Wednesday 30 July 2008

PAGI YANG GELAP

Huh..pagi ni tetiba lak tekak ni terasa nak sangat makan nasi lemak mamacyg @ mamatunggal.Paling aku suka daging dendeng dia..kalau sebelum ni daging tu mama masak rendang tok leh tahan juga tapi sekarang mama tukar buat daging dendeng Perak pulak.Aku samapi kat gerai mama pagi tadi jam 8.15.Ape lagi dengan segera aku suruh mama bungkus ..mama ingat kan aku nak lepak sana macam biasa.Sorry la ma tak de time..hehehe sabtu ni ila pi lagi k..

Lokasi berniaga mama:
berhadapan dengan pasaraya Hock Chun(seberang jalan)menghala Ampang -
ISNIN hingga JUMAAT
SABTU depan 7 ELEVEN menghala ke Sucasa Hotel...
cuba lah boleh tahan dan harganya memuaskan...

Note untuk kakAA:
ila baru teringat mama pernah tanya ila kenal ke kakAA,sebab kata dia,dia teringin nak jumpa kakAA sebab dia tahu kakAA sahabat lama..dia kata dia tak pernah jumpa akak.Tu yang di beritahu semasa kalai pertama ila makan di tempat dia...

Tuesday 29 July 2008

YER YER...ORR......

Sabtu 26 Julai 08....

Huuh..sungguh membosankan..terlalu bosan duduk di rumah sehari suntuk..setelah hampir sehari aku menghabiskan waktu menonoton rancangan TV,akhirnya aku bersuara pada adik aku yang bongsu.Wey! jom gi Jalan TAR..boring ar..aku belanja tambang....RM2 je dua hala...ok set...

Sampai di KL,aku dan adik menuju ke Jalan Masjid India.Kat sana ada seorg sahabat Klfm Juga berniaga beg2 balik kampung dan beg2 tangan....harganya boleh tahan jugak...berkenan betul aku dengan beg yang berwarna pink tu...tak pe2 nanti aku beli untuk balik kg raya ni...hahahaha lagi pun beg balik kampung aku selama ni yang aku pakai zip dia pun dah patah.Beg tu sayang juga sebab kaler purple lagi pula beg kurma ayah pergi haji tahun 2002 dulu.Aku dan adik lepak kejap jer kat kedai kakZah tu..Malas nak lama2 org ramai sibuk memilih..Aku menuju ke pasar malam yang berhampiran..Pasar malam KL yang amat masyur itu aku susuri bersama adik sambil memrhatikan juadah2 yang di jual di situ...huh sesaknya dengan lautan manusia..pening kepala aku.Sambil berjalan aku sempat bisik kat adik yang aku sebenarnya berkenan kat beg pink kaler tu..wah..rupanya dalam diam adik sms kat kakZah bagitahu aku berkenan dan aku tanya bape nak bagi diskaun kat aku..tak mahal pun RM10 jer..kakZah kata mai la singgah balik nanti amik..



Setelah menyusuri lorong org berjual aku berpatah balik ke belakang untuk pergi semula kedai kakzah td.Aku sempat beli jering muda(ulam paling aku minat selain petai dan kerdas) dan juga rangka ayam..manakala adik aku tak beli ape2..ntah la bila dah banayk sgt org meniaga mmg tak tahu apa yang nak di beli.Nak gelak pun ada semata-mata dr Ampang itu je yang di beli..Ceh! buang karen.Sebelum tu sempat juga aku belikan kakZah apam balik.Bila sampai kembali kat tempat kakZah tadi rupanya kakZah sedekah je kat aku beg td yang aku kenan tu..huh aku nak hulur juga tapi dia berkeras menolak..Alhamdulilah moga2 rezeki nya murah..Kakzah ni sebenarnya ibu tunggal dan membesarkan anak2 dengan berniaga beg.Lama jugak aku melepak kat sana dan selepas kami mohon izin untuk pulang dan ucapkan ribuan terima kasih atas beg yang di berikan pada ku kami berangkat pulang ke rumah..



Dalam bas tetiba lak perut ku terasa lapar.Kami lajak bas turun di Tasik Tambahn untuk makan di gerai BONDA di Sri Taman Baru.Aku order nasi goreng campur 2,milo ais dan air 8.Air 8?...Air 8 sebenarnya air limau kasturi yang di blend seperti membuat air fresh oren tetapi mengunakan 8 biji limau dan tidak di buang kulit.Rasanya masam2 manis dan kelat.huh memang puas buat hilang dahaga.Harganya leh tahan juga..cuma RM3 segelas besar.



Terima kasih abah sehelai tudung bewarna hijau muda.Ip tak de baju hijau tapi pagi ni pakai buat gi kerja sbb baju kerja tshirt putih dan seluar hitam so rasanya tak janggal kut.



Akhirnya aku dapat juga bergambar dengan Afiq.Pic ni di snap menggunakan hp camera shbt alongayu..aku pakai hp cap ayam jer yang boleh 3G jer wakakakaka.............Lokasi rumah baru Opah Izan...

Tuesday 22 July 2008

DIA DATANG LAGI....

Musim buah datang lagi.Aduh alangkah enaknya kalau aku dapat menikmati durian bersama kuah santan macam bekas emak tiri aku selalu buat dulu2.Apa daya aku takut untuk menikmati buah yang bernama durian ini kerana aku menghidap kencing manis.Dulu arwah akak hanya menjamah 3 ulas jer durian tapi azab yang dia terima selepas tu Tuhan je yang tahu..kesan selepas tu kaki sebelah dia mengelembung air dari tapak pergelangan kaki sehingga ke betis....dah lah tu bila pecah gelebong tu nampak isi dfaging merah macam kena bakar...eii ngeri aku bila teringat...kalau aku teringin sgt pun paling banyak pun 2 ulas je aku berani pas tu aku akan minum air masak banyak2.

Kebiasaan bila musim buah datang,lebih2 lagi durian arwah bapak pasti tidak ketinggalan membelikan untuk isteri dan anak2 nya...kekadang tu sampai ke Pahang dia mencari.Tapi yang bestnya untuk aku di belikan buah rambutan(gantian) ataupun makanan lain..huh kekdg tu jahat gak ngendeng sikit ngan adik2.Adik2 aku tu mmg giler durian,kalau dapat tak sodar diri...tapi yang paling best aku selalu suruh UMMI(mak tiri) buat kan kuah santan campur durian..(masa tu aku tak de kencing manis lagi)..hahaha bukan tak reti nak buat saje nak mengada2 ngan mak tiri aku.Arwah ayah mmg suka beli tapi dia mmg tak makan durian sama macam aku.Takut dia kata.Tapi kalau cempedak aku lagi suka.

Ayah aku ni jenis suka beli dan bg anak2 dan isteri puas makan.selagi ada yang merungut tak puas makan selagi tu dia akn belikan..Kalau cempedak aku lagi gomar.Bapak kalau beli selalu suruh aku gorengkan..pernah dulu dekat sepuluh biji bapak belikan dan isinya mmg besar2.Puas aku ngan bapak makan cempedak goreng,Tapi ummi dia lebih suka makan macam ala2 makan durian dia tak suka goreng.Dan pernah juga aku goreng banyak2 menjamu kawan2 aku di kilang tempat lama aku bekerja(sebab dah puas makan)..

Tu la bila musim durian ni aku teringat kat ayah.Kesian adik aku 2 org tu.Dah tak dapat nak menikmati lebih2 macam ada ayah dulu..dah hampir dekat 4 tahun ayah pergi 4 tahun la mereka tak merasai.Ada juga la along belikan tapi tak lah dapat semewah dulu.Along pun ada sakit macam aku sebab tu dia pun tak baper nak beli.Bukan ape kalau dah beli kan mula lah sikit2 nak rasa..lupa nanti sakit yang di hidapi.

Monday 14 July 2008

JUMAAT YANG GILER...

Ops!! bukan hari yang giler tapi aku yang giler..hehehe..Hari Jumaat penghulu segala hari,tapi nak di jdkan cerita Jumaat hari tu aku buat keje giler yang selama ini tak pernah aku buat..Macam biasa sejak along keje di tempat baru ni,hanya pagi nak ke tempat keje je aku tumpang dia dan balik sendiri.Entah ape mimpi tetiba pulak aku teringin nak pusing2 kl dgn bas rapid yang hanya RM2 untuk sehari perjalanan..hahaha

Dari Lembah Jaya selatan tempat aku bekerja,aku menaiki Rapid 28 menuju ke bas stand hadapan LRT Ampang.Aku turun kat sini sebab nak tukar bas ke rumah aku terus so tak payahla nak turun2 lagi untuk menaiki bas balik ke rumah.Aku menaiki Rapid 29 dan terus ke kl...Yang kelakarnya aku langsung tak turun dr bas sebab aku just nak pusing2 kl jer...Jalan Jem giler tu mmg dah dari dulu.Ingatkan kenaikan harga minyak kenderaan yang melalui jalan Ampang akan berkurangan rupanya same jer..Mujur lah aku tak kerja kat sekitar kl..kalau tak peritnya nak melalui kesasakan yang akan menyesakkan nafas ku..Cukuplah dulu tahun 1997 ketika aku bekerja sbg kerani di Jalan TAR..Time nak balik dr kerja tu aku betul stress.Kalau kena bas penuh berdiri lagi la sakit.Bayangkanlah aku kuar opis time tu baru pikul 6 tapi kkdg tu sampai umahdekat 8.30 gara2 bas lambat dan jalan yang sesak...Alhamdulillah walaupun aku skrg hanya kerja kilang dan pendapatan aku rendah tapi aku syukur tak perlu nak menghadapi kesesakan.

Seronok jg duduk dalm bas sekali sekala melihatkan gelagat org awam menaiki bas dan bermacam2 ragam berebut2 menaiki bas yang sesak..HUHU tapi yang aku bengang dan menggelengkan kepala gelagat org asing yang tak reti dan tak de peraturan bila naik bas.Sesuka hati menaiki bas ikut pintu belakang dan bila tersepit menggelupur..nasib tak alami kecederaan.Nak salahkan Driver tak boleh juga.Pimtu belakan untuk penumpang yang keluar yang pi naik sape ajar..kan dah dapat hadiah..dah la tu leh la menyelit duduk kat tempat letak kaki penumpang yang duduk di kerusi tinggi di sebelah belakang sekali.Dalam hati aku kata sah betul la DARAT tak pernah naik bas kut...memalukan bangsa jer,dia buat macam suasana kat tempat dia jugak...uhhhh....

aku sampai rumah hari tu pukul 740..kelakor dan kerja giler yang belum pernah aku buat sebelum ini....

Wednesday 9 July 2008

TAK DE APE YANG NAK DI LETERKAN

Rasanya dah beberapa hari aku tak merapu dalam blog aku ni.Blog tempat aku meluahkan segala yang terbuku , suka, duka segalanya umpama aku menulis luahan hati di dalam sebuah diari..so pada yang nak perli2 aku bila baca blog ni,sila tutup pc anda atau jgn langsung nak jengah2 kat sini k.Tiada kaitan samada yang hidup mahupun yang mati..Jangan terasa apa yang aku tulis.Niat aku menulis kat sini bukan nak sindir2 org atau nak perli2 orang,kalaupuan ada yang terasa mungkin itu hanya sekadar kebetulan.Letih la nak layan org yang mengong macam ni..ni hak aku suka aku la nak kata ape pun kat sini.tak yah nak gatal2 nak perli2 aku eik...k la buat masa ni aku mmgg tak de benda nak di ceritakan.Tunggu la kalau mood aku kembali pulih semula..akan ku karangkan kembali ke laman ku ini....Esok genap 18 tahun pemergian emak ke rahmatullah..semoga roh mak di cucuri Rahmat....kakGie rindu emak....