Friday 30 May 2008

DAN eMAIL LAGI....

Indah nama kerana "sebutan"
Indah budi kerana "sopan"
Indah otak kerana "keintelektualan"
Indah orang kerana "kecantikan"
Indah mulut kerana "perbahasan"
Indah mata kerana "jelingan"
Indah pipi kerana "kegeburan"
Indah bibir kerana "kemuncungan"
Indah gigi kerana "jongang"
Indah tangan kerana "ketangkasan"
Indah kaki kerana "kepantasan"
Indah lutut kerana "kebulatan"
Indah siku kerana "ketajaman"
Indah sendi kerana "tulang"
Indah suami kerana "kewangan"
Indah isteri kerana "kemanjaan"
Indah boy fren kerana "kehenseman"
Indah girl fren kerana "kecomelan"
Indah baju kerana "jahitan"
Indah tudung kerana "pemakaian"
Indah buku kerana "tulisan"
Indah kayu kerana "ukiran"
Indah bangunan kerana "rekaan"
Indah tangga kerana "susunan"
Indah longkang kerana "kebersihan"
INDAH WATER" kerana "JAMBAN

Email dr seorg Sahabat


Cantiknya seorang wanita itu,

sebagai gadis

bukan kerana merah kilau lipstik

pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja

tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa

tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak

tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri

merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu

menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu

membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua

telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek

menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegarapeka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua

menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis

menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah

mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Thursday 29 May 2008

SETERUSNYA DI IPOH.....


Hari ke-2 aku tak kemana.just lepak kat rumah Ani dengan mekTa(kawan Ani).Maksu,Paksu dan adik2 Ani dan suami dia berjalan ke Cameron Highland.Nak ikut kereta tak cukup besar..hehehe lagipun aku dah pernah ke Cameron,so biarlah maksu sekeluarga pulak merasa ke sana.Tak de ape aku nak buat so aku tidur n tgk tv jer.Bila lapor gi dapur goreng kepok lekor..hahaha..Malam tu aku pe kena pulak laksa Penang.Aku suruh Ani belikan kat Pasar malam.Rasanya tak sedap mane..(sedap lagi yang aku buat)makan pun tak habis.Kuah dia macam kedekut asam n ikan.Apa tah...

Keesokan harinya,hari ke-3,selepas sarapan pagi,Ani mengajak aku ke Bukit Gantang rumah kawan sekerja dia dulu.Jauh juga perjalan ke sana.Maklumlah jalan lama tak naik h/way..Aku tertegun kat sini.Di sini ada juga di sediakan beberapa "home stay" dan semua rumahnya kebanyakkan rumak Perak lama.Sayang pic yang aku antar rupanya tak lepas kat kgmms..ke laut kut..Sesampai jer kat rumah Lia(kawan sepupu)kami dilayan baik sangat.mak dan ayah Lia begitu ramah.Sedangkan aku pertama kali jejak n berjumpa dgn mereka.Mulanya aku tak faham sgt loghat depa ni,sebab cara percakapan mereka mcam ke arah Kedah.Kalau loghat Kedah aku mmg dah biasa cumanya yang buat aku tak faham mereka cakap terlalu laju.Yang mana aku tak faham tu aku skdr em ha uh oh kahkahkah,wat macam2 faham jer.

Baru jer duduk dalam 10minit,kami di jamu makan tengahari.Banyak juga lauk yang sedap2 di hidangkan.Antaranya,ikan duri masak kari,pajeri nenas,ikan keli masak tumis cili,sambal belacan dan ulan selon(petik belakang rumah tu).Yang paling bestnya,"pajeri nenas"la.Selesai makan,kami pakat turun ke sungai di hadapan rumah untuk mengutip siput sedut.Pengalaman paling menyeronokkan dan pertama kali dalam hidup.Siput ni hidup di tepi2 menghala ke tebing.Dan dia selalu nya melekat di pohon2 yang jatuh ke dalam sungai.Eiii...mmg seronok giler la.


Sekali kutip dapat kat satu2 tempat tu dapat dekat sepuluh ekor.Ada yang kecik ada yang besar semua kami bedal amik.Leka sampai dekat setengah jam kami mengutip dan hasilnya mmg best.Dapat setengah baldi kecik.Aku anggar dalam 3 kilo kut.Di sebabkan guruh sudah berdentum,aku dan adik2 sepupu pun naik semula ke atas.Tak sabar rasanya nak balik masak siput yang kami kutip tadi. Bukan tak pernah makan siput sedut,tapi siput ni lain sikit dari siput yang biasa di jual di Pasar KL.Warnanya pun sedikit gelap.Setelah beberapa jam kami di sana,kami mohon beransur dan di bekalkan dengan kerisik buatan sendiri,ulam talang(first time dengar) ulam raja dan sebekas siput sedut yang kami cari tadi.Sebelum pulang sempat juga ler bergambar kenangan di tangga rumah Lia bersama ibu bapa Lia dan adik Lia.Memang best.Aku siap cakap lagi nanti ada rezeki dan waktu,ila nak mai lagi nak sewa home stay kat depan sana.Makcik jawab,"tak payah dok sewa kat sana, mai ja sini free ja..hehe aku tersengih jer...Insyaallah akan sampai lagi aku ke sana untuk ke2 kalinya... Setibanya di rumah aku lepak dan mandi..makan malam tu maksu masak ikan talapia sambal.Ikan tu di pancing di lombong belakang rumah mertua Ani di Malim Nawar,Kampar.Masa dia balik dr Cameron dia singgah.
Hari ke-4,ari ni aku kena ke dapur sebab Su aku dah mabuk n pitam angkara bauan colok India jiran sebelah..bau dia mmg tak hingat..Ape lagi aku masak la apa yang aku tahu.Kebetulan siput semalam ada so aku ngan mekTa bedah siasat(potong muncung)siput ber2.Siput tu aku masak lemak cili api,pas tu tumbuk sambal belacan untuk di makan dengan ulam Talang semalam dan ulam raja dan goreng telur jer.Hish,banyak juga dapat siput.Boleh 2 kali makan.Rupanya dema semua tu tak pernah makan siput pas tu dema kata masak lemah cili pai aku ni lain.Aku tanya lah lain tak sedap ke?Dema kata tak lah mmg sedap dan sepupu aku kata lain kali nak wat gitu gok tapi nak masak ayam.(bukan nak puji tau)aku masak ni stail N9.Tak pakai bawang dema tu biasanya pakai bawang.memang lain sgt la rasanya..
Aku kalau masak lemak cili api bubuh bawang memag tak sedap.Ulam talang tadi pula first time aku makan.Not bad rasanya..lebih kurang macam pucuk mengkudu,tapi dia tak berapa pahit.Kelakarnya aku sorang jer yang makan ulam tu..selebihnya aku bawak balik kl sbb banyak tak da org nak makan.Kalau nak rasa gi la rumah amik ada sikit lagi.cicah ngan sambal belacan memang sedap.Selesai makan tengahari,Ani ajak aku berkelah di air terjun berhampiran.Tapi aku malas la.Aku suruh dia jer gi ngan adik2 n mak ayah dia.Balik depa dr kelah rupanya maksu beli limau tambun untuk bawak balik ke Terengganu malam tu.Lama dah aku tak makan limau tambun ni.syg kredit aku dfah habis kalau tak aku mmg antar ke kg dan save kat blog ni.
lepas makan malam,Ani dan Hezreen menghantar Emak,Ayah dan adik2 serta mekTa ke stesen Medan Gopeng,Ipoh.Malam tu mak su berangkat pulang Ke Terengganu.Malunya aku masa tu,Maksu hulur kat aku duit RM 20 untuk wat belanja tengah jalan.Tahun lepas balik tghnu di hulurnya kat aku RM30.Aku malu betul.Mulanya aku tolak tapi maksu suruh juga aku ambil.Macam dia tahu2 jer aku tgh kering.Sepatutnya 26 aku dah gaji,rupanya hari tu gaji aku tak keluar.Duit pulak dalam beg tinggal RM 20 jeer.Nasib baik ada jer halangan nak jumpa kakSU.Kalau jadi tak tahu lah aku macam mana.Ingat nak belanja kalau isnin hari tu keluar gaji,tapi hampeh..pagi tadi cucuk baru keluar.
Sebut nak jumpa kakSu mmg tak de rezeki. Tapi tak kisah la kami dah 2x berjumpa.Ahad kakSu balik kg.Isnin pulak aku ke bukit Gantang.Bila tiba selasa pulak kakSU ada kerja luar kat Tanjung Malim.Ingat malam selepas antar maksu nak ajak Hazreen ke rumah kakSU,malangnya kawan Hezreen dr Kampar nak dtg.Aku jadi mangsa masak mee goreng..hahahafuh semangat.kawannya 2 org jer masuk Hazreen 3 org tapi mee sebungkus habis licin..aku tak dan nak jamah..huhuhuhu..adatlah org lelaki kuat makan.
Dekat pukul 12 baru dema tu balik.Aku duk lepak dalam bilik sambil belek2 album kahwin Ani tahun lepas.Ada lah 3 4 keping aku tarik keluar nak buat kenangan.Esoknya pagi2 aku masej kat Ani ajak gi beli limau.kelakar padahal satu rumah tapi aku segan nak keluar sebab dia tidur dgn suami dia di ruang tamu.Lepas aku masakan sarapan ansi goreng petai,kami pun keluar la menuju ke Gunung Rapat untuk beli Limau Tambun.Aku beli 4 biji(RM20).Satu tu mmg dah niat nak bg En.Karim sebab ri tu dia bagi tiket free kat aku.Tak sedap plak bak kata pepatah.."org berbudi,kita berbahasa"...Nasib Maksu bagi RM 20 semalam.Balik tu singgah ke pasar.Ani minta kau buat kan kari ayam dan sambal belacan banyak sikit(nak wat stok).ntah la dia kata suami dia suka sambal belacan dan kari aku.
So sebelum pukul 2 aku macam charlie chaplin sediakan lah kehendak dema.kesian pulak..selesai masak jam dah pukul 1.Kelam kabut makan mandi pukul 1.40 baru keluar ke Medan Gopeng,Ipoh.Nasibla perjalanan hanya 10 minit dr Simpang Pulai.Setiba di sana bas dah tersedia,dan bergerak pulang ke KL tepat 2.10ptg(ada penumpang yang lambat)..selamat tinggal Ipoh..n aku janji aku akan datang lagi









HARI PERTAMA dI iPOH...

Aku bertolak ke Ipoh pada 24 Mei 08.Excited punya pasal se awal 7.15pagi aku dah berangkat ke Pudu Raya dengan menaiki Lrt.Huh!..ingat kan along nak antar ke Lrt,aleh2 gi ler sorg2 dia demam la pulak.Aku sampai kat Pudu kira2 pukul 8.40.Duduk la melangup sekejap sementara nanti bas tiba pukul 9.30.Tepat 9.35 bas aku bergerak ke Jalan Duta dan seterusnya ke Ipoh.Sepanjang perjalanan aku menghabiskan dengan tidur(malam aku tak lena tidur..hehehe).Sedar2 aku dah sampai di Plaza Tol Simpang Pulai.Entah macam mane tergerak hati aku nak telefon ke sepupu aku.Aku bagi tahu dia yang aku dah sampai di Plaza Tol Simpang Pulai.Mujur dia bagi tahu cepat yang aku boleh turun selepas petronas Simpang Pulai.Ceh!! bukan dia nak bagi tahu awal2.Dengan muka separuh mengong aku pun secepat kilat bagitahu la kat abg driver tu.Rupanya dr Plaza Tol tu dalam 5 minit dah sampai kat situ..

Sementara sepupu aku tu sampai,aku pun terus menerpa ke kedai runcit berdekatan beli roti krim(lapor giler).Sepanjang perjalanan mmg aku tak makan ape pun mahupun meneguk air.Aku ni pantang kalau berjalan.Kalau dengan adik-beradik tu dah biasa sgt singgah menyinggah kat stesen minyak..hehehe.Dalam 10minit sepupu aku pun dtg bersama adik dia dan aku pun berjalan kaki ke rumahnya.Letih jugak..Bukan ape cuaca agak panas kena pulak perut mmg lapor giler..Setibanya aku di rumah Ani(sepupu) aku terus ke dapur untuk ber salam dgn maksu.Last aku jumpa maksu tahun lepas,masa nak dia yang duduk Ipoh ni kahwin di Terengganu..Pertama aku tanya,ada sotong tak..?huhuhu jawapan yang aku terima ombak besar,tak de org nak turun ker laut..Tapi kepok gote @ lekor ada la..tak pe la layan sedap gak..Ghupe2nye kopok ni kopok kak Nita(sepupu)sedap gak..Tapi tak sehebat kepok Losong la..Janji kopok hehehe.

Habis sepinggan keropok,kebetulan si Hezreen(sepupu Suami) balik dr kerja maka aku pun sama2 makan nasi tengahari.Selera giler..tgh kebulur la katakan.Alhamdulillah rezeki tengahari tu.Selesai makan sambil berehat,maksu mula berstory kat aku kerenah adik2 sepupu,pok2 sedara dan perihal org2 kg.Banyak juga ler kami pot pet pot pet...kiranya seisi meluah perasaan.Ada suka,duka,dan yang paling menyayat hati kisah pak long yang mmg dari dulu aku tak bape suka akan perangai dia.Kiranya pak sedara aku yang susah aku nak cakap ape jenis org tah..Selalunya To'ki aku yang sememangnya uzur duk tinggal dgn maksu dan bergilir dengan pok teh,entah macam mane satu hari tu,paklong aku kononnya datang ke rumah maksu dan bagi tahu nak amik To'ki dan duduk dengan dia.Kononnya Pak long kata selama ni maksu n pok teh amik semua duit2 to'ki.Padahalnya duit2 bantuan yang toki dapat tu kata maksu dia wat beli pampers dan berubat sikit.Aku kata ke Su mmg doh,tokkan kita nak amik duit dia,mmg tu la yang patut di beli pun.Lagipun Maksu bukan lah senang mana.Walaupun dia berniaga makanan tapi anak 2 org masih ber sekolah.

Aku pun memang dah sedia maklum akan perangai pakLong tu..Sebenarnya dari dulu mmg dia ni jenis tamak.Aku pun mmg jarang nak ke rumah dia kalau sesekali balik ke kg.Aku naik meluat dgn perangai dia.Arwah bapak pun dulu ada cakap sikit2 perangai negatif pak long.Paling aku sedih lagi masa maksu cerita,lepas di ambil toki,satu hari tu hati Su teringat sangat ke To'ki.Dia pun ajaklah poksu gi jengah sekejap to'ki di rumah pak long bersebelahan Lapangan Terbang Kuala Terengganu.Sampai kat rumah pok long terkejut Su tengok keadaan To'ki.Nak menitik air mata aku masa Su bagitahu,kuku to'ki panjang badan dia berlendir pastu paling aku geram dengar kaki toki penuh di urung semut gatal(semut api).Aku dapat bayangkan dengan keadaan toki yang terbaring dan semut api pulak penuh di kaki.Su kata menangis su kuis2 bung semut kat kaki toki.

Aku tak faham la paklong tu.Elok Su n pok teh yang jaga,tapi sebab dengki n tamak dah menguasai diri dia sanggup amik tapi tak tahu nak urus macam mana org urus.Sudahnya Su balik dan suruh pokteh pergi amik balik toki ke rumah..sakit hati aku mendengarnya.Walaupun aku ni jauh dan tak dekat macam cucu toki yang lain tapi aku selalu juga bersms dengan Su untuk bertanya Khabar.Entahla,mungkin tu bahagian masing2..Susah untuk di perkatakan.

Bila malam menjelma,aku bersama mereka jalan-jalan ke pasar malam.Tak ingat pulak belah mana.Tapi sempat juga lah singgah ke restoran Mee Rebus Ramly yang di katakan antara mee rebus yang paling sedap di Ipoh.Aku singgah ler beli 2 bungkus jer.Harga sebungkus RM3.50.Boleh tahan juga banyaknya.Rasanya boleh la..Sebab aku tak baper gemor sgt mee rebus ni..Malam tu kenyang giler perut aku ni ngan soto, mee rebus, bontut(ops!) ayam..hehe mengkedarah ape..




Friday 23 May 2008

REF: STAFF MEETING

Pagi ni aku terima Faks nota yang petang ni akan diadakan meeting tergempar.Yang paling memeranjatkan aku,antara meeting agenda petang ini ialah OFFER TO RESIGN FROM COMPANY. hai entahla,dah lah hutang banyak.Kalau setakat hutang ayah tu leh la di tangguh kan dulu,sbb tak banyak pun lagi.Tapi menyesal pulak aku amik USquieze ari tu.Maklumlah guna kredit kad along.Dah la along pun tgh problem pasal kerja juga.Company dia dah tutup cuma dia jer n srg lagi kakak still kat situ,Mujur along ni bhgn akaun so nak kena seatle down dulu maka leh la dia still kat sana lagi untuk beberapa bulan,tapi problem juga boss dia turun kan gaji terlalu banyak,sbb tu bila tadi aku bagitau hal aku ni,dia dah mula pening kepala.

Tu dia,aku ni ha..dah lah susah nak dapat kerja.Aku ni badan dah la tak macam org.Susah beb nak dapat kerja.Sebab tu aku tak berani nak tukar2 kerja sgt,Dari aku mula kerja tahun 1999 sehingga skrg ni adalah company ke dua aku bekerja.Yang dulu aku berhenti pun sebab arwah bapak meninggal.Takde org nak cara kedai.2 tahun aku rasa rugi pun ada sbb EPF tak de.

huhuhu nak nangis jer rasa dah ni..kalau ada bapak aku tak risau sgt,leh gak tumpang2 gantung hidup sementara.Aduh..tah la..fenin fenin...so pape pun tunggu lah petang ni keputusannya....
SAMBUNGAN...
Maka petang hari Jumaat aku bersama seorg lagi rakan sekerja bersama En.Karim bertolak ke HQ yang terletak di Plaza Ampang City.Mesyuarat bermula pukul 4.15 ptg.Ada beberapa agenda yang di ketengahkan dan rupanya OFFER TO RESIGN FROM COMPANY tu di buka selepas bulan Jun ini untuk sesape jer staff OILGON(nama company aku) untuk menyertai our CCo aku punya new company.Ceh..wat suspen jer...Rupa nya COO aku ni ada new project n dia mengalu2kan sesape jer untuk sama2 menyertai syarikat baru dia..walau bagaimana pun syarikat lama ni dia still juga.Selesai meeting kuar jer dr HQ aku bantai gelak ngan rakan sekerja ku..Hampeh..Syukur pada Allah Swt..rezeki aku masih di sini,Alhamdulillah

Wednesday 21 May 2008

Tahniah KakPosh n selamat tinggal KLFM


Jangan betulkan PC anda..hehehe.Satu2nya gambar kenangan bersama akakDiva@kakposh. Pic ni di rakam di Taman Tasik Titiwangsa semasa hari Wilayah.Berita kenaikan pangkat dan pertukaran kakPosh ke Miri aku ketahui semasa aku pergi mengambil hadiah perfume di pejabat Warta Perdana sabtu lepas.Pertama kali aku bersua dengan kaposh mmg org nya tak sombong n very friendly.Aku baru jer belajor mengada-ngada macam beberapa sahabat lain di kg mms mintak lagu kat kakposh..hehehe jgn marah yer abg2 n akak2 yang ip syg..Pertama aku minta lagu kat kakposh masa tu melalui laman mms.Wah! masa tu aku mengada-ngada nak lagu dendangan Us.Akill,tak sangka kakposh tunaikan..senyum lebor masa tu.Seingat aku last jumpa kakPosh masa tu di pejabat klfm last month.Masa tu ajak abah temankan amik hadiah juga menang ops sambar.Lama juga kakposh borak ngan abah, aku numpang sekaki.
Dan kali ke dua aku minta lagu ngan kakposh melalui sms ke telefon bimbit dia.Masa tu hati ku sebak jer sebab org semua sibuk mother's day.Aku mintak jasa baik akakposh untuk di keudarakan lagu samaada Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu ataupun dr Sudirman Hj.Arshad.Dan tak ku sangka selepas berita jam 11 pagi kak posh ke udarakan permintaan ku.Masa tu aku betul2 menghayati bait2 lagu tu dan tak semena-mena air mata ku mengalir keluar.Kawan sekerja perasan beb..Malu aku..Aku jarang sgt dengar kalau kakposh on air masa KLKL.Kalau time salam interaktif pun kkdg tu tak dapat nak dengar.Kekadang tu sibuk.Kalau KLKL plak aku hanya sempat dengar time dalam kereta along jer sementara sampai ke rumah.Maklumlah aku tak dak radio kat umah(kalau nak dengar boleh radio adik ade) tapi aku tak suka kalau kat rumah bukak radio.Dari dulu lagi.Serabut giler.Sebab tu aku baru tahu adanya sahabt KLFM ni.Apapun aku harapkan Kakposh akan lebih succes n takkan lupakan aku n peminat2 dia(lebih2 lagi geng2 kakIX n the Bhaiya Boy)hehehe..Aku n sahabat lain akan merindukan suara kakPosh ke udara....

Friday 16 May 2008

SOTO

Wey..tetiba jer teringat kat soto.Aku mmg gemor benor dgn soto ni.Dan keluarga aku pun mmg gemor giler,kalau aku buat satu hari mkn soto sampai ke malam.Biasa yang aku beli kat pasar malam kuah dia lain nau.Tak macam yang aku belajor dr sebuah buku resepi masakan selatan.Kira ok la aku buat untuk tekak aku.K kat sini aku nak kongsikan bahan2 membuat soto.

bahan2 kuah:-
*1/2 ekor ayam-direbus dan di siat2 isinya
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 sudu camca besar lada putih
2 sudu camca besar ketumbar
1 sudu besar jintan kasar
2 biji buah keras
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai dititik
3 helai daun limau purut-ikut suka
2 cm kunyit hidup
sedikit halia
dan sedikit lengkuas

Ke semua bahan diatas hendaklah di kisar halus kecuali kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga.Setelah itu hendaklah di tumis kan kesemuanya sehingga betul2 garing dan masak.Dalam masa yang sama air rebusan ayam tadi di didihkan dan kemudian di masukkan bahan tumisan tadi.Biarkan kuah sup tadi sebati dan sedikit pekat di tutup api.

Bahan-bahan lain:-
ketupat segera
soo hoon - di goreng mcm keropok
isi ayam yang telah di siat
Kacang tanah di goreng garing
taugeh
daun sup-tak pakai pun selalunya

untuk sambal kicap:
20 batang cili api-blh di kurangkan kalau tak suka pedas
4 ulas bawang putih
kicap pekat

bawang putih dan cili api dikisar halus bersama kicap pekat tadi

Cara menghidang:-
ketupat di potong dadu,di taburkan isi ayam,kacang,soo hoon goreng,daun sup n taugeh.Kemudian ambil sesudu sambal kicap dan di siram sup di atasnya.Siap untuk di makan...cukup bulan ni nak buat ler...hehehe

HARI GURU


GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG


Selamat hari guru buat semua pendidik dan bekas2 pendidik.Wat cikgu2 yang ku ingati cikgu Hasnah Hassan,Puan Hasmah,Puan Hamisah,Puan Hayati, Puan Kalsom,Tuan Hj.Ridzwan,En.Nasri Yunos,En.Shafie,En.Amir,En Zainal,Puan Maznah,Puan Norsita dan semua bekas pendidik SK Jalan Gurney 1(1986) SK Ampang Campuran(1987-1992) dan SMK Taman Tasik(1992-1996)..kat mana semua mereka ni..mungkin ada yang dah pencen..nak jumpa sgt dgn cikgu Hasnah Hassan..Terima kasih cikgu..jasa cikgu tetap ku kenang...


Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersamaMembantu,

membinaNegara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Tuesday 13 May 2008

KAK ADIK

Hari ni aku nak cerita pulak pasal arwah kakakku yang ke-2.Nama dia sebenarnya Rohayati binti Hj.Mohamad.Arwah org tua aku panggil dia "adik" n aku n adik-adikku panggil dia "kakadik".Kakadik di lahirkan pada 28 Ogos 1971.Iaitu setahun selepas kelahiran along.Umor aku dengan kakadik jarak nya jauh 9tahun.sbb tu arwah org tua ku panggil dia adik.Kakadik meniggal dunia selepas 7tahun pemergian mak.Masa tu umur aku baru 17tahun.Masa arwah ni meninggal dunia,aku tak tinggal bersama mereka kerana aku menjaga Pokteh dan jadi orggaji di rumah pokteh.Pagi hari Ahad 26 ke 24 (tak ingat ler) tapi bulan Ogos 1997 aku terima berita kematian kakadik di rumah pokteh.Pagi Ahad tu aku tgh mandi tibq-tiba jer mokteh aku bgtau kakadik dah takde.Aku yang macam tgh mamai boleh tanya soalan bodoh,kakadik tak da kemana dia pergi?sebab pada hari rabu sebelum tu aku n arwah bapak yang ambil dia dr ward di HKL.Mana lah tahu dia masuk wad balik.

Sebab ward dgn kakadik tu bagaikan rumah ke2 kakadik.Bahkan doctor2 n jururawat2 mmg dah kenal sgt dia n keluarga kami.Selepas aku mendapat berita tu,aku n pokteh pun bergeas pulang ke rumah.Jarak dari rumah pokteh(Bandar Tun Razak) ke rumah aku di ampang tak lah jauh mana.Setibanya aku di rumah,aku selak kain yang membaluti jenazahnya.Tenang jer aku tgk muka kakdik.Kata ayah mungkin kakdik meninggal dalam tidur.dan ini aku sahkan kerana mmg cara dia meninggal aku tgk macam sedang tidur lena.

Alkisahnya pagi tu kononnya Shah(adik bongsu 1 emak ) n along nak ke Shah Alam.Manakala Ummi(mak tiri aku) nak kena temankan adik aku yang bongsu(lain mak) bersukan di Tadika Abim Taman Tun Hussein Onn.Shah kejut2 kan kakdik untuk tanya nak sarapan ape.Tapi shah hairan kenapa kakadik tak jawab langsung,terus dia panggill along dan bila along tengok kakadik,keras semacam.Along pun panggil bapak.Dan bila bapak datang dan cek nadi kakdik,maka sah la kakdik dah tak de.Shah pun bergegas ke Taska Abim Amirul(adikku) untuk panggil ummi n Amirul balik ke rumah.Mujur depa tak pergi lagi.

Arwah kakdik di kebumikan di tanah perkuburan Taman Kosas Ampang.Jarak dari kubur kakadik dgn emak antara 15 baris kubur.Sebenarnya kalau dilihat raut wajah kakdik ni langsung tak de mirip aku ngan adik-beradik ku yang lain.Dia ni putih macam cina.Mmg lain sgt la.n selalu masa dia keje KFC dia di spekingnya bahasa cina.Antra kakdik ngan along,sebenarnya aku lebih suka kakdik,sebb dia ni tak kedekut n tak berkira.Pastu sporting.Tapi satu jer aku pening dgn dia ni,kalau dia berjalan dgn aku perangai gile2 dia tu mesti ade.Kekdg tu aku rasa naik malu pun ade.Dan pernah sekali tu aku ingat lagi,masa tu aku Tingkatan 1,kebetulan hari tu dia gaji.Aku saje usik dia,..Dik,kakgie rasa nak makan Grandy's jer.Masa tu restoran makanan segera ni paling dekat di Chow kit jer.Apalagi dia pun ajak ler aku pergi.Mulanya aku malas nak pergi sebab aku tak ade baju.(belum basuh),punya dia mendajal aku di paksanya aku pakai Tshirt n skirt dia(warna merah).Aku menangis tak nak tapi di paksanya juga.Dah la tu skirt tu betul2 bawah lutut.Mak tiri aku masa tu jeling jer,dgn tudung pun aku buang..Yang kelakarnya awak ni dah la tak biasa pakai skirt ghope itu,sambil jalan sikit tarik turun bawah,jalan sikit tarik turun bawah..malu giler ler.

Dan selepas itu..balik dari Grandy's ,arawah bapak dah balik dr menjual bakul..hahahaha padan muka aku dgn kakadik sebab kena marah dgn ayah.yanh teruknya kak adik la.sebab mengajor aku dedah aurat...hehehe ngeri jer bila di konang2kan.Kak dik ni sedih gak bila kenangkan penderitaan dia.Dia kena penyakit kencing manis(warisan penyakit keluarga kami)seawal usia dia darjah 6.Masa tu kakdik ada sport kat sekolah dia(sekolah rendah Kebangsaan Padang Tembak,Kuala Lumpur)Dia ni aktif berlari.Kata arwah bapak,masa kakdik berlari acara 100m, di pertengahan larian tiba2 kaki dia kejang yang amat sgt.Pihak sekolah pun menghantar dia ke Hospital.Macam2 ujian di buat dan akhirnya di sahkan menghidap penyakit kencing manis.

Bila dah ade penyakit ni faham2 je la kalau nak mintak kerja mmg susah.Masa hayat beliau,sempat beberap tahun jer bekerja dan pekerjaan pertama dia di klinik Homeopathy Taman Keramat.Kemudian di KFC Plaza Yow Chuan dan akhir sekali di Kilang Harris,Taman Keramat.Masa dia gi interview Harris dia menipu tu.Masa tu dia ngan kawan dia kak Semah.Kilang besar2 ni kan kalau nak apply kerja kan kena medical check up.Dia mmg dah tahu akan gagal, dia pakat minta air kencing kawan dia.So bila di uji maka dia di sahkan tak de ape2 penyakit.Padahal menipu,tapi nak wat cam ner terpaksa sbb puas dia minta kerja lain semuanya gagal,so terpaksa lah.

Cerita bab dia sakit balik.Dia ni kerap keluar masuk kat wad,HKL.Bagi dia ward tu dah jd rumah ke2 dia.Samapaikan KakZaiton(staff Nurse ) buat dia adik angkat.Kalau aku dtg sana selalu jgk la kak eton ni tegur aku n keluarga aku.Dan pada umor kakdik 25 tahun dia terpaksa potong kakinya sebelah kanan sehingga ke paras bawah lutut.Masa tu tepat pukul 12 dia keluar dr bilik pembedahan.Masa tu kakEton ni buat suprise belikan kek.Punya lah dia menangis terharu sedih pun ade.mana tak nya org potong kek dia potong kaki.Tapi dia ni bertuah masa tu toki kuat lagi,n kiranya dia ni cucu kesayangan toki,bila dengar je kakdik nak kena potong kaki terus toki dtg..bestnya..tapi aku sakit ni toki dah uzur..kalau tak aku pun toki akan dtg juga..sbb kami cucu2nya yang tinggal di KL,yg lain semua di Terengganu.

Kalau nak di ceritak hal kakdik bersama aku mmg banyak.apepun kakdik mmg best n sporting.Semoga kakdik dilimpahi rahmat.(nak cerita lagi tapi dah penat..hehehe)

Monday 12 May 2008

MASSAGE


dan massage lagi..aku rasa macam bermimpi jer dapat bodek along beli Usquezz-Osim ni..Maklumlah dah lama bodek dia tapi tak pernah di layannye..tapi malam tu aku bodek terus dia gosok kad kredit dia...hehehe,Kad kredit jer dia punya tp bulan2 aku yang bayor..huhuhu, kiranya aku amik instrument ngan along le.Harganya RM1500++(2 bulan gaji aku tu)Tapi setiap bulan aku bayar RM100 kat along selama 18 bulan..Masakler aku..hutang Bapak lagi tapi tak pe lah untuk kesihatan kaki aku juga,apatah lagi aku ni ade penyakit kencing manis so penjagaan kaki tu penting.

SALAM TAKZIAH


Al-fatihah buat jiran ku,Pakcik Zainal Abidin bin Saat yang telah kembali kerahmatullah pada 9 Mei 2008 jam 4.30ptg..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalanga org yang beriman...amin...


Sesungguhnya pemergian pakcik Zainal mmg mengejutkan kerana mmg di ketahui sepanjang hayatnya,beliau sungguhpun di usia lewat 7oan..tetapi beliau merupakan warga emas yang sihat tubuh badan n tegap.Seingat aku lah pakcik Zainal tak pernah terima rawatan or masuk wad seperti mana warga emas yang lain.beliau mmg kelihatan sihat n masih mampu berjalam n still kuat,sebab tu bila aku dapat tahu (pulang kerja) aku terkejut bila di beritahu oleh penyewa rumah ku yang jiran sebelah rumah banglo kami ada yang meninggal ptg tu.


Aku terus menelefon rumah jiran ku dan Asyraf(anak pakcik Zainal) memberitahu ku yang ayah dia yang meninggal.Sebenarnya rumah kami sungguhpun berjiran mmg tak nampak sebab terpisah dgn tapak kedai rumah ku.so mmg susah nak nampak.Dan petang tu aku balik dari kerja mmg tak de tanda yang menunjukkan ada kematian di situ.Sebab tak de kelihatan pun kereta2 anak2 beliau.Cuma ade kereta anak yang sulong n anak perempuan bongsu pakcik Zainal jer.Tu pun mereka mmg selalu dtg walaupun waktu hari kerja thats y aku tak perasan.


Walau bagaimanapun selepas Maghrib aku pun pergilah menziarahi arwah bersama adik-beradik ku...Arwah mmg rapat sgt ngan keluarga kami.sejak aku kecil klag n tika itu kamai sekeluarga masih menetap di Flat Jalan Tun Razak,Tapi arwah tika itu pencen askar n kerja membawa Teksi rajin singgah ke rumah kami sekiranya dia lalui jalan di situ.Dan saudara-mara sebelah ayah pun ramai yang dia kenal.


Mati sudah pasti,hidup Insyaallah....

semoga rohnya dicucuri rahmat...Aminnn....

Friday 9 May 2008

Bapak....

Sudirman Hj. Arshad - Ayah Dan Ibu


Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan matahari

Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...

Ayah dan ibu lah

Mesti dihormati
Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat

Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat



Indah kan lirik lagu diatas.Kalau kita menyanyi penuh penghayatan mahu rasanya menitik air mata..Teringat aku pada arwah bapak...Sebenarnya aku dan adik beradikku panggil arwah bapak dengan panggilan "ayah",tp sejak arwah bapak berkahwin lain(selepas kematian emak,kami pakat adik-beradik tukar panggil "bapak".Mak tiri aku ni ada anak 4 org dengan ex hubby dia so kami tak suka lah nak kongsi bapak kami dgn mereka.Jadi mereka panggil ayah kami tukar panggil bapak.



So,kat sini aku nak kongsi la sedikit kisah hidup arwah bapak..Masa aku mula2 tengok kad pengenalan bapak aku hairan dengan tarikh lahir dia.Masa tu kad pengenalan biru yang plastik tu kan ada tarikh lahir pemegang.pelik tau tarikh lahir bapak 00/00/1944.Aku pun tanya lah kat bapak,knp gitu...so bapak pun bukak lah story...Kisahnya masa bapak dilahirkan,tahun tu tahun ubi kayu..kiranya tahun Jepun.Katanya lagi masa tu Jepun baru jer mendarat ke Tanah Melayu.Arwah toki tak dapat nak gi buat surat beranak bapak dan bila dah terlalu lama maka toki terlupa.so diaorg amik pertengahan antara Jepun baru mendarat dan keluar dr Tanah Mlayu(1946)..so tahun jer lah di letakkan 1944 pada kad pengenalan bapak manakala bulan dan harinya hanya diletakkan 00/00.



Bapak merupakan anak ke 3 dari 5 org beradik.Bapak mempunyai 2 org kakak dan seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.Menurut cerita arwah Tok,Bapak sebenarnya dilahirkan Normal(tidak cacat) Namun penhidupan bapak berubah menjadi seorg kanak-kanak Buta apabila bapak diserang demam panas.Tika tu bapak di darjah 1.Sebenarnya Bapak boleh selamat kalau arwah to'ki masa tu berduit.Sebab masa tu ada seorng yang pandai berubat.Tapi di sebabkan kemiskinan hidup arwah to'ki tak dapat bawak bapak ke Kelantan untuk menerima rawatan.Arwah Tok cerita lh,Cikgu bapak menangis tgk bapak.Bapak sorg pelajar yang ada potensi,tp ape daya bukan rezeki bapak.

Sebenarnya semasa hayat bapak,aku selalu suruh bapak cerita kat aku kisah hidup dia.Pernah satu waktu aku n bapak berdua kat ruang tamu.Maka bapak pun bukaklah riwayat hidup dia.Meskipun bapak seorg yang cacat penglihatan,tp kehidupan bapak tetap sama seperti kanak2 yang lain.Bapak dilayan oleh toki sama jer mcm anak2 toki yang lain.menurut bapak toki aku ni garang betul.Bukan sikit2 punya garang,pantang salah sikit siap ler.Masa bapak kecik dulu arwah toki ni ade menternak beberapa ekor lembu..so setiap pagi bapaklah akan melepaskan lembu2 nya untuk di beri makan dan sebelum maghrib bapak kena masukkan lembu2 tu kembali ke kandang.

Kuasa Allah kan..meskipun bapak buta tapi ada cahaya yang menyinari hati bapak..Bapak cerita lagi,pernah satu waktu bapak terlupa nak masukkan lembu2 toki kekdlm kandang apa lagi toki mengamuk n habis bapak di rotannya.Menitik air mata aku mendengar bapak bercerita.Bapak tabah orgnya..fuh,aku tak tahulah kalau aku di tempat bapak.Sedangkan aku yang sihat fizikal kena marah pun dah mengalir air mata ape lagi kalau kena bantai..Bapak cerita lagi,bapak hanya menukar baju setahun sekali..kalau bapak nak merasa bertukar baju selalu,bapak akan suruh arwah tok buat aiskrim ke ape ker n bapak akan menjaja sekitar kg.Upah sikit2 tu bapak simpan n kalau ada org2 kampung minta tolong bapak akan simpan duit upahnya untuk beli pakaian.

Sebab tu aku berasa bertuah adanya bapak.Mana tak nya sebelum bapak meninggal aku dah bekerja,tapi bila tiba nak raya bapak akan belikan aku sepasang kain untuk di buat baju n sehelai tudung.Gitulah setiap tahun walaupun aku dah berduit sendiri,sedangkan bapak terpaksa meraba dalam kegelapan untuk mendapatkan upah yang beberapa sen shj demi mendapatkan sehelai baju baru untuk di pakai..huh..tak dapat ku bayangkan betapa kesusahan yang bapak alami sepanjang tempoh dia membesar.

Pernah juga bapak cerita kegarangang Toki pernah Pokteh(adik bongsu bapak) di sepak keluar dr rumah(bayangkan lah rumah kg kan bertangga)ni hnya kerana pokteh buat perangai(lupe pasal ape) toki dgn sikap garang nya telah menyepak pokteh hingga jatuh kebawah rumah.Tok punya lah menagis sedih melihat pokteh di perlakukan begitu.ialah naluri seorg ibu.Satu lagi kisah nya gara2 mok ngoh berebut ape tah(lupa lgi hehe) dgn arwah moklong toki mengejar mokngoh sampai dapat(sebab mokngoh lari bila toki nak bantai dia).Jgn tak percaya bapak kata kalau toki marah anak dia jgn lah menjawab atau lari.Buktinya mokngoh bila dia lari,toki pasti kejar sampai dapat.

Bila bapak dah meningkat dewasa,bapak dapat tawaran untuk memasuki Pusat pemulihan bg org cacat penglihatan(MAB-Malaysian Associted of Blind) di Brickfield.Maka bapak pun bermula lah penghijrahan ke Kuala Lumpur.Pada waktu tu awal tahun 60-an n bapak masih single.Kat situ bapak diajar cara2 membuat bakul rotan.Pengalam belajar mengayam rotan itulah maka di buat modal berniaga.Aku ingat lagi aku suka sgt kalau bapak bawak gi pusat latihan ni..Aku blh kenal cikgu2 bapak,kawan2 bapak..Aku tak pernah malu menjadi anak bapak seperti aku menonton sebuah drama di saluran Prima sabtu hari tu.Betapa malunya dia mendapat ibubapa yang cacat penglihatan.Bagi aku aku bangga sebab bapak seorang yang kuat n bekerja dengan bersungguh2.

Tapi kan pengalaman aku bersama best sgt kalau aku keluar berjalan atau keluar kerana ada urusan rasmi berdua jer ngan bapak.Bapak akan tanya aku nak ape.Selalunya bapak akan tanya "kau nak ape amik la..huh macam manja jer tau...dan yang paling best nye kkdg tu kalau naik teksi ngan bapak selalunya mesti dapat diskaun n kekadang tu mereka sedekah jer kt bapak..Satu lagi aku bangga dengan bapak,masa tu arwah mak sakit teruk,tp bapak sikit pun tak pernah merungut.Bapak layan mak baik sgt..Bapak sayang mak.Walaupun bapak buta tapi tu lah bapak usaha buat pakai kayu2 terpakai buat kan tempat duduk emak untuk buanh air besar dalam bilik.Kita yang celik ni pun tak terfikir,tapi bapak berjaya buat n senanglah mak turun naik katil untuk buang air(tanpa perlu ke tandas)..

Dan semasa bapak mengalami kemerosotan ekonomi,bapak still tabah n bersemangat tanpa putus asa.Anak2 bapak membesar dengan hasil berniaga bakul rotan.Aku juga pernah ikut serta menjual bakul rotan di Ekspo Majid Negara selama 3 tahun berturut2.Masa tu bapak antara yang mendapat jemputan dr pihak Masjid(sebab Pokteh staff Masjid Negara). Best wow,rasanya nak join n imbas balik.Teringatlah berdua berjalan seiring ngan bapak dari Jalan Silang menuju ke Masjid negara.Dapatlah aku upah sikit.Bapak berkongsi dgn kawan dia.

Selalunya kalau kita tengok kat dalam drama2 TV kebanyakkan org kawan2 bapak merupakan pemain muzik,tapi bapak tak minat.Tapi pernah juga lah masa arwah mak baru meninggal n adik angkat bapak yang selalu bawak bapak berniaga berhenti dr bawak bapak.So masa tu bapak hilang punca pendapatan.Bapak cuba ikut seorang kawan dia untuk bermain muzik.Tapi bapak sebenarnya segan dengan meminta sedekah begitu.Namun apa daya bapak terpaksa sebab masa tu aku n adik masih bersekolah.Tapi tu lah jiwa bapak tak senang sebenarnya untuk bermain muzik..hanya beberapa bulan jer bapak bermain muzik sebab anak2 buah bapak tak bagi n bapak jd segan.Tapi alhamdulillah rezeki bapak tetap ade.Kawan bapak ajak bapak jadi share partner berniaga rotan balik.

Cuma kali ni berbeza sikit.Kalau tahun 70an,80an dan awal 90an bapak berniaga dari rumah kerumah dan pejabat ke pejabat.Tapi kali ni bapak pergi dari sekolah ke sekolah.Dan aku n arawah akak akan mencatitkan dala sebuah buku nama2 sekolah yang dah ayah jual.Fuhh kat situ kiranya daerah selangor ,kuala lumpur banayk ler bapak dah pergi..dan jgn tak percaya bapak lagi cekap dari aku bab2 jalan sekitar kl n selangor...Bangga..

Bapak juga sempat menunaikan Fardhu Haji ke Makkah pada tahun 2002. Bapak pergi bersama bekas adik ipar bapak(sepupunya juga-adik mak).Aku ingat lagi masa antar bapak kat Tabung haji Kelana Jaya,ramai anak2 buah bapak turut menghantar.Aku pada masa tu punya lah sedih giler menangis jer kalahkan adik2 aku..huhuhu bukan ape masa bapak pergi tu bapak bukanya sihat n selalu semput.Risau pun ada n bapak siap bawak duit upah haji yang lebih sikit takut dia tak dapat buat.Sampaikan anak buah dia tu risau sampai di suruhnya bapak duduk atas wheelchair n sorong bapak sampai naik bas.

Thursday 8 May 2008

Rumahku Syurgaku....


Wah..Walaupun tak semewah n semegah banglo2 VIP,Dato2 or golongan berada,namun aku bersyukur masih ade tempat untuk ku berteduh dari hujan dan panas mentari.Inilah rumah pusaka peninggalan ke2 org tuaku.Asalnya rumah ni berdindingkan papan,tapi disebabkan serangan anai2 yang terlampau,maka arwah bapak terpaksa mengupah Ayahchik ku untuk di bina batu(tetapi masih kekalkan bentuk yang asal).Aku n keluarga mula menetap disini pada 28 Ogos 1986.Sebelum ni kami menetap di rumah Pangsa Jalan Tun Razak.(kini disewakan) Duduk rumah pangsa ni faham-faham je la.Sempit..bilik tidur pulak ada satu jer.Anak2 bapak dah makin membesar,so bapak pun ambil keputusan untuk pindah ke Ampang.
Rumah ni ada 3 bilik.Bolehlah untuk rasa keselesaannya kalau nak dibandingkan dgn rumah pangsa kami tu.Tapi kan mula2 pindah kat sini macam tak best tau.Maklumlah suasana dia macam suasana kampung.Kalau kat rumah pangsa tu riuh rendah suara budak-budak bermain (kiranya geng sengkatan aku la tu hehehe)sampai kul 10 malam pun masih riuh.Tp kat sini masuk jer maghrib suasana terus berubah.Damai n tenang jer.Kalau tak caya jom tidur rumah aku..rasai lah sendiri..hehehe
Yang paling best lagi kat sini air kolah nya sejuk sgt..cewah macam air bukit tau..Tapi skrg dah tak pakai kolah sbb kolah bocor..so pakai baldi besar jer.Ini kenyataan tau.Hampir semua saudara or kawan2 yang numpang mandi semua kata sejuk sgt.nak2 time pepagi.ade tu terketor2 kuar dr bilik air..Kesian pun ade..tapi kami dah biasa.tak de hal nyer..

Wednesday 7 May 2008

HARI IBU

Sebut jer Hari Ibu,tetiba jiwa ku rasa amat sayu.nak di ceritakan pengalaman manis kat sini pun rasanya tak terbayang sgt.Kalau pun ade sedikit ajer yang masih segar di ingatan.Tapi ape pun masih aku terasa kelazatan mee hailam n masak kicap daging mak.Cakap pasal mee hailam ni,banyak gerai dah aku try makan semua tak sama macam mak buat.Tp aku kira beruntung sebab aku sempat belajar buat mee hailam dr mak.Banyak yng aku makan semuanya rasa macam mee tu dimasak basah tapi di lebihkan kuah.tak best langsung.

Kalau mak buat mak suka pakai air rebusan daging.Pastu mak suka lebihkan bawang putih.tu yang wat best tu.Tp kat kedai biasanya dia pekatkan kuah pakai tepung jagung.Tah pape tah.Mak aku tak yah pun pakai tepung jagung tp still pekat n aku tetap kata mee hailam mak tetap power...Biorlah kalau ade org kata aku muji mak aku,yang pasti aku tahu sape mak aku..bangga beb..

Dan masih aku ingat masa tu arwah Moklong dtg rumah dr Terengganu mak pun buat lah mee hailam untuk makan malam sebab mok long dah makan nasi kat rumah pokteh baru berangkat ke rumah aku.tak silap aku masa tu mak buat 5 peket mee tak silap.sebab moklong ade bawak beberapa orang saudara jauh dr kampung.

Nak di jadikan story,adik aku yang bongsu menambah sampai 3 pinggan(masa tu dia baru umor 4 tahun) mak ai rupanya dia gemor juga ke mee hailam..moklong aku tersenyum tgk adik aku makan.nak wat cam ner anak2 mak n bapak baka baik punya(semangat).

Ape lagi eik aku nak cakap pasal mak.Aku susah nak cerita lah bab aku ngan adik yang bongsu di besarkan saat itu mak selalu sakit.So kasih sayang tu aku tak berapa nak rasa.Tapi kira ok lah mak tak teruk sangat masa aku membesar.Tapi bila kenang adik yang bongsu aku kesian sgt bab mak tak bape nak bg perhatian kat dia.Bab tu adik aku tu rapat ngan arwah akak(kak Adik) aku yang ke 2.Kak adik la yang banyak mencurahkan kasih sayang pada Syah.Along masa tu di ITM,Dungun.Syah memang rapat dengan kakAdik..

Syah ni pun di lahirkan tak normal(operated).Kata arwah bapak, arwah mak nak sangat anak lelaki,dan dengan Izin Allah swt..anak bongsu emak ni dilahirkan lelaki(dan mirip muka aku masa kecik) walaupun melalui pembedahan.Namun ape daya Syah membesar bukan sepenuhnya dan kurang mendapat kasih sayang mak.Kesian kalau aku kenang balik pembesaran Syah.Tapi ape daya sudah suratan begitu.

Ingat lagi aku masa arwah bapak bawak balik (bakal mak tiri ) untuk kenalkan pada arwah tok.Masa tu Syah yang temani ayah gi amik mak tiri aku tu.Bila malam arwah bapak antar mak tiri aku tu balik,punya lah dia meraung melalak macam org kena histeria.
"nak Cik Jan,Syah nak Cik Jan...melalak-lalak dia.Aku masa tu kesian pun ade.(akan kusambung kisah mak tiri ku ini tajuk yang lain)Kesimpulan yang aku dapat tgk masa tu betapa dia dahaga kan belaian seorg ibu...


Aishah - Syurga Di Telapak Kaki Ibu
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu