 Tok sedara aku di batalkan.Maklumlah nama pun pinjam kereta org.Nak sewa kereta,kereta sewa habis maklumlah raya.Saudara mara sebelah ayah ramai di sebelah DARAT manakala sebelah emak ramai di sebelah PANTAI.

Wednesday 8 October 2008


AYAH-MAWI
Ayah..
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini
Ayah..
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak daya ku membalas jasa dan budimu
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapat ku membalas jasamu di dunia ini
Di pagi rayaku pohonkan kemaafan,
keinsafanku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...
Tanpa kamu hilanglah haluan hidup
kuterasa siksanya di jiwa ini
namun aku
tetap redha apa yang mendatang
Di pagi raya ku pohonkan kemaafan, keinsafanku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...Ayah..
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini
Ayah..
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya iniku merinduimu.